Periksa Celcom Coverage di tempat anda secara online!
Ramai yang bertanya pada aku, “Izo..aku nak pakai Celcom Broadband ler.. Tapi kat tempat aku ok ker? Ada coverage tak?”
Tension jugak nak jawab. Soalan itu sepatutnya mereka tanya pada Staff Celcom. Tanya kat aku manalah kutahu. Tetapi baru-baru ini aku jumpa satu website daripada Celcom yang boleh check Celcom Broadband Coverage.
Anda boleh cuba check Celcom Broadband Coverage ditempat anda melalui website ini:
http://coverage.celcom.com.my/CelcomCoverageIIPub/faces/CelcomCoverage.jsp


Selepas ini tak perlu ler tanya aku lagi ek. :D
Streamyx Yang Mengecewakan!
Ada beberapa kepelikan yang aku rasakan dengan Streamyx kebelakangan ini. Sebelum ini aku ada buat posting berkenaan laman web Malaysia Today yang di block oleh TMnet. Pertama sekali terlintas di fikiran aku TMnet block website tersebut disebabkan motif politik. Tetapi disebabkan beberapa kepelikan yang aku nampak pada Streamyx kebelakangan ini menyebabkan aku berfikir dua kali. Adakah betul-betul disebabkan motif politik seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak atau ada masalah lain yang cuba disembunyikan oleh TMnet.
Kepelikan ini berlaku tak silap aku hampir sebulan yang lepas; sebelum daripada Streamyx rumah aku buat hal lagi. Ketika itu connection ke internet aku rasa terlalu lambat tidak seperti hari-hari lain sebelum itu. Aku tak kata hari lain tu sangat laju, tapi sebulan kebelakangan ini aku rasa begitu lambat sekali.
Perkara pertama yang membuatkan aku rasa pelik ialah setiapkali aku tinggalkan komen di blog dia akan keluar bendera Australia. Untuk pengetahuan semua, aku pakai plugin Firestat pada blog aku. Plugin ini ada fungsi IP to country membolehkan kita mengetahui daripada mana pelawat-pelawat ke blog kita berada. Berdasarkan IP ini dia akan keluarkan bendera negara berkenaan.
Cuba tengok dua perbezaan komen aku di bawah.

Yang nie keluar bendera Australia. Ramai orang ingat aku berada kat Australia. Sebenarnya bukan. Aku berada kat Malaysia. Untuk pengetahun, bendera tersebut boleh berubah jika kita gunakan Proxy. Bendera akan keluar berdasarkan Proxy negara mana yang kita pakai. Start dia keluar bendera Australia nie ler aku perasan Streamyx jadi lambat giler.

Komen sebelum ini keluar bendera Malaysia. Ok jer…
Masalah kedua banyak laman-laman web yang aku selalu buka tidak boleh dibuka. Lebih-lebih lagi laman-laman web yang di host pada server luar negara. Mula-mula itu ingatkan masalah dengan server diorang. Tapi bila aku buka menggunakan TOR atau Google Translate, laman web tersebut tiada masalah pun untuk dilayari. Jadi bermakna bukan masalah dengan server diorang. Antara laman web tersebut:
http://www.malaysia-today.net
http://www.warez-bb.org [aku selalu donlot di sini]
http://www.whypark.com [tempat aku parking domain]
dan ada beberapa lagi lah… Di atas tu sekadar contoh. Cuba korang buka bleh ke tak? Tinggalkan komen yer!
Masalah ketiga download rate aku menggunakan Rapidshare tidak sepantas sebelum ini. Jika sebelum ini mudah-mudah jer dapat 200KB/s bagi line Streamyx 1MB. Aku pakai Streamyx 1MB. Tapi sekarang speed download takpernah melebihi 80KB/s. Tengok screenshot di bawah.

Biasanya kalau speed 200KB/s saiz file 100MB yang kat atas tu dapat download dalam masa 7-8minit jer. Bayangkan perbezaannya dengan speed sekarang.
Kalau dulu TMnet telah mengambil langkah drastiknya menyekat akses untuk memuat-turun bahan atau perisian yang dinamakan torrrent – yang berasaskan peer to peer (P2P). Ramai pengguna-pengguna Streamyx yang melenting termasuk jugak aku. Tetapi aku jumpa alternatif baru menggunakan Rapidshare Premium Accouunt yang jauh lebih best daripada download menggunakan torrent. Tetapi sekarang TMnet seolah-olah mahu memblock sekali Rapidshare.
TMnet akan terus menipu begini selagi mana tidak ada persaingan. Jika di negara lain Internet Provider berebut-rebut memberi servis terbaik kepada pelanggannya tetapi di negara kita Malaysia, TMnet berebut untuk mengaut untung yang besar daripada pelanggannya. Hampeh!
Anda boleh jugak baca tulisan Mantan Presiden TMnet Users Group Malaysia yang pertama berkenaan Streamyx. Dia pun tak berpuas hati juga dengan TMnet.
