Posts tagged "kemaman"

Rindu kat posting aku ker?

busy_person
Salam…Hari ini genap 10 hari aku tak buat posting baru. Sebenarnya aku busy sikit di sekolah. Maklumlah baru seminggu aku mengajar di sekolah. Rasa seperti tidak percaya aku dapat mengajar budak-budak sekolah rendah yang memang terkenal dengan nakalnya. Ingatkan mengajar pelajar sekolah rendah ini senang…tetapi rupa-rupanya memerlukan kesabaran dan ketahanan mental yang tinggi. :D

Sebagai seorang guru yang professional, kita perlu menguruskan masa dengan professional juga. Kita perlu membahagikan masa untuk online dan pekerjaan kita. Menjadikan line internet yang lambat sebagai masalah untuk aku terus berjaya dalam Internet Biz adalah merupakan sesuatu yang aku fikir tidak munasabah. Sepatutnya kita perlu hadapai masalah dengan tenang dan cari jalan penyelesaian. (Uish…sejak jadi guru nie dah pandai motivasi ek..)

Aku pernah jelaskan sebelum ini bahawa sebagai seorang blogger tegar, jangan sesekali membiarkan blog anda ‘berpuaka’. Untuk mengelak blog aku daripada berpuaka, aku cuba juga pinjam celcom BerukBand Broadband kawan aku untuk buat posting di blog ini. Sebenarnya nak test Celcom Broadband ni dulu sebelum aku beli. Tetapi line hampeh walaupun dapat jugak coverage HSDPA kat rumah sewa aku. Untuk upload memang masalah betul. Sedangkan aku perlukan line internet untuk upload file-file laman web aku..dan juga gambar2. :D Biasalah wireless memang kurang power sikit. Masa camnielah buatkan aku rindu balik pada Streamyx walaupun sebelum nie aku tension gile ngan Streamyx..hohoho.

17 comments - What do you think?