Logo Background RSS

» dap

  • Comelnya perangai orang Umno…
    September 21st, 2008 | 14 Komen14 Comments Comments

    You need to a flashplayer enabled browser to view this YouTube video

    Salah satu contoh orang Umno yang paling cerdik dan berdiplomasi di Parlimen Parit, Perak. Macam bagus je suruh orang berambus. Pakai pulak loud speaker. Awat suara hang cam pompuan ke kalau tak guna loud speaker ? :D

    Semoga Allah S.W.T memberi petunjuk hidayah kepada orang yang menghalau kumpulan amal tersebut.

  • Gambar Banner Provokasi dari UMNO!!
    August 24th, 2008 | 2 Komen2 Comments Comments

    Pilihanraya kecil Permatang Pauh sudah semakin hampir. Gambar di bawah menunjukkan beberapa banner provoke yang telah dipasang oleh UMNO sebagai salah satu strategi terakhirnya untuk memusnahkan DSAI. Kepada pengundi-pengundi Permatang Pauh diharap tidak mudah terpedaya dengan taktik busuk Umno ini. Selamat mengundi!

    Provokasi Umno Permatang Pauh

    Provokasi Umno Permatang Pauh
    (more…)

  • Pesanan ringkas dari TG NIK AZIZ
    August 22nd, 2008 | 3 Komen3 Comments Comments

    Beliau sedang berada di Hospital menjalani rawatan dan ini adalah pesanan dari beliau

    RAYUAN PENGUNDI DI PERMATANG PAUH

    Kepada Seluruh Rakyat Malaysia, Khasnya Permatang Pauh.

    Tuan/Puan,

    Alhamdulillah. Setelah sempat mengikuti sendiri proses penamaan calon di Permatang Pauh pada 16 Ogos 2008, sedarlah saya yang ia adalah sebuah pilihan raya kecil yang amat sengit. UMNO/BN melihat pertarungan ini perlu memberi kemenangan mandatori kerana kekalahan boleh membawa kepada Pakatan Rakyat maju ke hadapan untuk mara ke Putrajaya. Mereka cukup takut kedatangan tanggal 16 September 2008 kerana di sana ada sesuatu yang mereka percaya akan berlaku. Jadi menyekat DSAI adalah menjadi keutamaan mereka yang paling atas.

    Saudara/Saudari Sekalian,

    Datuk Seri Anwar Ibrahim sedang berkempen untuk menghadapi Pilihan Raya Kecil Parlimen Permatang Pauh yang akan berlangsung pada 26 Ogos 2008 nanti. Kita semua maklum bahawa penyertaan beliau dalam pilihan raya kecil ini adalah untuk meneruskan perjuangan menegakkan keadilan sekaligus menentang penyalahgunaan kuasa, penyelewengan dan rasuah dalam pemerintahan negara seperti yang sedang kalut diperkatakan di dada-dada akhbar. Semua ini untuk membetulkan landasan supaya negara kita selamat dari ancaman kegelinciran iman, aqidah dan taqwa kepada Allah S.W.T.

    Walaupun telah dihina dan diaibkan dengan teruk 10 tahun lalu, saya perhatikan musuh-musuh yang tidak berperikemanusiaan tidak pernah puas untuk menzalimi beliau. Dengan modal yang sama, sekali lagi beliau difitnah dengan tuduhan yang tidak tergamak untuk saya menyebutnya.

    Saya tetap dengan pendirian bahawa fitnah terhadap Datuk Seri Anwar adalah konspirasi politik. Saya juga berpendirian bahawa sumpah yang dibuat oleh orang yang menuduh baru-baru ini penuh dengan persoalan dan keraguan.

    Atas kesedaran ini, jauh dari dasar hati biarpun terlantar di katil hospital, izinkan saya menggagahkan diri, merayu seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira agama, bangsa dan fahaman politik menentang keras budaya fitnah dan konspirasi yang menjelekkan seumpama ini. Sikap protes ini harus lantang dan konsisten hingga sampai ke peti undi pada 26 Ogos 2008.

    Wassalam.

    DATO’ HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT
    Mursyidul Am PAS

  • Koleksi gambar Himpunan Rakyat di Ipoh
    April 16th, 2008 | 6 Komen6 Comments Comments

    Setelah rakyat Perak menunggu untuk masuk ke Stadium Perak selama 50 tahun, malam yang lepas mencatat sejarah yang baru dengan kehadiran lebih 70,000 rakyat untuk mendengar amanat dari 5 Menteri Besar dan Ketua Menteri dalam program Himpunan Rakyat yang diadakan. Pihak penganjur telah membariskan Menteri Besar Perak selaku tuan rumah, YAB Ir. Nizar, Menteri Besar Kedah, YAB. Ust. Azizan Razak, Wakil Menteri Besar Selangor, YB. Dato’ Dr. Hassan Ali, Wakil Menteri Besar kelantan, YB. Dato’ Husam Musa, dan Wakil Ketua Menteri YB Nga Kor Ming yang juga Exco Kerajaan Perak. Berikut antara gambar-gambar yang sempat dirakamkan.


    (more…)

  • Lim Guan Eng: Saya mahu jadi seperti Umar Abdul Aziz
    April 16th, 2008 | Tiada Sebarang Komen Comments

    Saya baru menerima email daripada seorang kawan lama, mengenai Lim Guan Eng yang ingin menjadikan Khalifah Umar Abd Aziz. Seorang tokoh dan pemimpin islam yang hebat dan sememangnya patut dicontohi oleh orang islam dan bukan islam melalui keperibadian yang begitu mulia.Saya tertarik dengan petikan yang mengatakan Lim Guan Eng ingin memeluk Islam setelah bapanya mati dahulu.

    Antara petikan tersebut ialah ; Baru-baru ini Lim Guan Eng (Ketua Menteri Penang) turun dan bertemu rakyat. Dalam ucapannya, dia kata dia nak jadi macam Khalifah Umar Abdul Aziz. Seorang AJK Dewan Ulama’ yang turut hadir berkata (dalam hati), “Paklong ni dia hanya pandai sebut Umar Abd Aziz. Dia bukan tau siapa dia Umar sebenarnya. Dia pakai sebut ja kot…”

    Tak semena2, Guan Eng meneruskan ucapannya dan sepanjang ucapan itu dia hanya bercerita kisah kehebatan Umar Abd Aziz. Umar tak ambil duit rakyat. Umar pulang balik peruntukan kerajaan kepada dia. Umar padam lampu kerajaan kerana anak dia datang nak tanya urusan peribadi dan berbagai2 lagi. Dan Guan Eng kata, sejak sekian lama, Umar Abd Aziz menjadi idolanya. Dan dia berazam nak jadi pemimpin macam Umar. “Kini saya sudah jadi Ketua Menteri dan saya berazam akan mengotakan janji saya untuk menjadi Umar Abd Aziz.

    Untuk pengetahuan, Guan Eng tak duduk rumah rasmi Ketua Menteri dan dia tak ada rumah sendiri. Dia menumpang di rumah bapanya. Bila Mohd Sabu tanya kenapa tak duduk di rumah rasmi, dia kata, untuk masuk rumah tu, ia perlu di renovate. Kosnya sekitar RM 300,000.00. Saya tak rela duit rakyat dibazirkan untuk kediaman seorang ketua menteri…. Balik semula kpd kisah tadi…

    Dalam sessi soal jawab, ada seorang hadirin tanya: Mana tuan tahu kisah Umar Abd Aziz ni. Orang Islampun ramai yang tak tahu…. Guan Eng jawab, dulu semasa saya di penjara, antara orang yang kerap mengunjungi saya ialah Dato’ Fadhil Noor (Al Marhum Presiden PAS). Dan dialah yang membekalkan kepada saya buku2 berkaitan Islam, termasuk satu buku tentang Umar Abd Aziz. Bermula dari situ saya kenal tokoh yang hebat ini…..

    Bagaimana kita orang Islam?…. Dalam pertemuan yang lain, Mohd Sabu kata, “Awak boleh jadi macam Umar Abd Aziz, tapi awak ada satu kekurangan. Umar beragama Islam. awak masih belum Islam.” Guan Eng jawab, “Tunggu ayah saya meninggal dunia dulu….” Kesahihan atau tidak cerita ini, sekiranya Ya, Ikhlas atau tidak; itu tidaklah perlu dipersoalkan kerana apa yang yang perlu difikirkan oleh umat Islam hari ini. Adakah umat Islam saat ini Khususnya Melayu Dan UMNO, Adakah mereka ini menunjukkan contoh dan keperibadian yang baik menepati saranan Agama Islam dan pemimpin Islam terdahulu, bukan saja mereka tidak mampu menarik golongan bukan Islam malah menunjukkan contoh yang amat buruk kepada rakyat Islam di negara ini hatta di dunia sekalipun.

    Pimpinan Pas menunjukkan contoh yang signifikan sekali, terutama di Kelantan. Masyarakat bukan Islam bukan sahaja menghormati pimpinan Ulama, malah mengagumi cara hidup orang Islam, amalan seharian sehinggakan mereka pandai mengucapkan Kalimah-kalimah tauhid, membaca Al-fatihah dan sebagainya.

    Ramai juga telah pun memeluk agama Islam, ada yang mengamalkan cara hidup Islam walaupun belum mendapat hidayah yakni belum memeluk Islam. Ada juga yang menggantikan nama asal mereka kepada nama melayu seperti Quek Aik See kepada Hussin, Tan Hoo Luang kepada Maryam dan sebagainya, mengambarkan mereka suka dengan cara masyarakat melayu.

    Pas sentiasa berdakwah dan menerangkan Islam adalah untuk semua kaum, usah lagi kita bermain dengan sentimen perkauman, apa hebat sangat dengan bangsa melayu, yang nampaknya semakin me layu. UMNO sahajakah yang memperjuang bangsa melayu? Betul ke? Atau UMNO yang menghancurkan bangsa melayu?

    Sumber: Tranungkite