Posts tagged "izoblog"

IzoBlog pindah rumah lagi

Sabtu, 13 September, 2008 IzoBlog berjaya dipindah daripada Semi-Dedicated server kepada Dedicated server. Baru-baru inidown selama sehari disebabkan ada masalah dengan DNS yang baru dipindahkan. Alhamdulillah problem itu sudah settle.  Jika anda belum tahu problem yang menyebabkan saya terpaksa pindah server, boleh baca di sini.

Saya ambil pakej Dedicated Server pakej Moving Sales  daripada Exabytes. Harganya RM700 sebulan + RM500 untuk setup(bayar sekali jer). Anda boleh tengok specs server itu seperti di bawah:

server-terbaru-izoblog.jpg

Sebenarnya sebelum ambik pakej server nie saya dah buat survey dan baca review daripada pengguna-pengguna lain. Jika diikutkan saya berminat untuk ambil pakej Dedicated Server daripada syarikat lain yang jauh lebih murah daripada Exabytes.  Contoh pakej Dedicated Server daripada Server Freak yang setaraf dengan specs di atas adalah berharga dalam lingkungan RM500-RM600 jer sebulan dengan bayaran untuk setup RM150. Jauh lebih murah.

Pakej daripada Shinjiru pun menarik perhatian saya juga. Dengan specs yang mengancam dan pada harga yang berpatutan sememangnya dapat menarik perhatian saya. Untuk membuat keputusan bukannya mudah. Saya terpaksa ambik masa 3 hari 2 malam untuk membuat survey, meminta pendapat pelanggan-pelanggan server tersebut dan jugak membaca review di forum-forum.

Setelah fikir masak-masak dan istikharah :D , akhirnya saya membuat keputusan untuk terus bersama Exabytes. Ini kerana pengalaman yang lepas-lepas berurusan dengan Exabytes membuatkan saya yakin untuk terus mengambil perkhidmatan server dengan mereka. Tak mengapalah bayar mahal sikit…yang penting support mesti tip-top. Lain orang lain pandangan berkenaan masalah server nie. Tetapi bagi saya Exabytes masih lagi company server di Malaysia yang menjadi pilihan utama. Worth to pay!

8 comments - What do you think?

Status perpindahan server IzoBlog.com

Assalamualaikum pelawat IzoBlog semua…

Sebenarnya sudah lama saya menangguh hasrat untuk berpidah daripada Shared Hoting yang digunakan sekarang ni kepada Semi Dedicated Hosting. Perpindahan ini penting disebabkan berapa faktor: Penjimatan Wang & supaya blog lebih loading laju. Sebenarnya niat nak berpindah nie sudah lama dirancang. Sebab utama IzoBlog.com tak pindah-pindah lagi ke hosting Semi Dedicated ialah disebabkan proses saya nak transfer domain yang dibeli daripada saudara Shuth di webnya Sempoi Hosting. Sekarang Domain itu sudah pun berjaya ditransfer ke dalam account Godaddy saya. Maka saya dapat control sesuka hati :D

Dan di sini saya ingin memohon maaf jika berlakunya gangguan semasa di dalam proses perpindahan tersebut. Pertukaran DNS mungkin mengambil masa sedikit bergantung kepada kepopularan domain tersebut. Sementara waktu ini, saya harap korang semua dapat bersabar sikit yer sebab nak pindah server dan pertukaran DNS ini akan memakan masa sedikit.

8 comments - What do you think?