Sejak bila pulak pembakar bendera pakai kopiah. Sebelum ni pakai topi keledar. Gambar nie terpampang merata di tepi-tepi jalan. Tak mustahil akan keluar di dalam TV pulak. Nampaknya niat jahat UMNO semakin menyerlah hasil perbuatan mereka sendiri. Yang bestnya mukanya dikelabukan, mungkin takut orang kenal siapa pelakonnya atau pun bimbang dikenakan tindakan saman.
-
Kes adik Nurin Jazlin - Kerajaan patut laksanakan hudud
By on September 23rd, 2007 | 6 Comments
Pengertian HUDUD dan TA’ZIR:
HUKUM HUDUD ertinya hukum-hukum yg telah ditetapkan oleh ALLAH dalam Al-Quran dan Hadis kadar hukumannya(seksaannya) ke atas kesalahan-kesalahan jenayah tertentu yg tidak boleh manusia mengubah, menokok atau mengurangkannya.
Adapun kesalahan-kesalahan jenayah yg ALLAH tetapkan ini adalah tidak banyak. Bukan semua jenis kesalahan jenayah yg manusia lakukan itu ditetapkan bentuk hukumannya oleh ALLAH. Lebih banyak dari jenis-jenis kesalahan itu yg ALLAH serahkan kpd kebijaksanaan tuan hakim untuk menjatuhkan bentuk hukuman. Dengan syarat pesalah itu dimalukan atau disusahkan sepadan dgn kesalahan yg dilakukannya.
Hukum jenis ini dinamakan hukum ta’zir. Bahkan kesalahan-kesalahan yg sudah ditetapkan hukuman itu pun, jika tidak cukup syarat untuk dilaksanakan hudud ke atasnya, maka ia dikenakan hukum ta’zir atau buang kes. Biasanya hukum ta’zir ini lebih ringan dari hukum hudud. Kesalahan yg sama oleh orang yg berbeza mungkin pula bebeza pula hukum ta’zirnya. Sebab taraf dan kedudukan orang tidak sama, jadi cara memberi malu juga tidak sama. Hal inilah yg sangat memerlukan kebijaksanaan hakim. Agar setiap pesalah benar-benar rasa malu terasa atau susah atau sakit sepadan dgn kesalahan supaya dia insaf dan kesal dgn perbuatannya.
Tapi kesalahan-kesalahan jenayah yg dihukum hudud, tidak boleh berbeza-beza hukumannya walaupun siapa pun yg terlibat. Tujuan ALLAH menurunkan hukum hudud dan hukum ta’zir ialah untuk menyelamatkan kebaikan yg telah diusahakan oleh majoriti masyarakat manusia drpd diganggu atau dirosakkan oleh segelintir penjahat.
Sebab kejahatan tidak dapat dihapuskan 100% melalui ilmu dan pendidikan. Sebahagiannya hanya dapat dibaiki dgn hukuman. Sebab itu hukuman didatangkan sebagai jalan penyelesaian terakhir kpd segelintir masyarakat. Hukuman-hukuman ALLAH sama ada hudud atau ta’zir, jangan dipandang lahirnya yg menyakitkan. Tetapi lihat kebaikannya yg menyeluruh kpd masyarakat. Sepertilah bila doktor mahu membedah pesakitnya atau mahu potong anggota pesakit yg kencing manis/diabetis, jangan dilihat lahirnya yg menakutkan. Tetapi lihatlah natijah(hasil) baiknya yg penuh keselamatan bagi anggota-anggota yg lain.
Sejarah telah membuktikan bahawa hukum HUDUD adalah satu peraturan yg bijaksana, adil, mampu mengawal kebaikan dan telah memberi jalan keluar kpd masalah manusia. Di zaman kegemilangan Islam yg lampau orang kafir pun menerimanya.
Hukum hudud bukan bermaksud menyeksa. Ia lebih bermaksud untuk mendidik orang-orang yg tidak terdidik dgn nasihat dan tunjuk ajar. Bila ia sakit, malu dan susah, baru dia faham yg sikapnya itu tidak baik dan tidak patut. Baru dia dapat berfikir tentang perasaan dan keperluan orang lain. Sebagaimana dia tidak sanggup disusahkan, dimalukan dan disakiti, begitulah orang lain. Keinsafan ini hanya akan timbul kalau hukuman yg dikenakan benar-benar menyakitkan dan seimbang. Tidak lebih dan tidak kurang. Kalau kurang, ia tidak menakutkan dan menginsafkan. Kalau lebih, akan jadi zalim dan kejam. Siapakah yg lebih bijak dari ALLAH dalam menetapkan lebih atau kurangnya sesuatu hukuman?
Apa gunanya mengatakan beriman kepada Allah (seperti dalam rukun iman) jika kita sendiri tidak yakin dengan apa yg telah Allah S.W.T syariatkan. Sejak drpd kita kecil kita diajar Rukun Iman ada 6 perkara. Yang pertama PERCAYA kepada Allah. Sebenarnya kita silap, percaya sahaja tidak mencukupi. Sepatutnya ayat tu kita kena tukar kpd YAKIN kepada Allah.
Antara percaya dengan yakin amat berbeza sekali. Sebagaimana kita diminta percaya akan kewujudan Allah dan berasa yakin dengan kekuasaan-kekuasaanNYA. Ramai di antara kita, apabila ditanya apakah percaya kepada ALLAH, dengan spontan mereka menjawab “percaya”, dan apabila ditanya apakah yakin dengan kekuasaan-kekuasaan Allah, dengan spontan juga mereka menjawab “yakin”. Tetapi apabila disuruh membuktikan keyakinan itu ramai yang gagal.
Bleh baca kisah antara percaya dan yakin di sini.
-
Simpati mencurah-curah ke blog Nurin
By on September 23rd, 2007 | 9 Comments
Blog beralamat http://nurinjazlin.blogspot.com itu dibuat dan dikendalikan oleh bapa saudara Nurin sendiri, Jasni Abdul Jalil, sejak 27 Ogos lalu, seminggu selepas Nurin dilaporkan hilang.
Nama blog tersebut — asalnya In Search of Nurin Jazlin (Pencarian Nurin Jazlin) — kini ditambah dengan kata-kata “In Memory of Nurin Jazlin” (Nurin Jazlin Dalam Kenangan) selepas ujian DNA mengesahkan mayat di dalam beg yang ditemui di Petaling Jaya pada Isnin adalah mayat Nurin.
Di ruangan sisi laman blog itu, di atas foto mangsa, tertera perkataan Confirmed Murdered (Sah Dibunuh) dengan dakwat merah setelah mayat gadis sunti tersebut dituntut oleh bapanya Jazimin Abdul Jalil hari ini dari Hospital Kuala Lumpur.
Jenazah Nurin Jazlin selamat disemadikan dalam suasana pilu
Kedua ibu bapanya Jazimin, 33 dan ibunya Norazian Bistaman, 35, serta adik beradik dan keluarga terdekat menyirami air mawar di atas kuburnya selepas selesai pembacaan talkin.Walaupun cuaca panas terik, orang ramai yang berjumlah kira-kira 500 orang yang mengiringinya tidak berganjak dari kawasan perkuburan tersebut.
Malah pihak media sama ada elektronik dan cetak tidak ketinggalan membuat liputan.
Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Ustazah Nuridah Salleh, turut sama mengiringi Norazian yang berjubah dan bertudung hitam untuk memberi semangat dan mententeramnya.
Suasana pilu turut menyelubungi perkuburan apabila Jazimin yang berbaju Melayu merah jambu dan berkopiah putih memeluk isterinya agar menerima kematian anak mereka sebaik selesai pengkebumian.
Sementara itu sebelum dibawa ke tanah perkuburan jenazah Nurin disembahyangkan di Surau Darul Saadah, Seksyen 1, Wangsa Maju oleh kira-kira 500 orang termasuk saudara mara terdekat.Sebelum itu jenazahnya diziarahi kira-kira seribu orang dan kemudiannya selepas solat Jumaat, jenazahnya disembahyangkan oleh kira-kira 1000 jemaah.
Sementara itu, pagi tadi jenazah Nurin dituntut oleh keluarganya dari Hospital Kuala Lumpur.
Biarpun sebelum ini, bapanya menafikan mayat itu adalah anaknya yang hilang diculik sejak 20 Ogos lalu setelah keputusan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) membuktikan ia adalah Nurin.
Dalam pada itu, keluarga Nurin melahirkan rasa kesal di atas laporan TV3 malam tadi yang mengaitkan kematian Nurin dengan Along.
Salah seorang ibu saudara Nurin, berkata, satu Malaysia tahu mengenai tuduhan tersebut sedangkan keluarga terbabit tidak ada langsung berhutang dengan Along.
“Kami tidak mahu buat apa-apa kepada TV3 tetapi mereka orang yang berijazah, ada master, ada PHD, sepatutnya fikirlah kesan dari apa yang disiarkan. Kami yang menanggung malu,” katanya ketika ditemui di surau berkenaan.Undang yang ada tidak menjamin keselamatan
Sudah sampai masanya kerajaan khususnya Perdana Menteri sendiri menilai semula kesesuaian undang-undang hari ini sama ada ianya sesuai atau tidak memandangkan keselamatan bukan sahaja orang dewasa bahkan kanak-kanak sudah tidak lagi terjamin.
(more…) -
Rahsia penciptaan alam
By on September 22nd, 2007 | 1 Comment
Assalamulaikum sahabat sekalian. Selamat berpuasa. Hari nie saya nak berkongsi satu laman web berbahasa Inggeris yg bertajuk “Secret Worlds: The Universe Within”.

Laman web ini memaparkan pemandangan galaksi Bimasakti (MilkyWay) bermula drpd 10juta tahun cahaya daripada bumi dan kemudian kita akan dibawa bergerak merentasi ruang angkasa sehinggalah sampai ke bumi. Kemudian terus merentasi ruang angkasa bumi sehinggalah sampai ke bangunan National High Magnetic Field Laboratory yang terletak di Tallahassee. Melihat pemandangan Slide Show itu membuatkan saya terasa kerdil. Kerdil berbanding dengan kekuasaan Allah.Untuk memainkan Slide Show tersebut anda memerlukan plug-in Java Runtime Environment. Kepada sesiapa yang tiada plug-in tersebut, anda boleh men’download’nya di sini: http://java.com/en/download/index.jsp
Ini link website yang saya maksudkan itu: http://www.micro.magnet.fsu.edu/primer/java/scienceopticsu/powersof10/
Firman Allah Taala:
Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal. [190](iaitu) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (sambil berkata): “Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia. Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka. [191]
Surah Al-Imran -
X-File : Sekeping Gambar Palsu!
By on September 18th, 2007 | 4 Comments
Baru-baru ini, negara digemparkan dengan isu pembakaran Jalur Gemilang sewaktu tragedi Batu Buruk 12 September 2007. Semua media arus perdana menuding jari kononnya ia perbuatan ahli PAS, dan lebih mendukacitakam Polis Malaysia tanpa usul periksa mempercayai kejadian itu seolah-olah benar-benar berlaku.
Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi juga mengulas mengenainya begitu juga ahli-ahli Parlimen dengan nada dan konotasi marah sehingga ada yang menyatakan pembakar bendera itu perlu dibuang negara. Pemuda UMNO negeri Terengganu juga tanpa usul periksa dengan kerjasama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) konon ingin mengadakan kempen memungut tandatangan secara besar-besaran bagi mengutuk “perlakuan ” tersebut.
Persoalan kini, gambar itu siapa yang merakamkannya yang disiarkan secara meluas untuk mengkambinghitamkan PAS dan juga BERSIH selaku penganjur ceramah? Pemuda yang membakar bendera itu siapa namanya dan dari mana datangnya? Apa sebenarnya niat polis pula yang secara membabi buta mempercayai gambar itu dan akhirnya bagaimana mentaliti pemimpin UMNO dan ahli parlimen yang mempercayai bulat-bulat sekeping gambar yang tidak diketahui asal-usulnya itu?
Penelitian halus terpaksa dilakukan keatas gambar tersebut dan nantinya kita akan mendapati ia adalah sebenarnya gambar yang dilakukan secara “super-imposed” dibikin oleh pihak yang tidak bertanggungjawab serta mempunyai niat jahatnya yang tersendiri.
Cuba kita amati gambar itu.
1) Suasana yang ada seolah-olah pemuda yang bertopi keledar itu bersendirian dengan tindakannnya membakar bendera. Tiga pemuda di sebelahnya seperti “tak ambil kisah” terhadap perbuatannya begitu juga pemuda-pemuda yang di atas jalanraya di belakangnya.
Ini bererti perlakuan pemuda yang membakar bendera secara solo itu adalah pelik sehingga tidak ada sesiapa pun ambil kisah terhadap perlakuannya.
Justeru itu ada dua kemungkinan, pertama hanya orang gila biasanya yang tidak akan dipedulikan oleh sesiapa. Kedua imej pemuda yang membakar bendera itu sebenar dilukis kemudian. Saya lebih berat dengan alasan yang kedua. Cuba kita telitikan lagi dengan lebih terperinci terhadap imej itu.
2) Kita lihat gambar bendera yang dipegang oleh pemuda itu. Ia jelas satu lukisan bukan satu imej bendera sebenar. Tone warna bendera itu sekata dan ini amat tidak realistik memandangkan suasana ketika itu adalah waktu malam. Warna jalur merahnya, robekan bendera di sebelah bawah, lambang bulan-bintang berlatarbelakangkan biru dan asap apinya juga tampak jelas semuanya adalah dilukis dan rekaan semata-mata kerana satu hal yang tidak logik malah tidak mungkin sebaran asap itu mempunyai bentuk kaku yang tidak realistik. (lihat kawasan yang ditandakan dengan garis)
3) Kita lihat pula pemuda yang mencangkung seraya membakar bendera itu. (rujuk foto di atas)
Imej pemuda itu jelas ditampal kerana kecacatan yang wujud di sekurang-kurangnya 3 tempat:
A. Tempelan adalah ketara di tangan pemuda itu dengan imej seluar dan kain pelikat dua orang pemuda di belakangnya.
B. Apabila imej itu diteliti dengan resolusi yang tinggi kita akan dapat melihat kesan tampalan di aliran badan pemuda yang mencangkung itu.
C. Kedudukan bayang-bayang pemuda itu salah kerana aliran cahaya dari hadapan tidak memungkinkan bayang-bayang untuk berada terpat di atas objek.
Ada banyak lagi kecacatan foto berkenaan seperti warna tambak yang patching salah sehingga menjelaskan kepada kita ia bukan foto sebenar.
(rujuk foto di atas)
Justeru itu dengan bukti yang ada saya berpendiran bahawa foto berkenaan telah direka dan “doctored” dengan teknik “superimposed” bukan bukannya foto asli.
Kita tidak tahu berapa banyak lagi foto yang direka untuk memburukkan parti pembakang dan berapa ramai pula yang tertipu hasil dari niat dan muslihat yang tidak jujur ini. Kutukan ke atas tangan dan diri orang yang mereka-reka serta mengada-adakan perkara yang tidak ada.
Dan lebih memalukan lagi Polis Di Raja Malaysia mengambil foto ini sebagai asas untuk mendakwa tentang wujudnya perlakuan tersebut tanpa memperdulikan kesahihan foto berkenaan. Atau ada apa-apakah tujuan PDRM bertindak sedemikian?





Peng'Komen' Berani Mati