UMNO Memang Parti Biadap
Berita TV3 jam 8 malam tadi menyiarkan demonstrasi mereka yang tidak bersetuju dengan tindakan Istana untuk tidak melantik bekas MB Idris Jusoh. Disiarkan para penyokong dengan pelbagai kain rentang bagi menyatakan sokongan dan taat setia mereka terhadap Derih Jusoh.
Antara yang sempat diperhatikan ialah sepanduk yang berbunyi “Kami Nak Idris, Natang!”.
Pertama, apa erti perkataan tersebut? Di dalam loghat Terengganu, “natang” itu membawa makna yang sangat kurang baik. Atau untuk diterjemahkan dengan lebih mudah ialah untuk “binatang”.
Kedua, persoalannya ialah, siapa “binatang” yang dimaksudkan dalam sepanduk itu? Kalau mengikut ayat sepanduk tersebut itu ialah mereka memberitahu kepada orang yang tidak menerima Idris sebagai MB dan orang itu dipanggil dengan nama binatang.
Siapa yang tidak menerima Idris dan melantik Ahmad Said sebagai MB? Umum mengetahui bahawa Tuanku Sultan yang tidak menerima Idris dan melantik Mat Said sebagai MB.
Jadi apakah “binatang” itu disifatkan oleh mereka kepada Tuanku Sultan? Apakah itu suatu tindakan wajar? Apakah tindakan-tindakan seperti itu yang didokong oleh para pemimpin UMNO? Apakah itu natijah dari kurikulum pelbagai program pendidikan yang dilalui oleh para ahli UMNO?
Apakah kesetiaan mereka kepada Idris membolehkan mereka menderhakai Sultan? Apakah itu termaktub dalam adat susila perjuangan UMNO?
Saya hairan dengan tindakan para pemimpin Melayu yang sebegini yang telah melampaui batas-batas adat susila Melayu kita yang dibanggakan.
Mereka perlu mengulangkaji semula Rukun Negara.
Sememangnya UMNO pengkhianat bangsa!
Read more…
Umno ajar rakyat derhakai raja, berbohong
KUALA LUMPUR: Umno bukan sahaja menderhaka kepada raja malah berbohong kepada rakyat konon calon-calonnya dalam pilihan raya umum 8 Mac lalu telah ditapis.
Ketua Penerangan PAS, Haji Mahfuz Omar berkata demikian ketika mengulas tindakan 23 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Umno di Terengganu yang mengancam hendak memboikot majlis angkat sumpah Menteri Besar yang diperkenankan oleh Sultan negeri itu, Datuk Ahmad Said.
“Sebelum ini, bukan kepalang Umno mengerahkan orang-orang yang boleh diperdayakannya supaya menunjuk perasaan. Kononnya hendak membela Sultan yang mereka dakwa diderhakai di Perak dan Selangor.
“Sekarang mereka sendiri yang berkonspirasi bersikap biadab dan menderhakai Sultan.
Tunjuk perasaan
“Mengapa tak tunjuk perasaan? Tunjuklah puas-puas!” katanya merujuk kepada tindakan Umno yang sebelum ini menunjuk perasaan membantah tindakan Penasihat DAP, Lim Kit Siang yang mengancam bahawa partinya akan memulaukan upacara angkat sumpah Menteri Besar Perak.
Lim kemudiannya dilaporkan telah memohon maaf kepada Sultan dan Raja Muda Perak.
Ahli Parlimen Pokok Sena itu mengingatkan, jika selepas ini pihak lain tidak menghormati dan bersikap biadab kepada raja-raja Melayu, ia sebenarnya “diajar oleh Umno sendiri”.
“Umno yang menunjukkan contoh sikap kurang ajar dan biadab kepada Sultan sehingga mengancam meletakkan jawatan dan membiarkan pilihan raya diadakan semula”.
Umno, kata Mahfuz, patut mencari punca mengapa istana Terengganu enggan memperkenankan perlantikan semula Datuk Idris Jusoh sebagai Menteri Besar Terangganu.
“Apa yang menyebabkan Sultan enggan memperkenankan Idris menjadi Menteri Besar? Adakah Sultan merasa bekas Menteri Besar Terengganu itu telah menyeleweng? Adakah kerana itu Sultan begitu kecewa sehingga tidak mahu memperkenankan Idris?” tanya beliau.
Sebelum ini, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan Terengganu sebenarnya diperintah oleh menantu Perdana Menteri, Khairy Jamaluddin dan rakan niaganya, Patrick Lim yang dipanggil Patrick Badawi oleh Dr Mahathir.
Read more…

