Posts tagged "Khairul Idzwan"

ex-Vokalis Kumpulan Saujana. Dua Penampilan berbeza!!

Sepohon kayu daunnya rimbun
Lebat bunganya serta buahnya
Walaupun hidup seribu tahun
Kalau tak sembahyang apa gunanya

Walaupun hidup seribu tahun
Kalau tak sembahyang apa gunanya
Kami berkerja sehari-hari
Untuk belanja rumah sendiri

Supaya Allah menjadi sayang
Kami berkerja hatilah riang
Supaya Allah menjadi sayang
Kami berkerja hatilah riang

Kami sembahyang fardhu sembahyang
Sunat pun ada bukan sebarang
Hidup di kubur yatim piatu
Tinggallah seorang dipukul dipalu

Hidup di kubur yatim piatu
Tinggallah seorang dipukul dipalu
Dipukul dipalu sehari-hari
Barulah ia sedarkan diri

Hidup di dunia tiada bererti
Akhirat di sana sangatlah rugi
Hidup di dunia tiada bererti
Akhirat di sana sangatlah rugi

Tentu anda masih ingat lagi dengan lirik lagu di atas kan? Tajuk lagu di atas ialah Sepohon Kayu nyanyian kumpulan Saujana.  Kumpulan yang sama yang menyanyikan lagu  Keluarga Bahagia ataupun lagu Suci Sekeping Hati.

Baru-baru ini saya terjumpa satu gambar dan video melalui internet. Memang terkejut melihat perubahan Khairul Idzwan – bekas vokalis kumpulan nasyid Saujana. Dahulu dari sekolah menengah, dia dan kumpulan saujana menyanyikan lagi ‘Sepohon Kayu’. Selepas itu dengar khabarnya dia telah menyambung pelajarannya dalam bidang Medic. Setelah lama tidak mendengar khabar berita, tiba-tiba dia muncul dan yang paling mengejutkan sekali melihat perubahan pada diri Khairul Idzwan… gaya penampilan dia betul-betul mengecewakan.

ex-vokalis-saujana
[KLIK untuk besarkan gambar]

ex-vokalis-saujana2

Video:
You need to a flashplayer enabled browser to view this YouTube video

54 comments - What do you think?