Posts tagged "friendster"

Apa sudah jadi dengan Friendster?


Sejak dua hari yang lepas salah satu website aku mengalami kejatuhan visitor yang teruk. Kebanyakkan traffic ke website tersebut majoritinya datang daripada Friendster. Hari ini aku terbaca di forum Wangcyber ada seorang member di sana yang post thread berkenaan problem friendster. Dia cakap kebanyakkan friends yang dia add semuanya hilang! Rupanya ada jugak yang tension. :D Aku nak tulis panjang-panjang pun tak tahu sangat coz aku sudah delete account friendster aku sebelum ini. Aku cuba search dekat internet; rupa-rupanya ramai lagi yang tertanya-tanya apa sudah jadi dengan account friendster mereka dan kebanyakkan daripadanya hilang ramai kawan.

Akhirnya aku terjumpa satu berita yang mungkin boleh merungkaikan semua pertanyaan tersebut. Apa masalahnya? Masalahnya ialah  Datacenter outage di Sunnyvale yang menyebabkan Friendster down.

Anda boleh baca rujuk lebih lanjut di sini:

What happen to Friendster?
Datacenter outage in Sunnyvale brings down Friendster

Mungkin dalam masa terdekat ini technician mereka sedang bertungkus-lumus membaikpulih server mereka. So, harap dapat bersabar yer!

Update daripada Friendster Team ! 

We’re aware of the problem that some users are having with missing friends. We experienced a major power outage the other day, that we’re still recovering from.

We are actively working on resolving the problem with missing friends. Rest assured that no friends have actually been lost — even though it may appear so on the website! The problem should be fixed within the next 24 hours. We apologize for this inconvenience.

Friendster Team

24 comments - What do you think?

Sayonara Friendster

Sayonara means, GoodBye or Selamat Tinggal.

Sayonara Friendster bermakna Selamat Tinggal Friendster. Ya…setelah fikir masak-masak, aku ambik keputusan untuk delete account Friendster aku.

Aku start berfriendster bermula pada Apr 2004. Setakat ini kawan ada dalam 708 orang. Uish ramai tu…

It’s time to say goodbye.

Detik-detik terakhir aku bersama Friendster aku record dalam video. Video ini aku bagi tajuk Aku dan Friendster (best tak tajuk nie hehehe..) Sajer jer aku record sebagai buat kenang-kenangan.


*Tip: tekan play, kemudian tekan pause. Apabila loading bar dah penuh, tekan play semula untuk memastikan klip tak tersekat-sekat.

Apa yang aku dapat daripada Friendster?

- Melalui Friendster ini banyak aku jumpa kawan-kawan lama baik dari sekolah rendah mahupun sekolah menengah. Ada tu yang lepas tamat sekolah jer tak jumpa-jumpa…tapi elok-elok jer jumpa balik kat Friendster.

- Kebanyakkan website-website aku menjadi popular disebabkan aku apply teknik Social Networking Marketing. Salah satu laman web Social Networking yang paling popular adalah Friendster. Banyak aku dapat traffic daripada situ. Yang banyak bagi komen pada posting blog aku pun kebanyakkan member-member daripada Friendster. Cth: Maliki-XP, johnny stanfet, EzAM, dll.. Terima kasih ya…paling kurang hidup jugak blog aku.

- Blog pertama aku di alam cyber: http://izo4ever.blog.friendster.com adalah daripada blog Friendster. Itu blog lama aku sebelum berpindah ke blog baru: http://www.IzoBlog.com (blog nie ler…) pada akhir 2007.

- Salah satu web aku: FriendsterKit menjadi popular disebabkan Friendster. Tapi web tu sekarang ini bukan lagi jadi milik aku disebabkan aku tak sependapat dengan sponsor hosting aku tu.

- Bermula daripada Friendster aku minat untuk design postcard dan buat animated e-card.

Kenapa Delete Account Friendster?

Sebenarnya aku sudah lama tidak aktif di Friendster. Daripada Profile aku tidak berpenunggu, baik aku delete jer.

Jika anda klik link ini: http://profiles.friendster.com/izo4ever dan mendapati profile itu telah tiada bermakna aku sama sekali telah lenyap dalam dunia Friendster!

Saya juga mintak maaf kepada kawan-kawan yang menjadi kawan saya di Friendster jika ada terkasar bahasa atau tersilap bicara. Mohon minta dimaafkan. Terima kasih kawan di atas dorongan anda semua.

Jangan lupa teruskan sokongan anda pada blog ini. Blog ini masih lagi aktif, cuma Friendster jer yang aku delete.

Kenangan pahit manis bersama Friendster akan ku abadikan di dalam diari hatiku dan menjadi sebuah cerita lukaku. (Ceh! g-wang ler plak hahaha…Ini takde kena-mengena dengan yang hidup mahupun yang mati tao0o!!)

31 comments - What do you think?

Next Page »