Logo Background RSS

» bogel

  • Streamyx Yang Mengecewakan!
    September 3rd, 2008 | 20 Komen20 Comments Comments

    Ada beberapa kepelikan yang aku rasakan dengan Streamyx kebelakangan ini. Sebelum ini aku ada buat posting berkenaan laman web Malaysia Today yang di block oleh TMnet. Pertama sekali terlintas di fikiran aku TMnet block website tersebut disebabkan motif politik. Tetapi disebabkan beberapa kepelikan yang aku nampak pada Streamyx kebelakangan ini menyebabkan aku berfikir dua kali. Adakah betul-betul disebabkan motif politik seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak atau ada masalah lain yang cuba disembunyikan oleh TMnet.

    Kepelikan ini berlaku tak silap aku hampir sebulan yang lepas; sebelum daripada Streamyx rumah aku buat hal lagi. Ketika itu connection ke internet aku rasa terlalu lambat tidak seperti hari-hari lain sebelum itu. Aku tak kata hari lain tu sangat laju, tapi sebulan kebelakangan ini aku rasa begitu lambat sekali.

    Perkara pertama yang membuatkan aku rasa pelik ialah setiapkali aku tinggalkan komen di blog dia akan keluar bendera Australia. Untuk pengetahuan semua, aku pakai plugin Firestat pada blog aku. Plugin ini ada fungsi IP to country membolehkan kita mengetahui daripada mana pelawat-pelawat ke blog kita berada. Berdasarkan IP ini dia akan keluarkan bendera negara berkenaan.

    Cuba tengok dua perbezaan komen aku di bawah.

    Streamy IP Problem
    Yang nie keluar bendera Australia. Ramai orang ingat aku berada kat Australia. Sebenarnya bukan. Aku berada kat Malaysia. Untuk pengetahun, bendera tersebut boleh berubah jika kita gunakan Proxy. Bendera akan keluar berdasarkan Proxy negara mana yang kita pakai. Start dia keluar bendera Australia nie ler aku perasan Streamyx jadi lambat giler.

    Streamy IP Problem
    Komen sebelum ini keluar bendera Malaysia. Ok jer…

    Masalah kedua banyak laman-laman web yang aku selalu buka tidak boleh dibuka. Lebih-lebih lagi laman-laman web yang di host pada server luar negara. Mula-mula itu ingatkan masalah dengan server diorang. Tapi bila aku buka menggunakan TOR atau Google Translate, laman web tersebut tiada masalah pun untuk dilayari. Jadi bermakna bukan masalah dengan server diorang. Antara laman web tersebut:
    http://www.malaysia-today.net
    http://www.warez-bb.org [aku selalu donlot di sini]
    http://www.whypark.com [tempat aku parking domain]

    dan ada beberapa lagi lah… Di atas tu sekadar contoh. Cuba korang buka bleh ke tak? Tinggalkan komen yer!

    Masalah ketiga download rate aku menggunakan Rapidshare tidak sepantas sebelum ini. Jika sebelum ini mudah-mudah jer dapat 200KB/s bagi line Streamyx 1MB. Aku pakai Streamyx 1MB. Tapi sekarang speed download takpernah melebihi 80KB/s. Tengok screenshot di bawah.

    Screenshot IDM
    Biasanya kalau speed 200KB/s saiz file 100MB yang kat atas tu dapat download dalam masa 7-8minit jer. Bayangkan perbezaannya dengan speed sekarang.

    Kalau dulu TMnet telah mengambil langkah drastiknya menyekat akses untuk memuat-turun bahan atau perisian yang dinamakan torrrent – yang berasaskan peer to peer (P2P). Ramai pengguna-pengguna Streamyx yang melenting termasuk jugak aku. Tetapi aku jumpa alternatif baru menggunakan Rapidshare Premium Accouunt yang jauh lebih best daripada download menggunakan torrent. Tetapi sekarang TMnet seolah-olah mahu memblock sekali Rapidshare.

    TMnet akan terus menipu begini selagi mana tidak ada persaingan. Jika di negara lain Internet Provider berebut-rebut memberi servis terbaik kepada pelanggannya tetapi di negara kita Malaysia, TMnet berebut untuk mengaut untung yang besar daripada pelanggannya. Hampeh!

    Anda boleh jugak baca tulisan Mantan Presiden TMnet Users Group Malaysia yang pertama berkenaan Streamyx. Dia pun tak berpuas hati juga dengan TMnet.

  • Kisah Sufiah resahkan ibu
    April 1st, 2008 | 9 Komen9 Comments Comments

    LONDON (B/Hairan): Pendedahan mengenai kisah pelajar pintar matematik, Sufiah Yusof, 23, yang dilaporkan menjadi pelacur untuk menyara kehidupannya, mengejutkan ibunya, Halimaton Yusof.

    Halimaton, seorang rakyat Malaysia, dikatakan berada dalam keadaan tertekan dan enggan melayan panggilan wartawan yang tidak berhenti-henti cuba mendapatkan ulasannya.

    Presiden Kesatuan Melayu United Kingdom, Hamidi Abdul Rahman, yang rapat dengan Halimaton berkata, laporan akhbar tabloid � News of The World � di sini kelmarin, juga mengejutkan kalangan masyarakat Malaysia di seluruh United Kingdom.

    Hamidi yang dihubungi di sini, semalam berkata, pihaknya akan cuba mencari Sufiah dan membawanya pulang ke pangkuan ibu dan keluarganya.

    Sufiah yang menjadi bahan berita sebagai kanak-kanak pintar apabila diterima memasuki Universiti Oxford ketika berusia 13 tahun, kini dilaporkan terpaksa melacurkan diri di Salford, Manchester, untuk menyara kehidupannya.

    Akhbar itu melaporkan Sufiah mengiklankan ‘perkhidmatannya’ melalui internet dengan tawaran 130 pound (RM830) untuk setiap sesi.

    Dengan memakai nama samaran Shilpa Lee, Sufiah antara lain menggambarkan dirinya sebagai pelajar bijak dan seksi yang menyediakan perkhidmatan setiap hari dari jam 11 pagi hingga 8 malam.

    Hamidi berkata, secara peribadi beliau yakin Sufiah tidak begitu terdesak sehingga sanggup melacurkan dirinya, sebaliknya mungkin ada faktor lain yang mempengaruhinya berbuat demikian.

    “Selepas perceraian Sufiah dengan suaminya, Jonathan Marshall, tiga tahun lalu, dia membawa diri dan mengasingkan diri daripada keluarganya sehingga ibu bapanya tidak tahu di mana dia berada.

    “Keluarga Sufiah juga memberitahu ada menerima e-mel daripadanya meminta mereka supaya tidak menghubungi atau mencarinya,” kata Hamidi.

    Ibu Sufiah berasal dari Muar, Johor, manakala bapanya, Farooq Yusof dari Pakistan dan kini dipenjara selepas didapati bersalah mencabul kehormatan dua gadis.

    Pengajian Sufiah di Universiti Oxford mendapat tajaan kerajaan Malaysia walaupun beliau bukan warga negara.

    Hamidi berkata, Kesatuan Melayu United Kingdom yang sebelum ini turut membantu keluarga Halimaton menjejaki Sufiah ketika gadis itu menghilangkan diri selama dua minggu di tahun akhirnya di Universiti Oxford, berharap dapat mencarinya berdasarkan maklumat daripada akhbar terbabit dan sistem daftar pengundi.

    “Walaupun usaha ini bukan mudah sebab ia memerlukan masa dan kos, kami akan cuba mendapat bantuan daripada mereka yang bersimpati serta mahu melihat Sufiah kembali ke pangkal jalan,” katanya.

  • Gunakan penari separuh bogel dalam kempen. Dimanakah maruah BN?
    March 3rd, 2008 | 23 Komen23 Comments Comments

    You need to a flashplayer enabled browser to view this YouTube video

    BN menggunakan taktik menggunakan penari separuh bogel semasa ceramah untuk raih undi di DUN N21 Lintang Perak, calon BN Dato’ Ahamad Pakeh Adam. Di manakah maruah mereka? Inikah Islam Hadhari yang dicanang-canangkan? Wahai orang-orang yang masih beriman di dalam Umno! Fikir-fikilah saudara/i sekelian. Inikah orangnya yang akan menjadi pemimpin anda?