Logo Background RSS
  • Gambar-gambar Sekitar Batu Buruk
    By on September 11th, 2007 | 8 Comments8 Comments Comments

    Oleh amdang81
    Ni adalah sebahagian gambar apa yang ada di Batu Buruk pada malam 8/9/2007. Ramai cameraman ditangkap termasuk dari Siasah, Harakah, TV pas.com dan juga cameraman dari lain-lain akhbar. Mengikut kenyataan akhbar Dr Syed Azman, gambar-gambar yang tersiar dalam akhbar kebanyakannya dari pihak polis. So, kalu nampak polis tu baik pun padan laa. Gambar ni aku jumpa kat internet.

    a

    b
    Cuba teka apa yang ada dibelakang saya?

    s
    “Aku ni baru lepas accident, kalu tak, aku rempuih ja nih”
    Agaknya tu la yang Abg Mat duk fikir. Hehehe

    b
    Haji Wahid Endut call sape tu? Maybe tanya khabar awok-awok kat luar guane la jadinya.

    t
    Mana boleh masuk!! Ini tempat aku yang punya! Berambuss!!! Kata Polis tu dengan megahnya.

    f
    Masa ni Cikgu Pa call boss polis Terengganu. Beliau minta nak masuk dalam gak. Nak jumpa tuan rumah kata beliau. Akhirnya dapat gak.

    y
    Tengah bisik apa tu? Ooo. Ni mesti rancang camana nak lepaskan diri dari kepungan FRU yang perkasa tu. Jangan marah aku cakap diorang ni PERKASA. FRU Terengganu mmg bagus. Sebarang rintangan dan halangan akan mereka rentasi. Tak mcm kat Melaka. Ngan BABI pun takut!! Sian FRU, Selamat Babi.

    g
    Tangkap!!! Tangkap!!! Jerit seorang pegawai polis yang bertugas. Akhirnya, bekas YB Kuala Nerus ditangkap seorang polis berpakaian preman. Selamba tul tangkap ek.
    Bayangkan kalu kita duk luar, tiba2 ada org tu tangkap ngaku polis. Then rupa-rupanya kita ditipu dan dirompak. Fuhhh. Bahaya, bahaya..

    r
    Perkasanya polis-polis kita. Selamba je diri tengah jalan. Klau polis trafik tak pe la kuat. Tahan sebelah tangan pun lori leh berhenti.

    f
    Tu dia polis buat roadblock. Tu sumer tu motor polis la tu. Kalu nampak motor-motor ni cepat-cepat la lari. Hehehe. Catat no plate tu!!
    (more…)

  • Tragedi Batu Buruk: SU Politik PM Dalangnya!
    By on September 11th, 2007 | 10 Comments10 Comments Comments

    Analisis Isu aOleh Intan Abdullah
    Harakahdaily

    Insiden berdarah di Pantai Batu Buruk 8 September lalu adalah hasil konspirasi jahat dan provokasi pihak polis yang dipergunakan oleh Umno-BN. Maklumat tersebut disampaikan oleh Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato’ Mustapa Ali dalam satu sidang media yang diadakan di Pejabat Agung PAS Jalan Raja Laut tengahari ini.
    Jelasnya, beliau mendapat maklumat daripada Adun Wakaf Mempelam, Abdul Wahid Endut yang menyatakan bahawa terdapat saksi yang telah menyatakan bahawa ia adalah ‘pre-plan’ yang melibatkan antara Setiausaha Politik Perdana Menteri, Senator Dato’ Wan Farid, Ketua Umno bahagian Kuala Terengganu dan adik kepada Exco Kerajaan Negeri Terengganu Datuk Wan Hisham.

    “Maklumat tersebut menyebutkan bahawa kira-kira jam 3 hingga 4 petang pada 8 September lalu, sewaktu satu kursus diadakan, seorang polis yang mengendalikan kursus tersebut telah menerima satu panggilan yang memaklumkan bahawa satu ‘huru-hara’ akan berlaku menjelang malam nanti di pantai Batu Buruk dan pegawai polis bertugas yang tidak beruniform dikehendaki memastikan identiti dengan memakai riben,” jelasnya.

    “Jika fakta ini dipertikaikan, dia boleh soal siasat saya,” ujarnya menyatakan kesediaan untuk disiasat berhubung kenyataan tersebut.

    Polis roboh pentas bila tuan rumah tiada

    Menceritakan kronologi kejadian tersebut, ujar Mustapa oleh kerana ia adalah ‘pre-plan’ atau usaha terancang, pihak polis telah bertindak berjumpa dengan tuan rumah yang menjadi premis ceramah Gabungan Pilihan raya Bersih dan Adil (Bersih) untuk memujuk tuan rumah agar tidak membenarkan pihak Bersih mengadakan ceramah pada malam itu.

    Tuan rumah tersebut diminta untuk menandatangani sepucuk surat pada 7 September yang tidak mengizinkan Bersih meneruskan hasrat mereka.

    Namun, tuan rumah yang enggan berbuat demikian menyatakan bahawa rumahnya adalah premis tetap pembangkang mengadakan ceramah sejak tahun 1990-an lagi.

    Polis telah meneruskan usaha yang sama pada keesokan harinya, 8 September jam 3 petang namun usaha mereka gagal.

    Dua jam kemudian, pihak polis telah datang ke rumah tersebut sewaktu ketiadaan tuan rumah lalu bertindak merobohkan pentas ceramah yang akan diadakan ceramah malam nanti.

    Ujarnya, penganjur telah membuat rayuan untuk meneruskan ceramah, dan telah dipanggil untuk berunding pada jam 5 petang, tetapi mereka tetap tidak memberikan kelulusan.

    Pada jam 9 malam, Yang DiPertua Kawasan Batu Buruk, Abdul Wahid Endut telah menghubungi Ketua Polis Terengganu untuk merayu agar membenarkan ceramah tersebut diteruskan namun gagal.

    Kemudian pada jam 9.40 malam beliau bersama-sama pemimpin Bersih telah pergi ke rumah tersebut bagi menjelaskan kedudukan sebenar status ceramah tersebut kepada tuan rumah, tetapi mereka telah dihalang dari masuk ke kawasan rumah terbabit.

    Tembak membabi buta

    Setelah perbincangan dibuat, polis masih tetap berkeras untuk tidak memberikan keizinan kepada pihak penganjur di saat orang ramai telah berhimpun kira-kira setengah kilometer dari tempat kejadian.

    Kemudian, FRU mula menembak ‘water cannon’ dan gas pemedih mata secara membabi buta ke arah orang awam yang berterusan hingga jam 1.30 pagi.

    aSalah seorang anggota polis yang tidak beruniform didapati telah melepaskan beberapa das tembakan di tengah-tengah orang awam, dan telah terkena kepada Suwandi Abdul Ghani, 37, yang menembusi paru-parunya, serta Muhammad Azamn Aziz, 21, yang terkena pada lehernya.

    Sementara itu, pihak polis juga telah bertindak menangkap beberapa pimpinan PAS yang dimulai oleh Exco PAS Terengganu yang juga bekas Ahli Parlimen Kuala Nerus, Haji Shukrimun.

    Orang awam yang turun bagi menghadiri ceramah tersebut juga cuba menangkap pegawai polis yang tidak beruniform setelah menyedari kehadiran dan tindakan mereka yang mencurigakan.

    Dalam keadaan yang tidak terkawal tersebut, polis telah berjaya menangkap 23 orang awam, berpuluh-puluh orang awam telah tercedera dan empat parah.

    Mustapa kesal dengan perancangan yang dibuat oleh polis dan Umno-BN mencetuskan provokasi yang menyebabkan kekecohan terjadi.

    Bahkan beliau percaya terdapat campurtangan Umno kerana ada pihak yang melihat ada beberapa ‘orang yang tidak dikenali’ muncul setelah kejadian tersebut membawa bendera Umno serta membakarnya.

    “Kemudian, mereka menuduh pembangkang yang mencetuskan provokasi tersebut disebabkan adegan membakar bendera tersebut,” katanya tegas.

    Terdapat tiga orang wartawan yang ditangkap serta semua jurugambar juga dirampas kamera mereka.

    “Sebab itu kita lihat hampir semua akhbar menyiarkan gambar yang sama, kerana sumber maklumat serta gambar itu adalah daripada polis yang bertugas, bukan daripada wartawan dan jurugambar yang bertugas,” tegasnya lagi.

    PAS tubuh ‘legal team, hantar memorandum pada Suhakam

    Ini adalah kali pertama pihak polis menggunakan peluru hidup dalam majlis ceramah bagi menyuraikan orang ramai yang hadir dan bertentangan dengan prosedur polis.

    Katanya, PAS juga telah membuat laporan polis bagi pihak mangsa yang ditembak.

    Beliau menyerahkan tugasan untuk menyiasat kejadian tersebut kepada pasukan ‘legal team’ yang diketuai oleh AJK PAS Pusat, Hanipa Maidin

    PAS juga ujarnya, akan mengemukakan satu memorandum kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia(Suhakam), Ketua Polis Negara dan Ketua Polis Terengganu berhubung insiden tersebut.

    Sidang media yang diadakan bertujuan memperbetulkan maklumat yang telah disiarkan oleh media cetak dan elektronik yang menyatakan bahawa pembangkang telah bertindak.

    Sidang yang dipengerusikan oleh AJK PAS Pusat, Dr Syed Azman dimulai dengan penjelasan Dato’ Mustapa Ali yang diikuti oleh kenyataan beberapa pimpinan Barisan Alternatif lain iaitu, Setiausaha Agung Keadilan, Tan Sri Khalid Ibrahim; Koordinator Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Arutchelvan; Jurucakap Bersih, Ronnie Liu; Ahli Parlimen Seputeh, Theresa Kok dan Jurucakap Suaram, Yap Swee Seng.

    Dalam sidang tersebut, beliau menyatakan kebimbangan terhadap orang ramai yang telah mempunyai persepsi buruk kepada penganjur iaitu PAS sebagai tuan rumah yang mengadakan program Bersih ini sebagai tidak melakukan proses yang sepatutnya menurut undang-undang.

    “PAS telah mengemukakan permohonan untuk mengadakan program tersebut berdasarkan bukti surat yang bertarikh 30 Ogos,” ujarnya sambil menunjukkan lampiran surat yang dikemukakan.

    Pihak polis ujarnya menjawab permohonan tersebut, bahawa ia tidak diluluskan pada 6 September yang lalu kerana semua alasan ini tidak boleh diterima kerana ia tidak benar.

    Turut hadir, Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu; Setiausaha Agung PAS, Dato’ Kamarudin Jaafar; Bendahari PAS, Dr Hatta Ramli; AJK PAS Pusat, Anuar Tahir; Dato’ Abu Bakar Chik; Dr Dzulkifli Ahmad; Ketua Penerangan PAS, Mahfuz Omar; Sekretariat Bersih, Faizal Mustafa; Hanipa Maidin dan Ketua Angkatan Muda KeADILan, Shamsul Iskandar Mat Akin.

    Sidang media kira-kira dua jam tersebut mendapat liputan yang meluas daripada seluruh media serta pegawai-pegawai polis yang diarahkan datang bertugas untuk mendapatkan maklumat. - mks.
    Berita Lain

    Sidang media penjelasan keganasan Polis di Batu Buruk

    Gabungan Pilihan raya Bersih dan Adil (Bersih) mengadakan sidang media khas di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut hari ini pada jam 1 petang hari ini bagi menerangkan insiden serangan/ keganasan polis yang berlaku di Batu Buruk,Terengganu sabtu lalu.
    klik sini

  • Ketua Polis Negeri Terengganu Pembohong
    By on September 11th, 2007 | No Comments Comments

    Didalam berita TV3 sebentar tadi, Ketua Polis Terengganu BERBOHONG kepada rakyat Malaysia dengan mengatakan bahawa ceramah BERSIH tidak diberi permit kerana faktor keselamatan memandangkan tempat ceramah berada di kawasan kediaman orang. Sebenarnya tempat ceramah tersebut amat popular dan sudah diguna berkali kali oleh penceramah termasuk ceramah menyambut Saudara Dato’ Anwar Ibrahim sebaik saja di bebaskan dari penjara.

    Didalam berita TV3 sebentar tadi, Ketua Polis Terengganu BERBOHONG kepada rakyat Malaysia dengan mengatakan bahawa ceramah BERSIH tidak diberi permit kerana faktor keselamatan memandangkan tempat ceramah berada di kawasan kediaman orang. Sebenarnya tempat ceramah tersebut amat popular dan sudah diguna berkali kali oleh penceramah termasuk ceremah menyambut Saudara Dato’ Anwar Ibrahim sebaik saja di bebaskan dari penjara.

    Jelaslah ketua Polis Terengganu seorang PEMBOHONG BESAR yang cuba menyalahkan orang ramai dalam hal polis menembak dua pemuda sehingga kritikal parah dengan peluru hidup. Kejadian menembak pemuda yang tidak bersenjata itu berlaku di belakang Hostel Sek Men Ugama Zainal Abidin yang merupakan satu tempat yang jauh dari tempat ceramah. Polis sepatutnya tidak menyekat jalan raya umum tersebut kerana jalan itu menghala ke pantai tempat orang makan-makan di waktu malam. Sekatan itu adalah satu provokasi kepada orang awam yang sentiasa lalu lalang di jalan alternatif itu.

    TV3 turut berkomplot untuk memutarbelit berita dengan mengatakan rusuhan dahulu yang berlaku baru berlaku kejadian menembak 2 pemuda. Sebenarnya rusuhan berlaku apabila orang ramai mendenganr berita dua pemuda tidak bersenjata di tembak.

    Disamping itu malam itu adalah malam perlawanan bola dan ramai penonton berpusu baru balik menonton bola di stadium dan ada setengah mahu terus ke tempat ceramah tanpa sebarang perancangan untuk merusuh. Kalau mereka mahu merusuh sudah tentu mereka sudah merusuh di stadium semasa pertandingan bola dan kalau mereka bersenjata sudah tentu mereka tidak menonton bola.

    Jelas Ketua Polis Terengganu telah BERBOHONG kepada rakyat melalui TV3 dan alasan suasana mendesak di mana polis terpaksa menembak pemuda dengan peluru hidup adalah tidak munasabah kerana pada masa itu masih ramai FRU yang berada di belakang yang berupaya membantu meleraikan pertelingkahan.

    Ulasan

    Bernama melaporkan:

    “Katanya, semasa terjatuh penyerang terbabit berterusan menyerang anggota itu sehingga terkena di bahagian kepala menyebabkan anggota itu terpaksa mengeluarkan senjata dan melepaskan satu das tembakan bagi tujuan mempertahankan diri.

    Ayub berkata, tembakan itu berjaya menyuraikan kelompok lelaki yang menyerangnya dan anggota polis berkenaan mengambil kesempatan itu untuk menyelamatkan diri dengan pergi ke arah pasukan FRU yang berada di kawasan berhampiran.

    Beliau berkata, dua lelaki, masing-masing berumur 21 dan 38 tahun daripada kumpulan yang menyerang anggota FRU itu turut tercedera di bahagian bahu dan leher akibat tembakan yang dilepaskan itu dan kini dirawat di HSNZ.

  • Kronologi peristiwa di Terengganu 8 dan 9 Sept
    By on September 11th, 2007 | 3 Comments3 Comments Comments

    KRONOLOGI peristiwa ini diambil dari laman web http://www.buletinonline.net/

    8 SEPT 2007

    12.00 tengahari Petugas ceramah dirikan pentas

    5.00 petang Polis arahkan rombak pentas, Polis minta kad pengenalan petugas2 parti

    8.00 malam FRU masuk dan mula arahkan bersurai

    9.30 malam Polis arahkan tahan orang ramai yang tidak mahu bersurai di sekitar Stesen ESSO.

    9.40 malam Dato’ Pesuruhjaya dan lain2 penceramah tiba berhampiran Warong Pak Maidin Keselamatan buka kon yang menghadang jalan ke tapak ceramah di selekoh Warong Pak Maidin Polis pakaian preman cuba menghalang petugas keselamatan dengan menarik baju. Salah seorang polis preman keluarkan pistol dan menuju ke arah petugas keselamatan lalu mengugut untuk tangkap petugas keselamatan. Polis tidak izinkan masuk ke jalan terbabit.

    10.00 malam Orang ramai berkumpul di jalan utama di simpang masuk ke Masjid Batu Buruk.

    10.30 malam FRU mula menembak water canon dan gas pemedih mata di kawasan antara ESSO dan Masjid Batu Buruk kira-kira lebih kurang 0.8 km dari tempat pentas didirikan.

    Tembakan pertama ke arah orang ramai yang berkumpul di jalan ke Masjid Batu Buruk.

    Tembakan water canon dan gas pemedih mata berterusan sehingga jam 1.30 pagi. 12.00 malam

    Salah seorang Polis preman cuba menyelinap masuk dalam kumpulan orang ramai tetapi disedari dan dikenali oleh beberapa orang awam lalu polis tersebut dikejar, dilontar batu sehingga rebah dan keluarkan pistol lalu menembak ke dada Suwandi Abd Ghani (Binjai Rendah) menyebabkan kecedaraan parah.

    Seorang lagi terkena percikan daripada beberapa tembakan dan tercedera di leher. Kedua2nya dikejarkan ke hospital.

    9 Sept 2007

    1.10 pagi FRU mula berundur sambil menembak water canon dan gas pemedih mata. Orang ramai maju ke hadapan sambil menghalau FRU dan polis.

    1.30 pagi FRU dan polis berundur sepenuhnya. Kerosakan harta awam seperti Lampu Trafik, Pasu Bunga Besar MPKT, Signboard Besar Idris Jusoh, dan membakar kon dan alat penghadang jalan di tengah2 jalanraya dilakukan oleh mereka yang tidak dikenali. Orang ramai terus kekal di jalanraya berhampiran selekoh masijd Batu Buruk dengan mengadakan sekatan jalanraya sehingga berlarutan jam 2.30 pagi, baru bersurai.

    3.00 ptg- Semua tahanan di bawa ke Mahkamah.

    3.30 ptg- Mangsa Pertama yang ditembak dibawa ke HUSM Kubang Kerian, Kelantan.

    6.00 ptg- Mangsa pertama tiba di HUSM dan disambut oleh Dewan Pemuda PAS Kubang Kerian yang diketuai oleh YB Ustaz Baihaki Atiqullah.

    6.35 Ptg - Mangsa pertama yang ditahan polis dibebaskan dengan ikat jamin.

    8.00 Mlm- Semua 17 mangsa tahanan dibebaskan, kecuali 5 orang direman ( termasuk 2 orang yang ditembak dengan peluru hidup)

    9.15 mlm- Mangsa tembakan pertama di HUSM, dikunjungi Oleh Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat, Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang, Datuk Dr Haron Din serta beberapa exco Kelantan.

    9.45mlm - Mangsa tembakan pertama dimasukkan ke bilik bedah untuk mengelurakan peluru hidup dibahu beliau.

    SENARAI MANGSA KEGANASAN POLIS

    1) Suwandi Abd Ghani (No KP 691220 11 52013495)
    Pekan Binjai Rendah21400 Marang.
    AJK Pemuda Marang
    Ditembak di bahu dan peluru masuk ke paru-paru oleh polis preman

    2) Muhamad Azman bin Aziz
    249 A Kg Masjid Hj KadirPasir Panjang (No KP 861010-46-5157)
    Pemuda Pasir Panjang
    Terkena percikan tembakan polis preman

    3) Ahmad Badarul Imsham bin Muhammad
    Kena pukul, cedera di kepala

    4) Abdul Razak Ismail - Pembantu Pejabat di Markaz Tarbiyyah Kuala Terengganu
    Cedera di kepala

    5) 17 orang kena tahan termasuk Abd Razak Ismail

     

    Kronologi ini di copy paste tanpa sebarang edit drpd website Husam Musa:
    http://www.husammusa.com/modules/news/article.php?storyid=242url

  • 10 Sept 2007 Website2 barisan alternatif sukar di akses
    By on September 11th, 2007 | 4 Comments4 Comments Comments

    Pagi tadi sehingga lah ke maghrib, saya cuba untuk melayari laman2 web barisan2 alternatif untuk mendapatkan cerita yg lebih lanjut berkenaan isu rusuhan di Batu Buruk. Antaranya:
    http://www.tranungkite.net
    http://www.harakahdaily.net
    Tetapi start drpd lepas subuh hingga ke maghrib tidak dapat di akses langsung. Dah dekat nak maghrib baru dapat akses. Mengikut ilmu internet yg saya tahu..ada beberapa faktor yg mempengaruhi terjadinya perkara sebegitu.
    -Yang pertama mungkin disebabkan web server yg down.
    -Yang kedua mungkin disebabkan network connection.
    -Yang ketiga mungkin disebabkan salah taip nama.
    -Dan yg keempat mungkit disebabkan server overload, disebabkan user yg terlampau ramai.

    Untuk yang pertama. Saya buka laman2 web tu bukan seminggu sekali atau sebulan sekali. Tiap2 hari 2 kali saya bukak dan sebelum nie tak pernah pun berlaku web server tu down. Kalau untuk upgrade pun biasanya akan dimaklumkn terlebih dahulu.

    Untuk yang kedua tidak logik jugak coz saya dah check semua network connection. Semuanya berada di dalam keadaan baik. Dan laman2 web lain dapat di akses dgn pantas tanpa sebarag masalah.

    Yang ketiga tu soal tu biasa yang jarang2 berlaku. Pasal nama web tu mmg saya dah hafal. Org kata sekali pandang jer dah tahu kat mana salah taip.

    Saya lebih cenderung kpd yg keempat. Adakah benar apa yg saya rasa hari ini.. :D web2 parti pembangkang menjadi tumpuan ramai untuk mendapat berita2 yg sebenar tentang kejadian tersebut. Seperti yg kita sedia maklum..web2 parti pembangkang nie hits dia lebih tinggi drpd web akhbar2 kerajaan. Dan hari ini mungkin server sama sekali tidak mampu menahan beban yg berat yg diluar jangkaan. Itu mungkin salah satu sebabnya. Wallahua’lam.

    Just my pendapat ;)