Posts tagged "bn"

Datuk Muhammad Awang Tera Menteri Besar Terengganu?

Difahamkan Sultan Terengganu tidak berkenan dengan Dato Seri Idris Jusoh dilantik sebagai Menteri Besar Terengganu. Desas-desus yang tersebar calon yang bakal menjadi pilihan Sultan ialah Datuk Muhammad Awang Tera akan dilantik menjadi Menteri Besar Terengganu.

Dalam pilihanraya 8 Mac 2006 Datuk Mohamad Awang Tera mendapat 9,541 mengalahkan dengan majoriti kecil Setiusaha PAS kemaman Hanafiah Mat 8,772

Kita tunggu keputusannya nanti.

IzoBlog: Sokong 100% DJ(derih Jusoh) x jd menteri beso trg…Daulat Tuanku

2 comments - What do you think?

Fitnah: Arah Tadika Kemas ditutup

 Seperti Maklumat yang baru tersiar di buletin utama tadi. Kerajaan Alternatif di Kedah “mengarahkan” agar Tabika Kemas di tutup. Ini tidak ubah seperti mainan wayang UMNO (BN) untuk memburukkan lagi Kerajaan Kedah. Meskipun baru sehari Ustaz Azizan Razak mengangkat sumpah, sudah ada usaha-usaha dari Pembangkang disana menimbulkan kekacauan.

Bagi saya yang duduk di Perak ini, saya juga ada menerima laporan bahawa tabika kemas di Perak juga akan ditutup. Untuk kepastian, saya ke Flat Ashby (dibelakang SMK Seri Putera). Disana saya bertanya kepada penduduk samada Tabika Kemas ini dibuka atau tidak. Menurutnya Tabika Kemas masih cuti tetapi Kelas KAFA kelolaan Kemas ada pengajian petang tadi.

Jika kita singkap kembali peristiwa di Terengganu, Penutupan Tabika Kemas ini menjadi fitnah besar pada PAS ketika itu. Begitu juga laporan terkini ini dari Pegawai Kemas Negeri Perak iaitu arahan penutupan dari Kerajaan Alternatif negeri Perak. Tidak munasabah kerana belum mengangkat sumpah lagi sudah ada fitnah yang mengatakan penutupan Tabika Kemas ini.

Sebetulnya Tabika Kemas ini adalah tanggungjawab Kerajaan Pusat. Sepatutnya Kerajaan Pusat mengambil hati rakyat dan tidak membiarkan pelajar-pelajar Tabika ini terbiar. Sekiranya Kerajaan Pusat tidak bertanggungjawab ke atas Tabika Kemas diseluruh negara ini, “maka sampai kiamat pun BN tidak akan dapat merampas negeri-negeri ini”.

Sumber: TranungKite.net

1 comment - What do you think?

« Previous PageNext Page »