Posts tagged "blogging"

Baca dulu sebelum jadi Blogger

Hari ini saya ingin kongsikan sedikit tips ringkas sebelum anda terjun ke dalam bidang blogging.

Kenal pasti kebolehan anda. Apakah kepakaran anda? Apa yang boleh anda tawarkan kepada pembaca blog anda?

Pilihlah topik yang sesuai. Tulis topik yang mana anda mempunyai kepakaran tentangnya. Cari topik yang mendapat sambutan hangat (high demand). Anda perlu melakukan sedikit keyword research untuk ini.

Blogging adalah suatu proses yang memakan masa. Ia akan memakan masa yang agak lama untuk blog anda ditemui oleh pelayar internet. Saingan sekarang adalah jauh lebih tinggi. Jadi jangan terlalu cepat berputus asa.

Persiapkan diri anda dengan belajar kemahiran baru. HTML, PHP, SEO, pemasaran online, dan cara-cara edit gambar. Paling tidak pun perlu tahu asasnya.

Hentikan blogging jika ia membuatkan diri anda tertekan. Tiada gunanya anda terus berblogingg jika anda sudah hilang minat padanya.

Jika anda sudah mempunyai ciri-ciri yang saya sebutkan di atas…Insya-Allah anda akan berjaya dengan blog anda. Mungkin boleh buat duit daripada blog anda nanti…siapa tahu kan? :D

5 comments - What do you think?

Bagaimana Membuat Posting Yang Baik

1. Pilih tajuk posting yang bagus
Anda mungkin baru dalam arena blog. Jadi sedikit sebanyak tidak tahu bagaimana menghasilkan satu posting yang baik. Tajuk adalah perkara utama dalam menarik pembaca mengunjung blog anda. Tajuk yang baik mestilah tidak terlalu direct kepada topik yang dibincangkan. Walaupun mungkin isi posting anda tidak hebat, tetapi tajuk yang kreatif akan menarik pembaca untuk terus membaca posting yang anda tulis.

2. Mesti berisi
Tidak dapat tidak jika anda menulis, anda mesti mempunyai isi penting atau maksud yang anda ingin sampaikan kepada pembaca. Jadi pastikan anda membuat posting, mempunyai isi untuk informasi pembaca. Posting tanpa isi hanya membuat pembaca boring untuk terus membuka blog anda.

3. Posting perlu sederhana
Sekalipun anda terror dalam menulis blog, jangan terus syok sendiri dengan menulis sepanjang yang anda suka kerana bukan semua pembaca nak baca semua yang anda tulis. Lebih-lebih lagi apa yang anda tulis hanyalah tentang diri anda. Anda perlu pandai menyimpan aset untuk posting anda. Jangan laburkan semua idea untuk satu-satu posting kerana idea hebat tidak selalu datang juga.
Memadai posting sederhana dan padat dengan informasi yang dikehendaki.

4. Jangan hanya tulisan
Ops! perlu diingat, ayat power tapi hanya tulisan yang ada di posting anda juga tidak dapat menarik pembaca untuk menghabiskan bacaan tentang apa yang anda tulis. Posting perlu juga gambar-gambar dan hiasan sebagai satu altenatif memudahkan pembaca lebih memahami maksud posting anda. Atau juga mungkin video atau bahan-bahan yang lain sebagai sokongan kepada posting anda.

5. Sertakan sedikit rujukan
Perlu diingat juga, sekiranya anda menulis sesuatu yang akademik perlu disertakan sekali rujukannya. Nampaklah anda seorang yang penulis yang educated serta study sebelum membuat posting.

6. Gunakan ayat yang mudah difahami dan santai
Pembaca di dunia tanpa sempadan ini adalah dari pelbagai tahap pemikiran dan umur. Jadi, gunalah ayat yang mudah serta jelas maksudnya. Jangan terlalu banyak menggunakan ayat-ayat yang berbunga-bunga kerana kadang-kadang maksud yang anda ingin sampaikan tidak jelas dan kabur.

7. Mesti idea luar biasa
Dan yang paling penting, anda perlu memikirkan kelainan posting anda berbanding posting orang lain kerana itu adalah aset utama untuk pembaca menjadi peminat setia kepada blog dan posting anda. Maklumlah, bukan anda je yang menulis di blog. Jadi jangan hanya meniru posting orang lain. Perlu keluarkan idea dan kepakaran untuk menjadikan posting anda diminati ramai.

Sumbangan daripada: Along Wairnazz

4 comments - What do you think?

Next Page »