Posts tagged "dedicated server"

IzoBlog pindah rumah lagi

Sabtu, 13 September, 2008 IzoBlog berjaya dipindah daripada Semi-Dedicated server kepada Dedicated server. Baru-baru inidown selama sehari disebabkan ada masalah dengan DNS yang baru dipindahkan. Alhamdulillah problem itu sudah settle.  Jika anda belum tahu problem yang menyebabkan saya terpaksa pindah server, boleh baca di sini.

Saya ambil pakej Dedicated Server pakej Moving Sales  daripada Exabytes. Harganya RM700 sebulan + RM500 untuk setup(bayar sekali jer). Anda boleh tengok specs server itu seperti di bawah:

server-terbaru-izoblog.jpg

Sebenarnya sebelum ambik pakej server nie saya dah buat survey dan baca review daripada pengguna-pengguna lain. Jika diikutkan saya berminat untuk ambil pakej Dedicated Server daripada syarikat lain yang jauh lebih murah daripada Exabytes.  Contoh pakej Dedicated Server daripada Server Freak yang setaraf dengan specs di atas adalah berharga dalam lingkungan RM500-RM600 jer sebulan dengan bayaran untuk setup RM150. Jauh lebih murah.

Pakej daripada Shinjiru pun menarik perhatian saya juga. Dengan specs yang mengancam dan pada harga yang berpatutan sememangnya dapat menarik perhatian saya. Untuk membuat keputusan bukannya mudah. Saya terpaksa ambik masa 3 hari 2 malam untuk membuat survey, meminta pendapat pelanggan-pelanggan server tersebut dan jugak membaca review di forum-forum.

Setelah fikir masak-masak dan istikharah :D , akhirnya saya membuat keputusan untuk terus bersama Exabytes. Ini kerana pengalaman yang lepas-lepas berurusan dengan Exabytes membuatkan saya yakin untuk terus mengambil perkhidmatan server dengan mereka. Tak mengapalah bayar mahal sikit…yang penting support mesti tip-top. Lain orang lain pandangan berkenaan masalah server nie. Tetapi bagi saya Exabytes masih lagi company server di Malaysia yang menjadi pilihan utama. Worth to pay!

8 comments - What do you think?

Antara Suka dan Duka

Tentu ramai blogger-blogger di luar sana ingin berjaya di dalam ‘blogging’ bukan? Satu aspek penting pada blog adalah adanya trafik (pelawat/visitor) yang ramai, jika tidak anda akan mendapat hasil yang kurang memuaskan. Buat apa buat blog atau web yang cantik-cantik jika tiada pelawat.
Trafik yang tinggi =  Pendapatan yang memuaskan. Ya betul! Memang memuaskan. :D

Apa kena mengena tajuk di atas pulak Izo? Sebenarnya saya sedang mengalami dilema. 31 Ogos 2008, semua orang gembira menyambut hari kemerdekaan dan bersiap-siap untuk menyambut kedatangan Ramadhan keesokan harinya.  Lain pula terjadi pada saya. Ketika tengah bersantai-santai dan bergembira dengan kedatangan Ramadhan, saya dapat surat cinta daripada Exabytes. Rujuk surat di bawah. Klik untuk besarkan.

Exabytes Abuse
Read more…

8 comments - What do you think?