Logo Background RSS
  • Orang kebal akhirnya mati ditembak!
    By Izo on October 24th, 2008 | 9 Comments9 Comments Comments

    You need to a flashplayer enabled browser to view this YouTube video

    Mati adalah suatu perkara yang pasti berlaku ke atas setiap yang bernyawa. Memang benar firman Allah S.W.T “Tiap-tiap yang bernyawa pasti akan merasai mati.”

    Sekebal mana pun seseorang itu apabila sudah sampai ajalnya maka mereka pun akan mati. Mungkin mereka kebal daripada peluru tetapi tidak kebal daripada kematian. Ajal maut di tangan Allah. Tidak akan dilewatkan walau sesaat dan tidak akan dicepatkan walau sesaat. Jadi janganlah takabur sangat. :D

  • Pejuang Golongan Kiri yang dilupakan
    By Izo on October 24th, 2008 | 4 Comments4 Comments Comments

    Sambungan daripada posting saya sebelum ini: Shamsiah Fakeh meninggal dunia. Al-Fatihah!

    ” Tarikh 31 Ogos yang disambut saban tahun itu merupakan perayaan berhubung dengan kemerdekaan Malaya dari tangan Inggeris sebagai sebuah Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1957.

    Perjuangan kemerdekaan bukan bermula dengan perjuangan UMNO menentang Malayan Union pada tahun 1946. Sebenarnya, perjuangan kemerdekaan telah bermula lama sebelum itu, sejak zaman para ulama, pembesar dan pahlawan Melayu yang menentang penjajahan.

    Ketika Melaka diserang dan ditawan Portugis pada tahun 1511, muncul Bendahara Tepok yang tampil ke hadapan menentang serangan itu, walaupun tidak berjaya.

    Pada abad ke-19 penjajah Inggeris mula bertapak di semenanjung. Penentangan berlaku di Perak, Pahang, Kelantan dan di negeri-negeri lain.

    Di Perak, Dato’ Maharajalela memimpin penentangan rakyat terhadap Inggeris. Tentangan itu mencapai kemuncaknya dengan pembunuhan JWW Birch di Pasir Salak pada 2 November 1875. Dia ditetak oleh Seputum ketika sedang mandi sungai.

    Akibatnya, Dato’ Maharajalela dihukum gantung (Dua tahun lalu Sultan dan Kerajaan Perak telah membawa pulang jasad dua orang pahlawan Melayu, Tengku Menteri Ngah Ibrahim Long Jaafar dan Laksamana Muhammad Amin Alang Duakap yang dituduh Inggeris terlibat dalam pembunuhan Birch, dari sebuah perkuburan di pulau Singapura untuk disemadikan di Perak dengan penuh penghormatan).

    Di Pahang pula, Dato’ Bahaman telah memimpin gerakan penentangan rakyat terhadap Inggeris. Bersamanya, ialah Tuk Gajah dan Mat Kilau. Di Kelantan pula Tuk Janggut memimpin penentangan rakyat terhadap cubaan Inggeris mahu mengenakan cukai terhadap rakyat.

    Kini Dato’ Bendahara, Dato’ Maharajalela, Datuk Bahaman dan Mat Kilau dan Tuk Janggut telah menjadi legenda. Sungguhpun buku-buku sekolah cuma ada menyebut sedikit mengenai mereka, tetapi perjuangan mereka itu dinafikan. Mereka dinafikan daripada menjadi pejuang kemerdekaan negara. Sejarah itu yang cuba dinafikan oleh mereka yang menjadi petualang bangsa.

    Di antara tahun 1941 hingga 1945, Jepun menduduki Tanah Melayu setelah berjaya menghalau Inggeris. Namun kedatangan Jepun itu juga turut mendapat tentangan rakyat negara ini. Ia dipelopori oleh gerakan anti-Jepun yang berpusat di dalam hutan dengan dibantu oleh unit-unit rahsia di seluruh kawasan pinggir bandar dan kampung.
    (more…)

  • Shamsiah Fakeh meninggal dunia. Al-Fatihah!
    By Izo on October 20th, 2008 | 9 Comments9 Comments Comments

    Shamsiah FakehKUALA LUMPUR 20 Okt. — Bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM) Shamsiah Fakeh, 84, meninggal dunia kerana sakit tua di kediamannya di Tropicana, Damansara hari ini.

    Shamsiah, yang juga bekas Ketua Angkatan Wanita Sedar (Awas), sebuah parti politik sayap kiri yang ditubuh pada 1946, meninggal dunia pada pukul 9 pagi.

    Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Sungai Besi selepas solat Asar, kata anaknya Jamaluddin Ibrahim di sini hari ini.

    Shamsiah yang sebelum ini tinggal di China dan kembali ke Malaysia pada tahun 1994 selepas termeterainya perjanjian damai antara PKM, kerajaan Malaysia dan Thailand pada tahun 1989, meninggalkan dua anak lelaki dan empat cucu.

    Suami Shamsiah, Ibrahim Mohamad dan seorang lagi anaknya telah meninggal dunia sebelum beliau.

    IzoBlog: Negara kehilangan seorang lagi tokoh yang telah mengabdikan seluruh hidupnya untuk tanah yang tercinta ini.

    Al-Fatihah buat Shamsiah Fakeh, tokoh kemerdekaan negara. Semoga Allah akan menempatkan dirinya bersama orang-orang yang beriman dan berjuang untuk kebebasan ramai. Semoga kerajaan Malaysia mengenang jasanya kepada negara termasuklah tokoh-tokoh lain yang berhaluan kiri. Sepatutnya dia diberi anugerah Datuk, daripada diberikan anugerah tersebut kepada Shah Rukh Khan.

  • Maybank2U berwajah baru!! - PART 2
    By Izo on October 20th, 2008 | 1 Comment1 Comment Comments

    Boleh baca posting saya sebelum ini Maybank2U berwajah baru!!

    Old Maybank2U Website

    Semalam aku login untuk topup kredit henset laju semacam jer loading. Oh!!..baru yang terperasan yang webmaster Maybank2u sudah updated balik website kepada design lama. Cuma untuk homepage jer digunakan design terbaru mereka. Apabila klik login sahaja terus dibawa ke design yang lama. Mungkin sebelum ini terdapat ramai yang komplain tentang website yang baru; loading begitu lambat. Apapun tahniah kepada webmaster mereka yang cepat bertindak. Mereka juga merakamkan ucapan terima kasih di atas traffik yang tidak henti-henti (rujuk gambar di atas).

  • Penipuan Matawang Dollar Amerika Syarikat dan Kejatuhannya
    By Izo on October 17th, 2008 | 10 Comments10 Comments Comments

    Dolar Amerika“Ramai diantara kita termasuk rakyat Amerika tidak sedar tentang alasan sebenar peperangan Iraq dan ancaman peperangan terhadap Iran oleh Amerika Syarikat. Ianya bukan kerana Nuklear, Pengganas dan Minyak. Ini semua adalah mengenai perlindungan dakyah terbesar dan penipuan terhebat di dalam sejarah iaitu Penipuan Matawang Dollar Amerika Syarikat (US Petrodollar Scam).

    Pada tahun 1971, Amerika Syarikat telah mencetak dan membelanjakan wang kertasnya lebih daripada nilai emas. Beberapa tahun kemudian, Perancis telah menuntut agar matawang Dollar mesti dinilai dengan emas.

    Tetapi Amerika Syarikat telah menolaknya kerana mereka tidak mempunyai cukup emas untuk wang kertas yang sudah dicetak dan mereka telah pun membelanjakannya ke seluruh dunia. Oleh itu Amerika Syarikat telah berunding dengan Arab Saudi dan menterai satu perjanjian bahawa OPEC akan mengunakan matawang Dollar Amerika dalam segala urusan penjualan minyaknya. Maka dari itu setiap Negara yang ingin membeli minyak mestilah mempunyai matawang Dollar Amerika terlebih dahulu dimana mereka dikehendaki bertukar barangan dan perkidmatan mereka dengan lambakan wang kertas Dollar yang telah dicetak.

    Kesudahannya Amerika Syarikat mendapat minyak secara PERCUMA dengan mengunakan wang kertas Dollar yang mereka telah cetak sendiri. Akhirnya Amerika Syarikat telah makan dengan kenyang di atas segala kos perbelanjaannya dengan pembiayaian Negara-negara di seluruh dunia. Walau bagaimana pun, penipuan Amerika Syarikat mulai tergugat apabila Saddam Hussein mulai menjual minyak Iraq mengunakan matawang Euro lalu memansuhkan perjanjian yang telah diatur oleh Amerika Syarikat dengan Opec. Oleh itu mereka mesti menghentikan tindakan Saddam Hussein.

    Bagaimana? Amerika Syarikat telah mereka cipta satu alasan untuk berperang (drama keruntuhan Menara Berkembar) dan menawan Iraq. Perkara yang pertama Amerika Syarikat lakukan adalah mengembalikan penjualan minyak ke matawang Dollar. Krisis matawang Dollar Amerika dapat dihindarkan buat seketika.

    Tetapi Hugo Chavez (Presiden Venezuela) juga telah mulai menjual minyak Venezuela dengan mengunakan matawang selain Dollar Amerika maka berlakulah beberapa percubaan untuk membunuhnya dan cubaan ‘pertukaran regim’ telah dikesan dilakukan oleh CIA. Presiden Iran Ahmedinejad telah melihat perkara ini dan memutuskan untuk menentang Syaitan Besar Amerika Syarikat di dalam pembohongan dan melakukan perkara yang sama dengan menjual minyaknya mengunakan semua matawang dunia kecuali Dollar Amerka Syarikat.
    (more…)