Posts tagged "ahmad said"

PM vs Agong

PM vs Agong

PM pertahan Idris Jusoh
utusan.com.my

SEPANG 23 Mac – Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mempertahankan tindakannya melantik Datuk Seri Idris Jusoh sebagai Menteri Besar Terengganu yang berdasarkan majoriti sokongan.

Menurut Abdullah, pelantikan Idris tidak akan berubah kerana ia berdasarkan majoriti sokongan yang diberikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kepada Idris.

“Sebarang lantikan dibuat terhadap orang lain itu tidak kena dari segi Perlembagaan,” katanya kepada pemberita selepas melawat Litar Sepang sebelum menyaksikan perlumbaan Formula 1 (F1) Grand Prix Malaysia dan menyampaikan hadiah kepada para pemenang perlumbaan tersebut. – Utusan.

Apabila Melayu sendiri sudah kurang ajar

Entah apa yang dijanjikan kepada 22 orang penyokongnya? Kita tidak tahu tetapi perpaduan jelas kelihatan di wajah luaran individu 23 ADUN Terengganu.

Pada awalnya, Idris dikatakan berserah kepada Qada dan Qadar penentuan samada dirinya di lantik sebagai MB atau sebaliknya. Lunakan suara, indah pekerti di tonjolkan di dalam berita Utusan Malaysia sehingga semua berita turut memberikan pujian kepada bekas MB Terengganu itu. Tapi kita tidak tahu sikap dia sebenar selagi sikap itu tidak didedahkan kepada semua orang.

Namun disebalik topeng kemuliaan itu sebenarnya tersembunyi kerakusan dan kegilaan kuasa. Rupa rupanya semua rendah diri dan tunduk ke buminya hanyalah lakunan yang mampu bertahan tidak sampai sebulan. Kini warna sebenar IDRIS JUSOH terserlah dengan pemboikotan majlis angkat sumpah Menteri besar baru, Mohd Said si adun Kijal.

Keburukan dirinya bertambah tambah dengan usaha untuk menghalang rakan yang dulunya berjuang bersama dengan laporan BPR. Tidak cukup dengan itu, Pihak kerajaan pusat turut memberikan kerjasama kerana masa depan Idris Jusuh adalah masa depan Abdullah Badawi. Jatuh Idris Jusoh akan jatuhkan Badawi kerana semua kerja kerja gila Idris 4 tahun yang lalu ada kaitannya dengan Patrick dan Abdullah sendiri. Maka tidak hairan lah kenapa ABdullah bertegas mahukan IDris menjadi Menteri besar berbanding Mohd Said sedangkan kedua duanya adalah ADUN BN dan dari UMNO sendiri.
Read more…

3 comments - What do you think?

Ahmad Said selamat terima watikah, penyokong Idris buat Himpunan Haram

 

Kuala Terengganu, 23 Mac – Dato’ Ahmad Said selamat menerima watikah perlantikan sebagai Menteri Besar Negeri Terengganu di Istana Tamu(Al-Muktafi BiLlah Shah)

Majlis perisytiharan dan penyampaian watikah ringkas disempurnakan oleh Yang Dipertua Majlis Penasihat Pemangku Raja (MPPR), Tengku Sri Panglima Raja Tengku Baderulzaman.

Ahmad Said menerima watikah tersebut pada jam 8.15 pagi dan kelihatan meninggalkan istana pada jam 8.30 pagi, tanpa menemui pemberita.

Sebelum dari itu, Setiausaha Perhubungan UMNO Terengganu menyerahkan memeorandum 23 Adun BN kepada setiausaha MPPR Shafie Ali pada jam 7.55 pagi.

Dalam perkembangan lain, penyokong-penyokong Idris yang kebanyakkan datang dari Besut dilaporkan berhimpun di kediaman Idris dan juga Seri Iman di Batu Burok.

Sekitar jam 9.45 pagi, Rosol telah mengadakan satu sidang akhbar di perkarangan Seri Iman.

Rosol menyatakan, selain boikot, mereka juga merancang mengusulkan undi tidak percaya di Dewan Undangan Negeri (DUN)

Beliau juga memberitahu pihak media bahawa wakil-wakil rakyat berkenaan juga sedia meletakkan jawatan jika diperlukan berbuat demikian.

Bagaimanapun, apabila pemberita memaklumkan kepada beliau bahawa mereka yang telah meletakkan jawatan, tidak boleh bertanding semula, Rosol menjadi tersentak dan spontan menjawab “tengok dulu”.

Selepas sidang media tersebut, kira-kira 100 penyokong Idris berarak keluar dari Seri Iman dan menyeberangi jalan menuju ke Taman Awam Batu Burok, sambil mengangkat kain rentang berbunyi “Kami menyokong penuh kepimpinan Dato’ Seri Idris Jusoh” dan “Terengganu masih diperlukan Dato’ Seri Idris Jusoh”

Be the first to comment - What do you think?

« Previous PageNext Page »