Posts tagged "dap"

Apa hal nie Lim Kit Siang

Ramai kecewa Kit Siang mahu pulau majlis angkat sumpah MB Perak

Lim Kit SiangTOKOH utama DAP Lim Kit Siang meluahkan bantahannya, dan jawatankuasa eksekutif pusat, terhadap pelantikan wakil rakyat PAS sebagai menteri besar Perak yang baru.

Adun PAS (Pasir Panjang) Mohamad Nizar Jamaludin dilantik sebagai menteri besar Perak selepas wakil tiga parti pembangkang – DAP, PKR dan PAS – menghadap Pemangku Raja Perak, Raja Nazrin Shah petang tadi.

Dalam kenyataannya yang diedarkan kepada media, Lim berkata Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) DAP tidak akan menghadiri majlis mengangkat sumpah menteri besar Perak esok sebagai bantahan.

Sebaliknya, tambah Lim, DAP bersedia menerima pelantikan pengerusi DAP Perak Ngeh Koo Ham (Adun Setiawan) atau Jamaluddin Mohd Radzi (Adun PKR Behrang) sebagai menteri besar Perak.

Pendirian Lim ini turut dimuatkan di blognya http://blog.limkitsiang.com dan sekali gus menimbulkan gelombang penolakan para penyokong terhadap sikapnya itu.

IzoBlog: Setakat artikel nie dipost, posting berkenaan menerima beribu-ribu komen daripada pembaca dan menyebabkan server blognya overload. Rata-ratanya tidak bersetuju dengan pendirian Lim Kit Siang, baik Melayu, Cina mahupun India. Sebelum itu DAP ada mengatakan yang mereka akan menghormati segala keputusan yang dibuat oleh baginda Sultan. Tiba-tiba selepas saja sultan membuat keputusan, lain pula ceritanya. Ingat Barisan Rakyat..anda sedang diperhatikan rakyat!

Warning … jangan mudah percaya sebarang berita berkenaan isu ini di berita Perdana. Sememangnya Umno/BN menunggu situasi seperti ini untuk melaga-lagakan Barisan Rakyat.

Be the first to comment - What do you think?

Ahli Parlimen BN akan lompat ke Barisan Rakyat?

You need to a flashplayer enabled browser to view this YouTube video

Seperti yang dilaporkan oleh YB ZULKIFLI NOORDIN

Be the first to comment - What do you think?

« Previous PageNext Page »