Aduan pengundi Hantu di Terengganu dan Kelantan
Pihak Sekretariat Media PAS bagi PRU-12 pada hari ini telah mengadakan satu kenyataan akhbar berkenaan dengan operasi pengundi hantu di Kelantan dan Terengganu dengan mengemukakan dakwaan-dakwaan terhadap BN dan juga SPR.
Bersama-sama ini kami lampirkan aduan berkenaan secara rasmi kepada pihak Tan Sri Dato’ Seri bagi mendapat maklum balas lanjut pihak Tan Sri Dato’ Seri.
OPERASI RAHSIA TAWAN KELANTAN DENGAN PENGUNDI HANTU
Lanjutan daripada laporan tentang penafian Dato’ Seri Abdullah Badawi, Pengerusi BN bahawa tidak wujud pengundi hantu seperti yang didakwa oleh parti pembangkang, PAS hari ini bersedia untuk mendedahkan dengan lebih lanjut tentang operasi pengundi hantu seperti yang didakwa sebelum ini.
A. PAS telah difahamkan bahawa Barisan Nasional sedang merancang satu penipuan besar-besaran dalam pilihanraya 8 Mac 2008 ini di negeri Kelantan dengan kerjasama SPR bagi tujuan merampas pemerintahan Kelantan daripada PAS. Kepercayaan ini berasaskan kepada tindak-tanduk jentera BN dan faktafakta yang diperolehi oleh PAS akhir-akhir ini dan disokong dengan apa yang telah berlaku sejak pilihanraya umum ke-11 pada tahun 2004.
PAS percaya BN akan menggunakan sepenuhnya kepincangan dalam daftar pemilih selain mendapat kerjasama daripada ejensi-ejensi kerajaan yang tertentu untuk membolehkan mereka melaksanakan operasi ini. Berikut adalah gambaran modus operandi yang telah, sedang dan akan dilaksanakan oleh BN:-
Read more…
Najib Tun Razak salah guna harta kerajaan
Sejak bila pula seorang Timbalan Presiden Umno dibenarkan mengguna jet eksekutif Fokker milik TUDM untuk kerja-kerja kempen partinya?
Hari ini muka 10 akhbar NST memaparkan gambar Najib tidur nyenyak bersama anak perempuannya dalam jet milik kerajaan ketika terbang dari Kota Bharu ke Kuantan. Apakah tidak malu seorang berjawatan TPM, berpelajaran dan mempunyai kedudukkan, memperalatkan kemudahan kerajaan untuk kerja-kerja kempen partinya. Mungkin alasan yang diberikan bahawa beliau menjalankan tugas rasmi.
Menurut NST beliau ke Kelantan berjumpa penanam tembakau di Bachok (dimana beliau turut memperkenalkan calon MB Kelantan Awang Adek – ini bukan tugas TPM tetapi kerja kempen BN), singgah di Pasir Puteh merasmikan bangunan baru LPP Daerah, kemudian ke SMJK (C) Chung Hwa di Kota Bharu, kemudian ke Kubang Kerian menerima kononnya borang ahli Umno dari ahli PAS yang keluar parti (ini kerja TPM?). Selepas itu beliau ke Pengkalan Kubor pula untuk upacara letak batu asas pembinaan masjid dengan diiringi orang-orang BN, bendera BN dan lain-lain (ini juga kerja TPM kah?).
Jelas jet eksekutif kerajaan ini telah disalah-gunakan untuk kepentingan politik Timbalan Presiden Umno. Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan telah menyalah-gunakan kuasa, inikah jenis pemimpin contoh untuk kita, inikah jenis pemimpin bersih yang diperlukan rakyat?
Kalau kemungkaran seperti ini kita lihat dan tonton dengan mata kepala kita sendiri danum kita tidak melakukan apa-apa dan terus memangkah BN, maka apalagi harga diri dan maruah yang ada pada kita?
