Logo Background RSS

» ahmad said

  • UMNO Memang Parti Biadap
    March 24th, 2008 | 3 Komen3 Comments Comments

    Umno biadap terhadap sultan

    Berita TV3 jam 8 malam tadi menyiarkan demonstrasi mereka yang tidak bersetuju dengan tindakan Istana untuk tidak melantik bekas MB Idris Jusoh. Disiarkan para penyokong dengan pelbagai kain rentang bagi menyatakan sokongan dan taat setia mereka terhadap Derih Jusoh.

    Antara yang sempat diperhatikan ialah sepanduk yang berbunyi “Kami Nak Idris, Natang!”.

    Pertama, apa erti perkataan tersebut? Di dalam loghat Terengganu, “natang” itu membawa makna yang sangat kurang baik. Atau untuk diterjemahkan dengan lebih mudah ialah untuk “binatang”.

    Kedua, persoalannya ialah, siapa “binatang” yang dimaksudkan dalam sepanduk itu? Kalau mengikut ayat sepanduk tersebut itu ialah mereka memberitahu kepada orang yang tidak menerima Idris sebagai MB dan orang itu dipanggil dengan nama binatang.

    Siapa yang tidak menerima Idris dan melantik Ahmad Said sebagai MB? Umum mengetahui bahawa Tuanku Sultan yang tidak menerima Idris dan melantik Mat Said sebagai MB.

    Jadi apakah “binatang” itu disifatkan oleh mereka kepada Tuanku Sultan? Apakah itu suatu tindakan wajar? Apakah tindakan-tindakan seperti itu yang didokong oleh para pemimpin UMNO? Apakah itu natijah dari kurikulum pelbagai program pendidikan yang dilalui oleh para ahli UMNO?

    Apakah kesetiaan mereka kepada Idris membolehkan mereka menderhakai Sultan? Apakah itu termaktub dalam adat susila perjuangan UMNO?

    Saya hairan dengan tindakan para pemimpin Melayu yang sebegini yang telah melampaui batas-batas adat susila Melayu kita yang dibanggakan.

    Mereka perlu mengulangkaji semula Rukun Negara.
    Sememangnya UMNO pengkhianat bangsa!
    (more…)

  • Umno ajar rakyat derhakai raja, berbohong
    March 23rd, 2008 | Tiada Sebarang Komen Comments

    KUALA LUMPUR: Umno bukan sahaja menderhaka kepada raja malah berbohong kepada rakyat konon calon-calonnya dalam pilihan raya umum 8 Mac lalu telah ditapis.

    Ketua Penerangan PAS, Haji Mahfuz Omar berkata demikian ketika mengulas tindakan 23 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Umno di Terengganu yang mengancam hendak memboikot majlis angkat sumpah Menteri Besar yang diperkenankan oleh Sultan negeri itu, Datuk Ahmad Said.

    “Sebelum ini, bukan kepalang Umno mengerahkan orang-orang yang boleh diperdayakannya supaya menunjuk perasaan. Kononnya hendak membela Sultan yang mereka dakwa diderhakai di Perak dan Selangor.

    “Sekarang mereka sendiri yang berkonspirasi bersikap biadab dan menderhakai Sultan.

    Tunjuk perasaan

    “Mengapa tak tunjuk perasaan? Tunjuklah puas-puas!” katanya merujuk kepada tindakan Umno yang sebelum ini menunjuk perasaan membantah tindakan Penasihat DAP, Lim Kit Siang yang mengancam bahawa partinya akan memulaukan upacara angkat sumpah Menteri Besar Perak.

    Lim kemudiannya dilaporkan telah memohon maaf kepada Sultan dan Raja Muda Perak.

    Ahli Parlimen Pokok Sena itu mengingatkan, jika selepas ini pihak lain tidak menghormati dan bersikap biadab kepada raja-raja Melayu, ia sebenarnya “diajar oleh Umno sendiri”.

    “Umno yang menunjukkan contoh sikap kurang ajar dan biadab kepada Sultan sehingga mengancam meletakkan jawatan dan membiarkan pilihan raya diadakan semula”.

    Umno, kata Mahfuz, patut mencari punca mengapa istana Terengganu enggan memperkenankan perlantikan semula Datuk Idris Jusoh sebagai Menteri Besar Terangganu.

    “Apa yang menyebabkan Sultan enggan memperkenankan Idris menjadi Menteri Besar? Adakah Sultan merasa bekas Menteri Besar Terengganu itu telah menyeleweng? Adakah kerana itu Sultan begitu kecewa sehingga tidak mahu memperkenankan Idris?” tanya beliau.

    Sebelum ini, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan Terengganu sebenarnya diperintah oleh menantu Perdana Menteri, Khairy Jamaluddin dan rakan niaganya, Patrick Lim yang dipanggil Patrick Badawi oleh Dr Mahathir.
    (more…)

  • PM vs Agong
    March 23rd, 2008 | 3 Komen3 Comments Comments

    PM vs Agong

    PM pertahan Idris Jusoh
    utusan.com.my

    SEPANG 23 Mac – Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mempertahankan tindakannya melantik Datuk Seri Idris Jusoh sebagai Menteri Besar Terengganu yang berdasarkan majoriti sokongan.

    Menurut Abdullah, pelantikan Idris tidak akan berubah kerana ia berdasarkan majoriti sokongan yang diberikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kepada Idris.

    “Sebarang lantikan dibuat terhadap orang lain itu tidak kena dari segi Perlembagaan,” katanya kepada pemberita selepas melawat Litar Sepang sebelum menyaksikan perlumbaan Formula 1 (F1) Grand Prix Malaysia dan menyampaikan hadiah kepada para pemenang perlumbaan tersebut. – Utusan.

    Apabila Melayu sendiri sudah kurang ajar

    Entah apa yang dijanjikan kepada 22 orang penyokongnya? Kita tidak tahu tetapi perpaduan jelas kelihatan di wajah luaran individu 23 ADUN Terengganu.

    Pada awalnya, Idris dikatakan berserah kepada Qada dan Qadar penentuan samada dirinya di lantik sebagai MB atau sebaliknya. Lunakan suara, indah pekerti di tonjolkan di dalam berita Utusan Malaysia sehingga semua berita turut memberikan pujian kepada bekas MB Terengganu itu. Tapi kita tidak tahu sikap dia sebenar selagi sikap itu tidak didedahkan kepada semua orang.

    Namun disebalik topeng kemuliaan itu sebenarnya tersembunyi kerakusan dan kegilaan kuasa. Rupa rupanya semua rendah diri dan tunduk ke buminya hanyalah lakunan yang mampu bertahan tidak sampai sebulan. Kini warna sebenar IDRIS JUSOH terserlah dengan pemboikotan majlis angkat sumpah Menteri besar baru, Mohd Said si adun Kijal.

    Keburukan dirinya bertambah tambah dengan usaha untuk menghalang rakan yang dulunya berjuang bersama dengan laporan BPR. Tidak cukup dengan itu, Pihak kerajaan pusat turut memberikan kerjasama kerana masa depan Idris Jusuh adalah masa depan Abdullah Badawi. Jatuh Idris Jusoh akan jatuhkan Badawi kerana semua kerja kerja gila Idris 4 tahun yang lalu ada kaitannya dengan Patrick dan Abdullah sendiri. Maka tidak hairan lah kenapa ABdullah bertegas mahukan IDris menjadi Menteri besar berbanding Mohd Said sedangkan kedua duanya adalah ADUN BN dan dari UMNO sendiri.
    (more…)

  • Ahmad Said selamat terima watikah, penyokong Idris buat Himpunan Haram
    March 23rd, 2008 | Tiada Sebarang Komen Comments

     

    Kuala Terengganu, 23 Mac – Dato’ Ahmad Said selamat menerima watikah perlantikan sebagai Menteri Besar Negeri Terengganu di Istana Tamu(Al-Muktafi BiLlah Shah)

    Majlis perisytiharan dan penyampaian watikah ringkas disempurnakan oleh Yang Dipertua Majlis Penasihat Pemangku Raja (MPPR), Tengku Sri Panglima Raja Tengku Baderulzaman.

    Ahmad Said menerima watikah tersebut pada jam 8.15 pagi dan kelihatan meninggalkan istana pada jam 8.30 pagi, tanpa menemui pemberita.

    Sebelum dari itu, Setiausaha Perhubungan UMNO Terengganu menyerahkan memeorandum 23 Adun BN kepada setiausaha MPPR Shafie Ali pada jam 7.55 pagi.

    Dalam perkembangan lain, penyokong-penyokong Idris yang kebanyakkan datang dari Besut dilaporkan berhimpun di kediaman Idris dan juga Seri Iman di Batu Burok.

    Sekitar jam 9.45 pagi, Rosol telah mengadakan satu sidang akhbar di perkarangan Seri Iman.

    Rosol menyatakan, selain boikot, mereka juga merancang mengusulkan undi tidak percaya di Dewan Undangan Negeri (DUN)

    Beliau juga memberitahu pihak media bahawa wakil-wakil rakyat berkenaan juga sedia meletakkan jawatan jika diperlukan berbuat demikian.

    Bagaimanapun, apabila pemberita memaklumkan kepada beliau bahawa mereka yang telah meletakkan jawatan, tidak boleh bertanding semula, Rosol menjadi tersentak dan spontan menjawab “tengok dulu”.

    Selepas sidang media tersebut, kira-kira 100 penyokong Idris berarak keluar dari Seri Iman dan menyeberangi jalan menuju ke Taman Awam Batu Burok, sambil mengangkat kain rentang berbunyi “Kami menyokong penuh kepimpinan Dato’ Seri Idris Jusoh” dan “Terengganu masih diperlukan Dato’ Seri Idris Jusoh”

  • Datuk Ahmad Said dibuang daripada Umno?
    March 23rd, 2008 | 2 Komen2 Comments Comments

    Ahmad SaidMalaysiakini 11:30pm Dalam perkembangan yang semakin menggemparkan di Terengganu, calon menteri besar Datuk Ahmad Said telah terlucut keahliannya dalam Umno kerana mengengkari arahan Umno Malaysia supaya tidak menerima watikah pelantikannya itu.

    Ahmad, yang gagal mengangkat sumpah jawatan tersebut hari ini akibat pemulauan 23 lagi wakil rakyat BN, menerima watikah pengisytiharan pelantikannya daripada Yang Dipertua Majlis Penasihat Pemangku Raja (MPPR), Tengku Sri Panglima Raja Tengku Baderulzaman Sultan Mahmud, di Istana Tetamu, Kuala Terengganu.

    Bagaimanapun, tarikh upacara angkat sumpah belum ditentukan lagi.

    Arahan larangan tersebut dikeluarkan oleh Umno dan BN melalui setiausaha agungnya Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor malam tadi, beberapa jam selepas pejabat Sultan Terengganu mengumumkan Ahmad, 51, dilantik menggantikan Datuk Seri Idris Jusoh.

    Tengku Adnan dilaporkan berkata, Ahmad tidak berhak berbuat demikian kerana Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, yang juga presiden Umno, telah mengeluarkan surat cara pelantikan kepada Idris Jusoh untuk jawatan tersebut.

    Tengku Adnan mengingatkan Ahmad bahawa Adun itu akan dikenakan tindakan disiplin Umno dan “menanggung akibat” jika menerima pelantikan dan mengangkat sumpah jawatan menteri besar.

    Surat rasmi

    Ketika dihubungi Malaysiakini pagi ini, setiausaha Umno Terengganu, Datuk Rosol Wahid berkata Ahmad terlucut keahlian dalam Umno kerana menerima watikah pelantikan tersebut pagi tadi.

    Menurut Rosol lagi, surat rasmi pemecatan Ahmad akan dikeluarkan oleh pihak Umno Malaysia.

    Tambahnya, pagi tadi, beliau mewakili 22 Adun BN – tidak termasuk Idris – telah menyerahkan memorandum kepada MPPR, membantah pelantikan Ahmad sebagai menteri besar.

    Rosol berkata, beliau juga turut menyerahkan surat daripada badan perhubungan Umno Terengganu kepada Ahmad, mengingatkan bahawa beliau akan dipecat daripada Umno jika menerima pelantikan menteri besar.

    Katanya, surat peringatan tersebut dikeluarkan dengan restu presiden Umno.

    Kedua-dua memorandum dan surat tersebut diserahkan melalui setiausaha MPPR, Shafie Ali pada kira-kira jam 7.55 pagi.

    Ditanya mengenai bagaimana sekiranya pihak istana meneruskan upacara mengangkat sumpah Ahmad sebagai menteri besar, Rosol menjawab: “Itu anda kena rujuk kepada pegawai undang-undang negeri”.

    IzoBlog: kalau mcm ni, mcm maner?adakah MB baru akan dilantik? Adakah secara automatiknya Ahmad Said jadi calon bebas?
    Pas memang payah nak tubuhkan kerajaan campuran, sebab 22 adun lagi geng2 Idris Jusoh al-Hadhari. Yang pastinya Sultan/Yang Dipertuan Agong amatlah berdukacita dengan situasi terbaru ini, seolah Tuanku Baginda diperlekehkan akan keputusan yang telah dibuat.

    Ini boleh menjadi satu sejarah yang hebat dalam sebuah negeri yang bernama Terengganu! Tuanku…rakyat bersamamu. Lucut sahaja darjah kebesaran yang diberikan kepada pengkhianat2 Terengganu itu.