Posts tagged "amerika"

Insiden Bush dilempar kasut

You need to a flashplayer enabled browser to view this YouTube video

BAGHDAD – Seorang wartawan televisyen di Iraq, Muntadar al-Zeidi ditahan selepas dia melemparkan dua kasut ke arah Presiden Amerika Syarikat (AS), George W. Bush dalam satu sidang akhbar di Baghdad kelmarin.

“Ini merupakan satu ciuman ucap selamat tinggal untuk anda, anjing,” jerit wartawan itu ketika dia melemparkan salah satu kasut ke arah Bush.

Bush yang sedang mendengar jeritan itu mengelak dan tunduk di podium menyebabkan kasut tersebut terkena dinding di belakangnya.

Ketika Bush yang terkejut dengan insiden tersebut mula kembali tenang, wartawan itu melemparkan satu lagi kasut bersaiz 10 dan menjerit: “Ini adalah daripada balu-balu, anak yatim dan mereka yang terbunuh di Iraq.”

BUSH mula sedia untuk tunduk ketika kasut dilemparkan ke arahnya.

Bush sekali lagi mengelak menyebabkan kasut itu hampir mengenai bahagian kanan kepalanya ketika Perdana Menteri Iraq, Nouri al-Maliki cuba melindungi Presiden AS dengan tangan kanannya.

Kasut itu turut mengenai dinding di belakang kedua-dua pemimpin.

Anggota-anggota perkhidmatan rahsia dan ejen keselamatan Iraq mengerumuni wartawan itu yang bertugas untuk stesen televisyen Al-Baghdadia beribu pejabat di Kaherah, Mesir.

Mereka bergelut dengan wartawan itu dan mengheretnya keluar dari bilik sidang akhbar ketika dia mengerang serta menjerit.

Melemparkan kasut ke arah seseorang merupakan satu budaya Arab bagi menunjukkan penghinaan.

Tindakan wartawan itu mendapat pujian daripada sebuah akhbar di Timur Tengah manakala ribuan penduduk Iraq berhimpun di jalan raya menuntut pembebasannya.

“Melempar kasut ke arah Bush merupakan ciuman perpisahan terbaik. Ia menyuarakan bagaimana penduduk Arab membenci Bush,” kata editor akhbar Al-Gahd Arabic di Jordan, Musa Barhoumeh.

Tindakan wartawan itu juga dianggap sebagai hero oleh akhbar-akhbar Arab.

4 comments - What do you think?

Penipuan Matawang Dollar Amerika Syarikat dan Kejatuhannya

Dolar Amerika“Ramai diantara kita termasuk rakyat Amerika tidak sedar tentang alasan sebenar peperangan Iraq dan ancaman peperangan terhadap Iran oleh Amerika Syarikat. Ianya bukan kerana Nuklear, Pengganas dan Minyak. Ini semua adalah mengenai perlindungan dakyah terbesar dan penipuan terhebat di dalam sejarah iaitu Penipuan Matawang Dollar Amerika Syarikat (US Petrodollar Scam).

Pada tahun 1971, Amerika Syarikat telah mencetak dan membelanjakan wang kertasnya lebih daripada nilai emas. Beberapa tahun kemudian, Perancis telah menuntut agar matawang Dollar mesti dinilai dengan emas.

Tetapi Amerika Syarikat telah menolaknya kerana mereka tidak mempunyai cukup emas untuk wang kertas yang sudah dicetak dan mereka telah pun membelanjakannya ke seluruh dunia. Oleh itu Amerika Syarikat telah berunding dengan Arab Saudi dan menterai satu perjanjian bahawa OPEC akan mengunakan matawang Dollar Amerika dalam segala urusan penjualan minyaknya. Maka dari itu setiap Negara yang ingin membeli minyak mestilah mempunyai matawang Dollar Amerika terlebih dahulu dimana mereka dikehendaki bertukar barangan dan perkidmatan mereka dengan lambakan wang kertas Dollar yang telah dicetak.

Kesudahannya Amerika Syarikat mendapat minyak secara PERCUMA dengan mengunakan wang kertas Dollar yang mereka telah cetak sendiri. Akhirnya Amerika Syarikat telah makan dengan kenyang di atas segala kos perbelanjaannya dengan pembiayaian Negara-negara di seluruh dunia. Walau bagaimana pun, penipuan Amerika Syarikat mulai tergugat apabila Saddam Hussein mulai menjual minyak Iraq mengunakan matawang Euro lalu memansuhkan perjanjian yang telah diatur oleh Amerika Syarikat dengan Opec. Oleh itu mereka mesti menghentikan tindakan Saddam Hussein.

Bagaimana? Amerika Syarikat telah mereka cipta satu alasan untuk berperang (drama keruntuhan Menara Berkembar) dan menawan Iraq. Perkara yang pertama Amerika Syarikat lakukan adalah mengembalikan penjualan minyak ke matawang Dollar. Krisis matawang Dollar Amerika dapat dihindarkan buat seketika.

Tetapi Hugo Chavez (Presiden Venezuela) juga telah mulai menjual minyak Venezuela dengan mengunakan matawang selain Dollar Amerika maka berlakulah beberapa percubaan untuk membunuhnya dan cubaan ‘pertukaran regim’ telah dikesan dilakukan oleh CIA. Presiden Iran Ahmedinejad telah melihat perkara ini dan memutuskan untuk menentang Syaitan Besar Amerika Syarikat di dalam pembohongan dan melakukan perkara yang sama dengan menjual minyaknya mengunakan semua matawang dunia kecuali Dollar Amerka Syarikat.
Read more…

12 comments - What do you think?