Susahnya mencari domain 4 HURUF

Baru-baru ini saya meninjau syarikat jual beli domain untuk projek web saya. Memang susah betul nak dapatkan domain yang .com yang menggunakan 4 Huruf. Kalau sebelum ini domain 3 huruf merajai transaksi domain, tetapi sekarang ini disebabkan kehabisan domain .com 3 huruf maka orang ramai mulai mencari domain .com 4 huruf.
Bukan tidak ada domain .com 4 huruf yang dijual, tetapi harga yang ditawarkan adalah berkali-kali ganda lebih mahal daripada harga asalnya. Ini disebabkan domain tersebut nampak cantik dan senang diingati (pendek). Seperti jugak plat kereta…makin lawa dan dan pendek plat kereta itu, makin tinggi bidaan untuk mendapatkannya.
Domain 4 huruf yang sedang diburu saat ini adalah domain dengan karakter :
- “vokal”- “konsonan” – “vokal” – “konsonan” Contoh: inim.com
- “konsonan” – “vokal” – “konsonan” – “vokal” Contoh: pevo.com
- “konsonan” – “vokal” – “vokal” – “konsonan” Contoh: veoh.com
- “vokal” – “konsonan” – “konsonan” – “vokal” Contoh: aiva.com
Juga domain salah pengejaan seperti : Rdio.com dan lain-lain. Jika trend ini berlanjutan maka pemilik domain 4 huruf dengan karakter seperti di atas bersiap-siaplah menjadi jutawan baru.
Psst…jika sesiapa yang ada domain .com 4 huruf, jika anda hendak jual domain anda bolehlah kontek saya. Ataupun jika anda ada terjumpa domain .com 4 huruf yang masih lagi tiada orang yang miliki saya akan bagi anda ganjaran. Pastikan domain itu mempunyai ciri-ciri yang disebut di atas.
Untuk periksa domain, anda boleh gunakan laman web ini:
Instant Domain Checker
Muat-Turun Video Dan Audio Dengan UnPlug
Pada masa kini kemajuan teknologi multimedia telah membolehkan kita menggunakan video dan audio sebagai sumber pengetahuan, bukan saja sekadar teks, ilustrasi dan foto. Mungkin ramai yang berminat untuk memuat-turun dan menyimpan video dan audio yang ditemui di laman-laman web yang dilawati tetapi tidak tahu bagaimanakah cara untuk melakukannya secara percuma. Dalam artikel ini ingin saya kongsikan mengenai satu ‘Add-On’ kepada pengimbas (browser) Mozilla Firefox yang berkemampuan untuk melakukan tugas itu. Jika anda menggunakan Firefox untuk melayari laman web, anda bolehlah memasang ‘Add-On’ ini.
UnPlug 1.6.06 (versi terkini) adalah satu tambahan program yang membolehkan anda menyimpan video dan audio yang terdapat pada satu laman web. Ia adalah alat untuk muat-turun video. UnPlug akan mengimbas satu-satu laman web dan akan beritahu anda dari manakah sesuatu pemain media itu mendapatkan datanya, dan ia akan paparkan ia dalam bentuk hyper-pautan (hyperlink) yang boleh anda klik untuk muat-turun fail media tersebut.
UnPlug boleh digunakan untuk banyak laman web termasuklah youtube.com, ifilm.com, current.tv, revver.com, peekvid.com, video.google.com, mobuzztv.com dan banyak lagi. Kelebihan UnPlug ialah ia akan mengimbas laman itu, dan jika ia tidak tahu dari mana data itu datang, ia akan agak dan biasanya ia betul.
Saya sarankan agar anda memasang UnPlug di browser Mozilla Firefox anda. Untuk melawat lamannya, sila klik di sini: https://addons.mozilla.org/en-US/firefox/addon/2254
Sekiranya anda mahu terus muat-turun UnPlug, sila klik di sini: https://addons.mozilla.org/en-US/firefox/addons/policy/0/2254/17118
Semoga artikel ini bermanfaat.
