Posts tagged "malaysia today"

Betul ke Suruhanjaya Multimedia punya kerja ni?

Saya dapat berita SuruhanJaya Multimedia mengarahkan semua internet service provider (TMnet, Celcom, Digi, Maxis, Time etc…) memblock access ke web  Malaysia Today. Katanya antara sebab-sebab terpaksa diblock disebabkan berita Altantuya! Nampaknya Najib sudah takut dengan bayang-bayang sendiri. Masa sumpah aritu cakap takde kena mengena. Jadi kenapa pula perlu rasa takut?

Saya ada buka webnya di sini: http://www.malaysia-today.net
Betul! Memang tak boleh bukak. Saya cuba test buka Malaysia Today menggunakan Proxyconn. Tak bleh bukak jugak.

Saya terpaksa menggunakan skill tahap tertinggi :D untuk mengesahkan adakah berita ini palsu atau benar. Teknik yang digunakan berjaya! Akhirnya baru dapat bukak. Jadi…memang betul dakwaan web Malaysia Today di block oleh SuruhanJaya Multimedia. Skill yang saya pakai nie tak bleh diajar…forbidden technique. Nanti orang salah guna plak. :D

Kepada pelawat-pelawat daripada luar Malaysia, atau yang duk oversea sana… Cuba buka web di atas. Kat sana tidak termasuk dalam lingkungan kawalan SuruhanJaya Multimedia Malaysia. Ada kuar tak? Sila tinggalkan komen anda yer!

UPDATED: 28 Ogos,Lepas sembahyang subuh pagi tadi aku dapat idea camner nak trick SuruhanJaya Multimedia dan nak buktikan bahawa apa yang aku cakap nie bukan omongan kosong. Caranya:

Step1: Buka Google Translate
Step2: Masukkan URL http://www.malaysia-today.net pada bahagian Translate a Web Page. Yang language kat bawah dia tu tak payah usik.
Step3: Klik Translate.

Hasilnya seperti di bawah. Teknik nie takde kena mengena dengan forbidden technique yang aku cakap di atas. Kenapalah tak terfikir trick ini sebelum nie.

Malaysia Today Trick

14 comments - What do you think?