Posts tagged "Kuala Lumpur"

Selepas Bukit Antarabangsa..Kuala Lumpur bakal tenggelam?

Sekiranya tidak diurus dengan baik pembangunan di Kuala Lumpur maka akan terjadi tanah jerlus yang bakal menenggelamkan sebahagian dari Kuala Lumpur. Ini adalah kerana sebahagian tanah di Kuala Lumpur adalah tanah batu kapur yang sifatnya rapuh dan sensitif kepada aktiviti yang bakal menghakis kekuatan tanah dan seterusnya membentuk kepada tanah-tanah jerlus.
Lihat pecahan kandungan tanah di sekitar KL.

pelan-struktur-kuala-lumpur

Baca petikan di bawah:
d) Tanah Jerlus
i. Keadaan Semasa
728. Batuan bawah tanah bagi kebanyakan kawasan di sebelah utara Kuala Lumpur terdiri daripada batu kapur dan granit hinggalah kepada percampuran schist-phylite dan quartzite-phylite. Batu kapur dan quartzite-phylite terdapat di bahagiantengah Bandar Raya terutamanya di Pusat Bandar Raya. Di bahagian selatan Kuala Lumpur, sebahagian besarnya terdiri daripada batu granit (rujuk Rajah 15.4).

729. Kawasan yang diliputi oleh marmar atau batu kapur adalah lebih terdedah kepada keruntuhan struktur bawah tanah, disebabkan oleh pembentukan rongga atau tanah jerlus. Kebanyakan tanah jerlus berlaku dalam garisan sasar, di mana berlakunya peresapan air bawah tanah dari laluan-laluan air utama dan melarutkan batu marmar atau batu kapur melalui tindak balas asid

Keadaan ini akan diburukkan jika berlakunya banjir tambahan jika pembangunan struktur-struktur tinggi dibina tanpa mengkaji kandungan tanah….

Rujukan sepenuhnya; Pelan Struktur Kuala Lumpur 2020 : Alam Sekitar

3 comments - What do you think?

Mak Ai… Banyaknya Elaun Menteri!!

Barulah saya tahu betapa banyaknya elaun keraian pegawai-pegawai kerajaan selama ini. Mak aii!! Berapa kali ganda gaji saya sebulan tu. Menurut surat khabar utusan, elaun-elaun Menteri adalah seperti berikut.

1 – Perdana Menteri – RM 18,865
2- Timbalan Perdana Menteri – RM 15,015
3- Menteri – RM 12,32o
4- Timbalan Menteri – 6,000

Patut lah ramai sangat nak jadi menteri. Elaunnya sahaja dah berkali ganda dari gaji rakyat marhaen biasa. Katalah pendapatan rakyat RM 2,000 maka elaun perdana menteri sahaja – 9 kali ganda (9 bulan sara hidup), Timbalan Perdana Menteri (7 bulan lebih), Menteri – (6 bulan lebih) dan Timbalan Menteri (3 bulan sara hidup).

Elaun keraian sahaja ini. Tak termasuk elaun-elaun lain yang berkaitan. Patutlah banyak sangat cukai pendapatan, cukai jalan, cukai kereta yang perlu dibayar oleh rakyat marhaen. Agaknya, sebab itu lah Pak Lah asyik tertidur tidak kira majlis apa pun. Pening kepala macam mana nak habiskan elaun keraian itu, atau baru je semalam dapat menghabiskan elaun keraian rakyat. Patutlah kerajaan dah tak mampu tanggung subsidi – rupanya nak ‘cover’ subsidi lain. Macam-macam!!

9 comments - What do you think?