Logo Background RSS

» abdullah

  • Penamaan Calon : 24 Feb 2008 Pilihanraya Umum: 8 Mac 2008
    February 14th, 2008 | 2 Komen2 Comments Comments

    RashitPengerusi Suruhanjaya Pilihanraya Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman mengumumkan bahawa tarikh Penamaan Calon ialah pada 24 Feb 2008 dan tarikh Pilihanraya Umum ialah 8 Mac 2008

    8 Mac 2008 adalah permulaan cuti sekolah. Pengerusi SPR juga menentukan bahawa Daftar Pemilih Induk 2007 yang diumumkan pada 5 Feb 2008 digunapakai yang bermakna akan terdapat 10,922,139 pemilih akan layak mengundi dimana 10,701,054 orang pemilih awam 221,085 orang pemilih pos.

    Tempoh berkempen dalam pilihan raya itu adalah selama 13 hari.

    IzoBlog berkongsi harapan agar parti-parti di dalam Barisan Alternatif akan berjaya cemerlang di dalam PRU 12 ini.

    Teruskan bekerja dan semarakkan perjuangan!

  • Kewajipan Mengundi Mengikut Hukum Syarak
    February 14th, 2008 | 2 Komen2 Comments Comments

    Dato' Haji Harun TaibMenegakkan Pemerintahan Islam
    Pemerintahan Islam itu berbentuk khilafah atau Imaratul Mukminin ataupun al Imamah al ‘Uzma. Ia merupakan sebuah pemerintahan yang berteraskan kepada syariat Islamiyyah sama ada pada perlembagaannya, undang-undangnya, ekonominya dan lain-lainnya. Ia ditakrifkan oleh Al Mawardi, Abu Yu’la, Ibnu Khaldun dan lain-lain dengan maksud :

    ”mengalang ganti kenabian dalam urusan menjaga agama dan mentadbirkan dunia dengannya”.

    Pengertian ini dibuat berdasarkan kata-kata Abu Bakar Al Siddiq r.a. sesudah wafatnya Rasulullah s.a.w. maksudnya:

    ”Muhammad sudah wafat, maka agama ini sudah pasti memerlukan orang yang mengurusnya”.

    Kata-kata ini terus mendapat sokongan dan persetujuan padu dari kalangan para sahabat yang menghadiri perhimpunan Saqifah Bani Sa’adah yang berakhir dengan pencalonan beliau (Abu Bakar) sebagai khalifah menggantikan Rasulullah s.a.w.

    Hukum Menegakkan Pemerintahan Islam

    Ramai di kalangan ‘alim ulama’ yang bercakap tentang perkara ini, yang biasa didengari ialah seperti Al Imam Al Mawardi, Abu Yu;la, Ibnu Khaldun, (faqih Siasi), Imam Al Haramain Al Juwaini, (Faqih Ijtima’ie), Imam Al Ghazali, (Faqih Tasawwuf) dan lain-lain lagi. Sebagai contoh kita ambil sahaja kata-kata al Faqih al Ma’ruf Ibnu Hazam Al Andalusi:

    ”Para ulama’ daripada Ahlu Sunnah wal Jamaah, Al Murji’ah, As Syiah dan Khawarij bersatu pendapat dalam mengatakan bahawa menegakkan Pemerintahan Islam itu adalah wajib, maka seluruh umat berkewajipan melakukan taat kepada Imam yang adil yang menegakkan ke atas mereka hukum hakam Allah, yang mentadbir dan memerintah mereka dengan syariat Allah yang dibawa oleh junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

    Namun begitu terdapat satu puak daripada Al Khawarij yang bergelar Al Najdat mengatakan bahawa tidak wajibnya menegekkan kerajaan yang serupa itu. Walau bagaimanapun mereka sudah tidak wujud lagi dewasa ini.

    Pendapat mereka ditolak oleh Ijma’ mereka yang telah disebutkan itu, lebih-lebih lagi apabila kita dapati Al-Quran dan Al-Sunnah turut menyatakan wajibnya menegakkan pemerintahan yang serupa itu.
    (more…)

  • Parlimen Dibubarkan Hari ini
    February 14th, 2008 | Tiada Sebarang Komen Comments

    PUTRAJAYA 13 Feb. – Parlimen dibubarkan hari ini bagi membolehkan pilihan raya umum ke-12 diadakan dalam tempoh 60 hari selepas hari ini. Semua Dewan Undangan Negeri (DUN) kecuali Sarawak, akan turut dibubarkan serentak dengan pembubaran parlimen. Pengumuman pembubaran Parlimen itu dibuat Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada sidang akhbar di sini hari ini. Menurut Perdana Menteri Yang di-Pertuan Agong telah memperkenankan pembubaran berkenaan.

    Bubar Parlimen mengejut, Abdullah takut pengaruh Anwar

    Sah! Presiden Umno, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi gentar dengan pengaruh Ketua Umum KeADILan, Dato’ Seri Anwar Ibrahim apabila mengumumkan pembubaran Parlimen hari ini.

    Kebimbangan terhadap pengaruh Anwar dilihat sebagai satu alasan mengapa Abdullah mengumumkan pembubaran parlimen secara tergesa-gesa, walaupun sering menafikan kebimbangan Umno terhadap pengaruh Anwar.

    Ketua Penerangan KeADILan, Tian Chua, kenyataanya kepada wartawan di pejabatnya, di Brickfields berkata Anwar dibenarkan bertanding pada 15 April ini, iaitu lebih kurang sebulan – yang menjadikan BN bimbang dengan keadaan tersebut.

    “Apa saja yang mereka sebut tentang Anwar, kononnya tidak bimbang dengan pengaruh Anwar, sebenarnya menunjukkan sikap sebaliknya. Hakikatnya, BN tidak mahu Anwar menyertai pilihan raya,” tegas Tian Chua, hari ini.

    Beliau turut melahirkan rasa kesal dan kecewa berhubung pembubaran ini memandangkan Abdullah baru saja menafikannya kepada media, semalam.

    “Kita bukan persoal hak beliau untuk membubarkan parlimen, tapi cara beliau mengingkari janji itu yang dikatakan semalam. Semalam cakap lain, hari ini sudah lain. Ini bermakna banyak lagi janji-janji yang dibuat sebelum ini boleh diragukan sama ada ikhlas atau taktik pilihan raya semata-mata,” tegasnya.

    Dalam pada itu, Tian turut menjangkakan pilihan raya umum kali ini merupakan pilihan raya yang sengit, selain akan dipenuhi dengan taktik-taktik kotor daripada BN dalam memastikan kemenangan mereka.

    Beliau turut meminta Abdullah berhenti mengarahkan mana-mana pihak dalam jentera kerajaan sepanjang tempoh kempen memandangkan Abdullah kini tiada kuasa sebagai Perdana Menteri untuk memutuskan sama ada sesuatu perhimpunan itu aman atau sebaliknya.

    “Saya harap Abdullah berhenti mengarahkan mana-mana pihak dalam jentera kerajaan, kerana beliau kini hanyalah calon berpotensi seperti saya dan kamu juga. Biar pihak polis yang menentukan sama ada aman atau tidak sesuatu perhimpunan aman, protes aman, ceramah umum dan sebagainya. Harap BN sedar hakikat ini,” kata beliau.

    Justeru, beliau berharap pihak polis membuat keputusan secara profesional tanpa dipengaruhi mana-mana parti kerana semua parti adalah sama dalam menghadapi pilihan raya ini.