Posts tagged "barisan"

Jutaan Tahniah kepada pengundi Barisan Nasional

Abdullah Ahmad BadawiYeh! Yeh ! BN bagi hadiah..! Yeh! Yeh! Terima Kasih Pak Lah & BN kerana bagi hadiah istimewa kepada rakyat Malaysia. PRU 11 rakyat Malaysia diberi hadiah kenaikan petrol RM 0.30 kerana kemenangan besar yang diperolehi. PRU 12 rakyat malaysia diberikan hadiah lagi istimewa iaitu beras naik hampir 50% & petrol di naikan RM 0.78 seliter kerana kemenangan majoriti mudah. Marilah beramai-ramai kita sebagai rakyat malaysia mengucapkan jutaan terima kasih kepada pimpinan PM kesayangan kita PAK LAH & BN kerana hadiah istimewa ini….Jawapan standard yg telah & akan di gunakan/diskripkan : Kenaikan harga GLOKAL, GLOKAL, GLOBAL, GLOBAL akhir nya GOBLOG utk rakyat Malaysia. Betulkan apa yang aku cakap kat posting aku sebelum PRU12 sebelum nie: Minyak tak naik. Boleh caya ke?

Aku dah cakap…tapi korang jugak yang tak percaya. Jangan salahkan aku pulak. Betul cakap Husam Musa sebelum pilihanraya. harga petrol akan dinaikkan sekurang-kurangnya 70 sen selepas pilihanraya…sesungguhnya aku masih ingat lagi… kepada rakyat malaysia yang memangkah BN…syabas dan tahniah di atas hadiah daripada kerajaan yang sangat-sangat menggembirakan ini…

SEDIKIT INFO PASAL HARGA MINYAK DI MALAYSIA
sebelum 1990 – RM 0.89
Tahun 1990 – RM 1.10 (kenaikan RM 0.21)
01/10/2000 – RM 1.20 (kenaikan RM 0.10)
20/10/2001 – RM 1.30 (kenaikan RM 0.10)
01/05/2002 – RM 1.32 (kenaikan RM 0.02)
31/10/2002 – RM 1.33 (kenaikan RM 0.01)
01/03/2003 – RM 1.35 (kenaikan RM 0.02)
01/05/2004 – RM 1.37 (kenaikan RM 0.02)
01/10/2004 – RM 1.42 (kenaikan RM 0.05)
05/05/2005 – RM 1.52 (kenaikan RM 0.10)
31/07/2005 – RM 1.62 (kenaikan RM 0.10)
28/02/2006 – RM 1.92 (kenaikan RM 0.30)
Tengah Malam nih (05/06/2008) – RM 2.70 (kenaikan RM 0.78 )

IzoBlog: Pak Lah cakap “Ubah cara hidup”. Hehehe…Wakenabeb!

5 comments - What do you think?