Logo Background RSS
  • Antara Ramadhan di Mesir dan Ramadhan di Malaysia
    By Izo on September 30th, 2007 | 7 Comments7 Comments Comments

    Petang tadi pergi Mydin jap cari barang2 keperluan harian. Kat Mydin penuh sesak dengan pengujung. Tingkat atas tok sah kater lah…lagi ramai dengan pengunjung yg mencari pakaian untuk raya nanti. “Uish! Ramainya yg tak sabar2 nak sambut raya.” Terdetik dalam hati saya. Lebih ramai yang nak menyambut tibanyanya Syawal jika nak dibandingkan dgn sedihnya untuk meninggalkan Ramadhan. Saya masih ingat lagi..3 tahun saya menetap di Mesir, takde satu pun baju raya baru yang saya beli. Ini kerana suasana di sana tidak melebih-lebihkan sangat sambutan hari raya. Pasal tu baru2 nie mak saya terkejut bile saya cakap taknak baju raya baru :D . Tapi setelah dipaksa…akhirnya tempah gak satu.

    Mungkin ada sedikit perbezaan kalau bulan ramadhan di Mesir dan Malaysia. Perbezaan bulan Ramadhan di Mesir memang cukup meriah. Ada majlis berbuka secara percuma di masjid2 (Maidatul Rahman), solat terawih yang boleh tahan panjangnya (8 rakaat satu juzuk). Tapi walaupun panjang..masjid2 penuh dgn orang ramai.

    Suasana kat Malaysia pula apabila tiba bulan puasa masa tu lah bercambahnya pasar2 ramadhan yang menjual bermacam-macam juadah dan kuih muih. Memang seronok walaupun tak kita tak membeli, tetapi hanya sekadar melihat juadah yang disediakan. Seolah2 apabila tiba Ramadhan, ia seperti pesta makan dan minum. Sembahyang terawih kat Malaysia, biasanya orang akan cari masjid mana yg abis paling cepat. Kalau yg panjang2 mmg takde org ler..usahkn nak baca satu juzuk. :)
    (more…)

  • IzoBlog dah berpindah ke rumah baru
    By Izo on September 27th, 2007 | 4 Comments4 Comments Comments

    Assalamualaikum semua..Malam ni(29/9/2007) proses pemindahan blog ke hosting baru dan setting DNS dah pun selesai..Sekarang IzoBlog dah berpindah ke hosting baru.. :) Mintak-mintak lah yang ni ok..tak down macam dulu. :D Tapi pada First Empression saya support dia memang best dan perpindahan data daripada server ke komp(download) dan drpd komp ke server(upload) laju dan takde masalah. Berbaloi dgn apa yg dibayar walaupun harga untuk hosting nie 8X ganda lebih mahal drpd hosting yg lepas. Selalu jugak dgr org putih cakap “You got what you pay”. Rasanya mmg kenalah dgn situasi saya sekarang nie ;)

    Dan semua blog yg ada kat hosting lama akan saya pindahkan ke rumah baru nie. Kira berkongsi rumahlah. Buat satu2 dulu. Gambate!! :D

  • Bahana apabila hukum Allah ditolak
    By Izo on September 27th, 2007 | 2 Comments2 Comments Comments

    Fakta yang menggerunkan tahun 2006.

    Tahukah anda bahawa purata perempuan dirogol dalam tahun 2006 yang dilaporkan oleh PDRM adalah 6.67 orang setiap hari. Satu kejadian rogol berlaku dalam dalam masa 3 jam 35 minit.
    Tahukah anda bahawa dalam tahun 2006 secara purata dalam masa 14jam 30 minit berlaku satu kejadian pembunuhan. Purata 1.67 nyawa melayang di Malaysia pada tahun tersebut.
    Tahukah anda bahawa dalam tahun yang sama dalam masa yang sama, secara purata dalam masa 8 minit sekali berlaku kejadian kecurian motosikal di Malaysia. Untuk tahun 2007 belum lagi keluar statistik (tahun depan kut kuar). Tapi jika dilihat saban hari di akhbar2 memang jenayah2 yang berlaku di Malaysia adalah pada tahap amat menggerunkan.

    Inilah padahnya jika hukum Allah ditolak.

  • Dakwa ibu bapa Nurin: Undang-undang tidak Islamik adalah penyebab
    By on September 23rd, 2007 | 3 Comments3 Comments Comments

    Akhbar Utusan Malaysia bertarikh 29 september, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Nazri Aziz menyatakan, kemungkinan Polis mendakwa Ibu Bapa kepada Nurin adalah berdasarkan peruntukan undang-undang.
    Amat menyedihkan dengan kenyataan ini, yang ianya datang seorang yang bertaraf menteri, disamping kenyataan daripapa anak kepada seorang tokoh agama yang merupakan Ketua Polis Negara, Dato’ Musa Hassan.

    Membaca kandungan berita sebegini, menggambarkan betapa zalimnya undang-undang yang diamalkan di Negara ini.

    Dimanakah pembelaaan terhadap golongan yang dizalimi dalam peruntukan undang-undang Negara?

    Apa yang memelikkan, ada sebilangan pengamal undang-undang dan mufti di Negara ini yang mengambil sikap untuk mengisytiharkan Negara ini sebagai Negara Islam, sedangkan dilihat kepada kandungan undang-undang pun sudah cukup untuk menilainya.

    Masakan Islam memberi pembelaan kepada si Zalim. Jika ini di “ia”kan oleh pengamal undang-undang dan mufti, bermakna pengamal undang-undang dan mufti itu adalah golongan yang telah melakukan penipuan terhadap agama yang maha indah ini, walaupun mulut mereka tidak putus-putus dari menyebut sunnah sekalipun.

    KEMBALILAH KEPADA HUKUM ISLAM KERANA ISLAM MENJAMIN KEAMANAN DI SEMUA SUDUT

  • Mengapa orang Eropah lebih tinggi berbanding orang Asia?
    By on September 23rd, 2007 | No Comments Comments

    Artikel daripada seorang kawan. Baca dan buat penilaian sendiri. :D ——————————————————————–

    “Dengan nama Allah yang amat Pemurah lagi amat Mengasihani
    Assalamualaikum wbt sekalian Muslimin,
    Siapa yang pernah hidup zaman perang dunia kedua sewaktu Jepun menyerang Tanah Melayu pastinya mereka masih ingat bagaimana orang Jepun ini macam ayam katik atau macam ayam serama kerana mereka adalah orang yang pendek. Bila kita berkunjung ke mana-mana pusat peranginan seperti Genting Highland tentunya kagum melihat orang Amerika dan Eropah besar dan tinggi badan mereka.

    Apabila kita belajar dalam ilmu sains dinyatakan bahawa orang Amerika dan Eropah ini mempunyai gen yang khusus yang menjadikan badan mereka tinggi. Pandangan dari ilmu sains ini diterima umum tanpa banyak soal kerana ada perkataan “MENURUT SAINS”. Persoalan yang ingin saya kemukakan disini ialah “Apakah kenyataan sains yang mengatakan orang Amerika dan Eropah ini mempunyai baka atau gen tinggi ini benar atau hanya tipu daya manusia dengan menggunakan sains sebagai alatnya?? ”.

    Setengah orang pula mengatakan bahawa jikalau kita makan makanan yang berzat seperti susu, telur dan daging, kita boleh menjadi tinggi macam orang Amerika!!

    Sebelum saya mengupas lanjut isu ini mari kita lihat senario ini:

    1. Hamba abdi yang diambil dari afrika dulu kebanyakannya pendek namun mengapakah kini bangsa ini di Amerika majoritinya adalah tinggi dan setanding dengan orang Amerika lainya??
    2. Sesiapa yang pernah pergi mengerjakan haji atau umrah tentunya pernah melihat orang Arab Saudi sebahagiannya tinggi setanding orang Amerika tetapi sebahagian mereka juga pendek macam orang Malaysia. Begitu juga dengan orang Afrika yang sebahagiannya tinggi dan sebahagiannya pendek??
    3. Sewaktu musim haji ini juga kita boleh melihat orang Afghanistan majoritinya tinggi macam orang Amerika sedangkan kita semua tahu bahawa orang Afghanistan ini makan makanan yang tidak mewah semewah majoriti orang Malaysia.
    4. Ramai orang benggali di Malaysia jauh lebih tinggi dari kebanyakan orang melayu dan Cina.
    5. Ramai orang Indonesia yang bekerja diMalaysia adalah pendek berbanding kebanyakan orang Malaysia.
    6. Kebanyakan orang Cina di Tanah Besar Cina juga adalah pendek.
    7. Kebanyakan orang Cina yang berhijrah ke Amerika akhirnya menghasilkan keturunan yang semakin tinggi seperti beberapa bintang filem Cina di Hollywood yang setanding dengan orang Amerika lainnya.
    8. Kini ramai orang Jepun di Jepun dan orang Cina di Hongkong lebih tinggi saiz badannya berbanding kebanyakan orang Jepun dan Cina dahulu kala.
    9. Terdapat banyak kes, datuk nenek dan ibu bapa bersaiz pendek namun menghasilkan anak yang tinggi hingga 5’ 11” atau lebih tinggi lagi.

    Memadailah dengan 9 senario yang saya kemukakan di atas untuk membuka minda kita semua bagi topik perbincangan kali ini. Apakah hipotesis yang kita semua boleh ketengahkan untuk menjelaskan senario di atas??
    (more…)