Logo Background RSS
  • Jika rusuhan dirancang pembangkang, mengapa tolak usul? - Salahuddin
    By on September 12th, 2007 | No Comments Comments

    KUALA LUMPUR, 12 Sep (Hrkh) - Ketua Pemuda PAS Salahuddin Ayub menuntut supaya dijelaskan mengapa usul untuk membincang dan memperbahaskan secara terbuka tragedi berdarah di Batu Burok ditolak jika benar dakwaan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi bahawa ia merupakan taktik yang sengaja dirancang oleh parti pembangkang.

    Sambil menyifatkan tuduhan liar Perdana Menteri sebagai fitnah jahat dan pembohongan besar, beliau berkata, keengganan menerima usul itu membuktikan dengan jelas siapa yang sebenarnya merancang rusuhan itu.

    “Saya membentang usul itu dengan tujuan supaya keadilan dan maklumat sebenarnya dapat ditegakkan.

    “Jika benar tragedi berdarah akibat keganasan polis itu merupakan taktik yang sengaja dirancang oleh parti pembangkang seperti dakwaan fitnah jahat dan pembohongan besar Perdana Menteri, mengapa tidak diterima usul itu supaya ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional boleh mengambil peluang untuk membuktikan bahawa tragedi berdarah itu merupakan perancangan pembangkang?” beliau mempersoalkan.

    Salahuddin mengingatkan Perdana Menteri bahawa kini telah bertebaran mesej SMS ke seluruh negara bahawa keganasan polis di Batu Burok itu adalah perancangan Setiausaha Politik Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Senator Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh untuk mensabotaj PAS dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan.
    (more…)

  • Video penternak babi istimewa di mata kerajaan
    By on September 12th, 2007 | 5 Comments5 Comments Comments

    Dalam menangani isu penternakan (haram) babi di Dun Linggi dan Tanjung Bidara, Melaka, TPM Najib Razak dipetik sebagai berkata kepada AFP: “At this stage, we have agreed to stop the culling so that the farmers can find more suitable land, especially those operating without licenses.”

    Dalam menangani isu di Terengganu, Najib dipetik sebagai berkata: “Tindakan pihak polis dalam menangani rusuhan oleh penyokong parti pembangkang di Terengganu malam tadi adalah berasas kepada tanggungjawab mereka untuk menguatkuasakan undang-undang negara.”

    Dalam menangani isu babi, undang-undang ditolak ke tepi, tetapi dalam menangani isu kemanusiaan, undang-undang berkuat kuasa.

    Fikir-fikirkanlah, mana lebih penting nyawa babi atau manusia?

  • Mat Rempitkah yg membuat vandalism?
    By on September 12th, 2007 | No Comments Comments

    Artikel nie saya dapat drpd seorang kawan yg berada di situ ketika kejadian. Artikel ini artikel asal yg ditulis olehnya. Saya cuma post kat sini tanpa edit.
    ———————————————

    aku terlibat scara langsung pd mlm tuh.mulanye aku tk tau ada rusuhan.masa tuh aku kt kedai kopi ladang.kul 1230 aku nk g jumpa kwn kt jln kenanga(bt.burok).masa aku sampai situ ..ramai sangat manusia.lebih dr 1000.first skali aku nampak ialah percikan mcm bunga api(gas pemedih mata/hidung???).

    org ramai amat marah krn polis cuba utk menangkap musatafa ali.so trjadi tarik menarik.org ramai cuba mengahalang polis drp menangkap mustafa ali.so dlm kecoh2 tuh FRU telah membantai org ramai mcm org gila babi..di hambatnyer,dirotannye,dipukulnye mcm haiwan.motor2 habis dihumbannye kedlm longkang..beberapa cermin kereta trmasuk pelanggan permai inn turut pecah angkara FRU…so the battle begin…FRU berada dlm jaarak 50mtr dr permai inn.tuan2 motor ni(mat rempit) adalah kumpulan yg paling aggresif pd mlm tuh.habis ,mana tak bengang..motor diaorg kne buang dlm longkang oleh FRU..nenek pada nenek aku pun akan mengamok kalo motor dia kna buat mcm tu…apa yg aku nk jelaskan kt sini..mat rempit lah yg membuat vandalism dan membakar bendera dan baling BOM PETROL..aku ulangi MAT REMPIT a.k.a PTERA UMNO..FAHAM..memang diaorg bengang gila psl motor diaorg.

    so dlm kekecohan tuh org awam dpt tahu ada seorg SB yg berpakaian preman dlm kumpulan org awm td.so..mat2 rempit yg terkenal dgn cogankata belia benci polis..cuba utk memukul SB td.so..tanpa disedari polis td yg dah kna pukul di mtrempit td telah draw pistol dan melepaskan tembakan terkena sorg hamba allah ni…barulah berlaku kejadian BOM petrol,vandalism,bakar bendera dan bakar kon plastik…

    kejadian bom petrol,vandalism,ni brlaku dlm kul 130..antara pkl 10 ke 130am adalah waktu adegan baling batu dan botol kaca..pkl 130am FRU telah berundur sepenuhnye krn 8biji bom petrol telah dilontarkan kearah trak water canon..bkn FRU..satu drpnye tepat trkena kt tempat water gun atas bumbung trak tu..setelah berundur..org ramai masa berkumpul disitu dgn harapan FRU datang lg..hehehe.

    so disini aku nk terangkn kt rakyat mesia bhw mat rempit a.k.a putera umno yg buat angkara…

  • Kuasa undi masyarakat Cina gerunkan polis - Husam
    By on September 12th, 2007 | No Comments Comments

    KUALA LUMPUR, 11 Sep (Hrkh) -Kuasa undi masyarakat Cina dan sensitiviti politik mereka menggerunkan polis tetapi tidak dua pemuda Melayu dari negeri yang rakyatnya adalah kedua termiskin di Malaysia, kata Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa.

    “Peluru hidup dilepaskan mengenai dua pemuda yang kini dirawat di dua hospital. Usaha asal polis ialah mengelakkan perhimpunan yang boleh mengganggu keamanan tetapi kerana salah urus polis, berakhir dengan hilang keamanan,” katanya.

    Beliau melihat apa yang berlaku itu sebagai dua gambaran yang berbeza, tetapi kedua-duanya sama buruk.

    Di Melaka, katanya, tindakan tidak matang pemimpin kerajaan Melaka memaksa babi ternakan dimusnahkan dalam tempoh relatif singkat tanpa satu perundingan dengan persetujuan muktamad, hanya menampakkan sikap tidak cermat menangani isu itu.

    Selepas bertahun-tahun membiarkan kandang babi berkenaan mencemarkan persekitaran, katanya, satu langkah pintas hendak diambil dengan menggunakan kekuatan FRU.

    Akhirnya, ketegangan yang tak diingini telah berlaku dan meninggalkan imej negatif yang berpanjangan ke atas polis dan polis berundur secara menikus, kata beliau.

    “Penternak berjaya. Kerajaan Melaka nampak lemah dan tidak matang. Polis terperangkap. Persepsi negatif masyarakat Cina wujud.

    “Belum reda usaha pemulihan imej polis yang kurang bijaksana dalam menasihatkan kerajaan Melaka tentang potensi isu seperti itu meletup menjadi isu masyarakat Cina dikasari polis, polis melakukan ‘reverse’ PR yang sangat buruk,” kata Husam.

    Berbeza dengan apa yang berlaku di Melaka itu, tindakan polis di Batu Buruk, katanya, menyebabkan rakyat berkata “Jika dengan masyarakat Cina polis kecut, lain pula dengan orang Melayu. Polis tunjuk berani”

    “Rata-rata itulah komen spontan yang saya dengar sepanjang hari ini,” kata Ahli Exco Kerajaan Kelantan itu.

    Beliau menyifatkan polis tidak bijaksana dalam perhitungan dan tindakan mereka.

    “Jika perhimpunan itu dibiarkan, sudah hampir pasti keadaan kecoh seperti dilaporkan tidak akan berlaku. Namun, polis memilih untuk menyekat perhimpunan itu sekalipun polis hampir pasti ia boleh mencetuskan keadaan yang tidak diingini.

    “Jika dalam kes di Bukit Beruang, polis boleh menghentikan gempuran mereka dan keadaan kembali damai, mengapa tidak polis mengambil tindakan yang sama di Batu Buruk?

    “Pilihan polis ialah untuk memantau dan mengawal ceramah itu atau untuk menyekat perhimpunan, menggempur dan menyerbu? Mana satu yang secara logiknya boleh menghasilkan suasana aman?,” tanya beliau.

    Husam mempersoalkan, adakah kesan perhimpunan di Batu Buruk itu begitu buruk sehingga tidak ada toleransi boleh ditimbangkan?

    “Berapa banyak perhimpunan serupa di seluruh negara berjalan dengan aman. Apa istimewanya polis Terengganu untuk tidak mengambil sikap seperti rakan polisnya di seluruh Negara?

    “Jika hanya 500 hingga 750 orang sahaja pendengar yang hadhir, apa sangat yang perlu dirisaukan oleh polis?

    “Apa perlunya polis meruntuhkan pentas tempat ceramah itu dijadualkan diadakan dan tidakkah itu boleh dikira di luar bidang tugas polis?

    “Jika keadaan telah begitu kecoh, tidakkah lebih baik polis berundur dan membiarkan ceramah itu berlangsung?” beliau seterusnya bertanya.
    (more…)

  • 4 jam keluarkan peluru dari dada mangsa tembakan
    By on September 11th, 2007 | 2 Comments2 Comments Comments

    KOTA BHARU, 10 Sept (Hrkh) – Mangsa tembakan dipercayai dilakukan anggota polis di Batu Burok, Kuala Terengganu malam 8 September lalu, Aswandi Abdul Ghani, 38 kini semakin stabil dan boleh menggerak-gerakkan tangannya.

    Beliau juga sudah boleh menghulurkan tangan bersalam dengan keluarga dan rakan-rakan yang datang menziarahinya. Mangsa lulusan kejuruteraan sivil dari UTM, kini berniaga serta mempunyai enam anak.

    Namun, beliau masih lagi diletak di bawah pengawasan doktor wad CCU Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) di Kubang Kerian.

    Beliau juga masih lagi menggunakan alat bantuan pernafasan. Kehadiran ahli keluarga dan teman-teman dari Kuala Terengganu dan Marang menyebabkan beliau tersenyum di atas katil yang sarat dengan peralatan perubatan.

    Aswandi dibawa ke HUSM bagi menjalani pembedahan mengeluarkan peluru dalam dadanya. Beliau dibawa dari Kuala Terengganu dengan ambulan yang ditemani seorang anggota polis dan abangnya, Suliadin, 39.

    Bapanya, Haji Abdul Ghani Muhamad berkata, anak keduanya itu dibawa masuk ke dalam dewan bedah kira-kira jam 8 malam dan keluar pada jam 12 malam.

    Mengikut laporan media hari ini seorang konstabel polis terpaksa melepaskan tembakan bagi mempertahankan diri selepas dikatakan diserang penyokong parti pembangkang setelah polis mengarahkan mereka bersurai daripada menghadiri perhimpunan haram di Batu Burok, Kuala Terengganu.

    Empat anggota polis, di mana tiga daripadanya daripada Unit Simpanan Persekutuan (FRU) dilaporkan cedera. Seorang daripadanya kini dirawat di HSNZ.

    Bagaimanapun kecederaan parah dua pemuda yang ditembak dipercayai dilakukan anggota polis menggunakan peluru hidup sehingga terbenam dalam badan mereka tidak disiarkan media harian.

    Pada kejadian malam 8 September lalu tembakan yang dilepaskan terkena dua pemuda dan menerobos ke dalam badan mereka. Seorang terkena di bahagian leher dan Aswandi pula menembusi bahagian dada di sebelah kanan.

    Akibat kecederaan parah, Aswandi terpaksa dikejar ke HUSM, manakala seorang lagi masih dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di Kuala Terengganu.

    Difahamkan hanya HUSM di Pantai Timur yang mempunyai doktor pakar bagi mengeluarkan peluru di dada mangsa.

    Abdul Ghani ketika ditemui berkata, sepanjang hidup Aswandi beliau tidak pernah melakukan perkara-perkara yang menyalahi undang-undang, apalagi didakwa memukul anggota polis.