Logo Background RSS
  • Nilai Syurga
    By on July 22nd, 2007 | 3 Comments3 Comments Comments

    Abu Hurairah lah.a berkata. Aku telah mendengar Rasulullah saw. bersabda:

    Sesungguhnya orang pertama yang dihakimi pada hari kiamat ialah orang yang mati syahid. Di datangkan kepada beliau segala amalannya seterusnya dia akan disoal:

    Apakah yang telah kamu lakukan?
    Jawabnya. Aku telah berperang keranamu Ya Allah sehingga aku mati syahid.

    Di katakan kepadanya lagi: Kamu telah berbohong!. Malah kamu berperang supaya orang berkata kamu berani!, dan mereka telah pun mengatakan (di dunia),kemudian
    diseret mukanya dan dicampakkan ke lubang neraka.

    Kemudian didatangkan pula seorang penuntut dan penyampai ilmu (pendakwah) yang juga merupakan pembaca al-Quran.

    Kemudian dihadapkan kepadanya segala amalan yang telah dilakukan di dunia, dan dia mengakuinya.

    Justeru itu dia ditanya: Apakah yang telah kamu lakukan?
    Jawabnya. Aku telah belajar dan mengajar ilmu. Aku juga membaca al-Quran, semuanya keranamu Ya Allah.

    Kemudian Allah menjawab: Bohong!, bahkan kamu belajar supaya orang kata kamu ‘alim, dan kamu baca al-Quran supaya orang kata kamu seorang qari.
    Mereka semua telahpun berkata demikian di dunia.

    Setelah itu dia diseret dan dicampakkan ke dalam neraka.

    Akhirnya dibawakan pula seorang yang dikurniakan harta benda serta kemewahan hidup di dunia, dan dia juga mengakui segala nikmat yang dikecapinya.

    Kemudian dia disoal: Apakah yang kamu lakukan dengan harta benda tersebut?

    Jawabnya. Aku tidak akan tinggalkan satu peluang bantuan yang engkau sukai Ya Allah sehingga aku akan keluarkan wang bantuan keranamu Wahai Tuhan.

    Allah menjawab: Bohong!, tetapi kamu keluarkan bantuan tersebut supaya orang katakan kamu seorang yang pemurah. Mereka semua telahpun berkata demikian di
    dunia.

    Akhirnya dia juga diseret dan dihumbankan ke dalam api neraka.

    Apabila Saidina Muawiyah lah.a. mendengar hadis ini, beliau menangis sehingga tidak sedarkan diri, apabila sedar beliau berkata:

    Benarlah firman Allah swt dan sabda Rasul-Nya. Allah swt juga telah berfirman dalam surah Hud ayat 15-16.

    Mafhumnya: Barang siapa yang menghendaki kehidupan dunia dan perhiasannya, nescaya kami akan berikan kepada mereka balasan pekerjaan mereka di dunia dengan sempurna, tanpa apa-apa kerugian. Itulah orang-orang yang tidak beroleh sesuatu di hari akhirat melainkan api neraka yang marak menyala.
    (Hadith diriwayatkan oleh Imam Muslim, at-Tirmizi dan an-Nasaai)

  • Tension ngan cek :-(
    By on July 22nd, 2007 | 5 Comments5 Comments Comments

    Waah!! Seperti menunggu bulan jatuh ke riba. Tension sungguh nie. Tunggu cek yg akoo cash tak masuk2 ke account bank. Biasanya cek drpd Google yg akoo cash kat maybank ambik masa sebulan jer untuk di cash. Tapi kali nie dah lebih beberapa hari dah nie. Bimbang gak kalau tak masuk account akoo. Bukan sedikit, RM 1,300 tu. Jgn buat tak masuk dah ler.. Takkan salah no. account kut. Rasanya dah 4 kali akoo check no. account bank sebelum di masukkan ke dalam mesin. Lebih tension lagi, resit yg dia bagi tu hilang pulak :( Kalau tidak bleh gak pergi tanya Customer Service.

    Teringat kat syarahan Ustaz Azhar Idrus suatu masa dahulu. Jika rezeki itu memang Allah S.W.T takdirkan untuk kita, maka tiada sesiapa pon yg dapat menghalangnya. Dan jika rezeki itu memang ditakdirkan bukan milik kita, maka usahalah seberapa banyak mana pun, maka tetap jugak tak akan menjadi milik kita. Allah berkuasa memberi rezeki kepada makhluk-Nya.

    Jadi apa yang dapat akoo simpulkan di sini, rezeki itu memang dalam ketetapan Allah. Tapi adalah amat wajib bagi kita berusaha keras dalam mencari rezeki itu. Dan rezeki yang datang itu akan berkadaran dengan usaha kita. Mungkin ada hikmah di sebalik apa yg berlaku ke atas akoo yg tak nampak dek mata kasar kita ;)

  • Duduk Lama Depan Komputer Boleh Bawa Maut
    By on July 21st, 2007 | 3 Comments3 Comments Comments

    Sejak akhir-akhir terdengar beberapa webmaster diserang dengan pelbagai jenis penyakit sehingga ada diantaranya begitu kritikal sehingga terpaksa dimasukkan ke wad hospital untuk pemantauan kesihatannya. Malah ada diantaranya telah sampai ke tahap kritikal sehingga diserang penyakit angin ahmar.

    Ramai yang masih tidak sedar bahawa duduk terlalu lama di depan komputer atau bekerja selama berjam-jam secara pasif di atas kerusi akan membuat otot-otot tubuh kita terasa kaku, keras dan mata menjadi pedih. Malah selain keluhan ringan tersebut tersembunyi juga ancaman lain yang berisiko bagi kesehatan.

    dudukNew Zealand Medical Journal dalam edisi terbaru, melaporkan kajian dari Institut Penyelidikan Perubatan New Zealand menunjukkan bahawa pekerja pejabat yang menghabiskan masa terlalu lama duduk di meja masing-masing berisiko tinggi menghadapi masalah darah beku. Penyelidik mendapati, satu pertiga daripada pesakit yang dimasukkan ke hospital kerana mengidap -trombosis pembuluh darah vena (DVT) atau darah beku, adalah mereka yang menghabiskan masa berjam-jam mengadap komputer.

    Penyakit Deep Vein Thrombosis (DVT) ini adalah disebabkan darah beku yang menyebabkan salur pembuluh darah terutamanya di bahagian peha danb betis tersumbat. Keadaan ini berlaku kerana aliran darah yang tidak baik hasil dari aktiviti yang pasif dan rehat yang berlebihan.

    Hal ini akan diperburukkan apabila bilik yang diduduki berhawa dingin di mana udara yang sejuk itu mempercepatkan kadar pembekuan darah terutama di bahagian kaki.

    Ketua penyelidik, Profesor Richard Beasley berkata sebahagian pekerja pejabat yang mengidap masalah itu duduk di depan skrin komputer selama lebih 10 jam sehari. Masalah ini biasanya dihadapi oleh pekerja dalam industri teknologi maklumat dan pusat panggilan. (more…)

  • Muhammad s.a.w. Manusia Paling Berpengaruh Dalam Sejarah
    By on July 21st, 2007 | 3 Comments3 Comments Comments

    (MAKLUMAN: Admin telah menghitamkan (bold) beberapa tempat dari petikan buku di bawah kerana ianya ada kaitan dengan komentar yang ditulis di penghujung artikel.)
    ————-
    PERHATIAN: Disebabkan penulis buku ini berbangsa English, some of his points are not accurate enough. The article is merely to show us the greatness of our prophet.

    My choice of Muhammad to lead the list of the world’s most influential persons may surprise some readers and may be questioned by others, but he was the only man in history who was supremely successful on both the religious and secular levels.

    Of humble origins, Muhammad founded and promulgated one of the world’s great religions, and became an immensely effective political leader. Today, thirteen centuries after his death, his influence is still powerful and pervasive. The majority of the persons in this book had the advantage of being born and raised in centers of civilization, highly cultured or politically pivotal nations.

    Muhammad, however, was born in the year 570, in the city of Mecca, in southern Arabia, at that time a backward area of the world, far from the centers of trade, art, and learning. Orphaned at age six, he was reared in modest surroundings. Islamic tradition tells us that he was illiterate. His economic position improved when, at age twenty-five, he married a wealthy widow. Nevertheless, as he approached forty, there was little outward indication that he was a remarkable person.

    Most Arabs at that time were pagans, who believed in many gods. There were, however, in Mecca, a small number of Jews and Christians; it was from them no doubt that Muhammad first learned of a single, omnipotent God who ruled the entire universe. When he was forty years old, Muhammad became convinced that this one true God (Allah) was speaking to him, and had chosen him to spread the true faith.

    (more…)

  • Lagi Khasiat Kurma, Kismis dan Madu
    By on July 21st, 2007 | 1 Comment1 Comment Comments

    Sabda Rasulullah s.a.w:

    “Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya.”

    Mengamalkan makan kurma ketika mengandung adalah amat baik sekali kerana ini akan memudahkan ketika melahirkan nanti. Semasa bayi dilahirkan, buah kurma juga dicalitkan sedikit di lelangit bayi.

    Ingat tak kisah dimana Maryam hanya memakan buah kurma semasa melahirkan Nabi Isa a.s.?

    Buah kurma tidak mengandungi gula yang merbahayakan malah ia merupakan makanan Rasullullah s.a.w.

    Puan janganlah risau kerana takut diserang kencing manis. Apa yang harus puan buat, makanan manis-manis yang lain puan jauhkanlah.

    Buah kurma tidak merbahayakan kesihatan kerana ianya mengandungi banyak khasiat.

    1) KURMA

    Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: “Rumah yang tidak ada kurma di dalamnya, akan menyebabkan penghuninya kurang sihat”.

    Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: “Berilah makanan kurma pada wanita yang hamil sebelum dia melahirkan, sebab yang demikian itu akan menyebabkan anaknya menjadi seorang yang tabah dan bertakwa (bersih hatinya)”.

    Abu Abdillah a.s. bersabda: “Buah kurma adalah salah satu buah yang berasal dari syurga dan dapat mensirnakan pengaruh sihir”.

    Abu Abdillah a.s. bersabda: “Orang yang memakan 7 buah kurma yang baik sebelum sarapan, maka pada hari itu dia tidak akan tertimpa racun, sihir dan tidak diganggu syaitan”.

    Imam Ja’far Ash-Shadiq a.s. bersabda: “Barangsiapa memakan 7 buah kurma yang baik, maka cacing-cacing yang ada di perutnya akan mati”.

    2) KISMIS

    Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: “Barangsiapa memakan kismis merah sebanyak 21 biji setiap hari sebelum sarapan pagi, maka dia tidak akan ditimpa penyakit kecuali kematian”.

    Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: “Biasakanlah memakan kismis karena kismis dapat menghilangkan kepahitan (empedu/cairan kuning), menghilangkan lendir, menyihatkan badan, membaguskan rupa, menguatkan saraf dan menghilangkan letih”.

    Imam Ali a.s. bersabda: “Barangsiapa memakan 21 biji kismis merah, maka dia tidak akan melihat pada jasadnya suatu yang tidak disenangi”.

    Imam Ali a.s. bersabda: “Kismis dapat menguatkan jantung, menghilangkan penyakit, menghilangkan panas dan memulihkan kesihatan jiwa”.

    Pada riwayat lain dari Abi Ja’far At-thusi disebutkan bahwa kismis dapat menghilangkan lendir dan menyihatkan jiwa”.

    3) MADU

    Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: “Barangsiapa minum madu setiap bulan dengan niat mempraktikkan nasihat Al-Qur’an, maka Allah s.w.t. akan menyembuhkannya dari 77 penyakit”.

    Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: “Barangsiapa ingin memiliki hafalan yang kuat hendaklah dia meminum madu”.

    Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: “Sebaik-baik minuman ialah madu karena dia dapat konsentrasikan hati dan menghilangkan dingin yang ada di dalam dada”.

    Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: “Allah s.w.t. telah meletakkan berkat di dalam madu dan menjadikannya sebagai ubat dari rasa sakit, dan madu telah didoakan oleh 70 Nabi”.

    Dari Imam Ali a.s. beliau bersabda: “Madu adalah ubat segala penyakit, tiada penyakit di dalamnya, ia dapat menghilangkan lendir dan membersihkan hati”.

    Dari Imam Ja’far Ash-Shadiq a.s., beliau bersabda: “Rasul s.a.w. sangat menyenangi madu”.

    Dari Imam Ja’far Ash-Shadiq a.s., beliau bersabda: “Biasakanlah dirimu memperoleh dua ubat iaitu meminum madu dan membaca Al-Quran”.