Logo Background RSS

» mat said

  • Terbaru dari Dato Ahmad Said: Sekolah Rendah Agama kekal
    May 21st, 2008 | Tiada Sebarang Komen Comments

     Semalam, ketika merasmikan Mesyuarat Agung PIBG SEKOLAH MENENGAH AGAMA AL FALAH, Kemaman Dato’ Ahmad Said mengumumkan bahawa Sekolah Rendah Agama Bersepadu(SRAB) yang diasas dan dibuka oleh kerajaan PAS semasa memerintah akan diteruskan. Ini bermakna arahan penutupan SRAB yang dibuat oleh Derih Jusoh dulu ditarik balik. selain itu Dato’ Ahmad Said juga mengumumkan pembukaan sebuah lagi sekolah agama di Kemaman dimana menurutnya kerajaan sedang mencari tapak.

    Itulah pengumuman terbaru dari MB Terengganu. Sebelum ini ketika menghadiri majlis kesyukuran atas perlantikan beliau sebagai MB di Dungun, beliau turut mengumumkan bahawa peruntukan DUN akan diberi kepada semua ADUN tanpa mengira parti.

    Satu demi satu perjuangan PAS Terengganu mendapat pengiktirafan MB. Apatah lagi Dato’ Ahmad Said semakin lantang menuntut kembali royalti daripada kerajaan persekutuan.

    Hari ini cakap-cakap kedai kopi menyatakan Dato Ahmad Said merupakan MB dari PAS dan ada juga cakap cakap yang menyebut sekarang Terengganu sekarang ada 2 MB. Cakap-cakap kedai kopi ini mencerminkan apa yang sedang berlaku di Terengganu. Sekalipun Terengganu terselamat dari tsunami politik yang melanda negara tetapi apa yang sedang berlaku ialah satu kepelikan.

    Janji dan menifesto PAS sedang dilaksanakan oleh MB dari BN. Kemungkinan saman royalti terhadap kerajaan persekutuan semakin besar kerana keengganan persekutuan mengembalikan royalti kepada kerajaan negeri. Kalau saman ini diaktifkan semula satu lagi sejarah akan terpahat di bumi Terengganu, kerana kerajaan negeri BN akan menyaman kerajaan persekutuan yang juga kerajaan BN. Kemungkinan ini boleh digambarkan ketika speaker DUN menolak usul tergempar YB HJ Wahid Endut untuk membincangkan soal royalti dengan alasan terlalu awal untuk memperkatakan soal royalti dan ianya  masih menjadi kes mahkamah.

    MB Terengganu menjadi orang yang paling sibuk menjelajah negeri, berusaha menjadi pemimpin yang berjiwa rakyat. Ketika merasmikan mesyuarat PIBG Sek. Men. Agama al-Falah semalam beliau didapati  enggan berjalan di atas karpet merah yang dibentangkan. Satu kesungguhan beliau untuk berubah. Dato Ahmad Said yang memang terkenal dengan kehidupan mewah sebelum ini nampak benar ingin berubah.

    Tetapi Dato Ahmad Said berhadapan dengan cabaran yang besar. Pertamanya cabaran dari gaya hidupnya sendiri yang pernah dilaporkan bershopping besar di KLCC sejurus perlantikannya dan keduanya cabaran dari pak turut yang sedang mengekori beliau untuk mendapatkan projek. Jadi gagal jayanya usaha Dato Ahmad Said terletak kepada sejauh mana kemampuan beliau mengatasi cabaran ini. Namun beliau dengan tegas menyatakan bahawa beliau tidak takut dijatuhkan kerana beliau percaya segalanya adalah ketentuan ALLAH  malah katanya sejak pemilihan calon sehinggalah perlantikan MB beliau berhadapan dengan berbagai bagai dugaan.

    Doa untuk Dato Ahmad Said semoga memperolehi hidayah ALLAH jua hendaknya dan syabas sekali lagi kerana meneruskan Sekolah Rendah Agama Bersepadu(SRAB). Untuk makluman, Putera Mahkota Terengganu pernah mendapat didikan di SRAB ini….

    Incoming search terms for the article:

  • UMNO Memang Parti Biadap
    March 24th, 2008 | 3 Komen3 Comments Comments

    Umno biadap terhadap sultan

    Berita TV3 jam 8 malam tadi menyiarkan demonstrasi mereka yang tidak bersetuju dengan tindakan Istana untuk tidak melantik bekas MB Idris Jusoh. Disiarkan para penyokong dengan pelbagai kain rentang bagi menyatakan sokongan dan taat setia mereka terhadap Derih Jusoh.

    Antara yang sempat diperhatikan ialah sepanduk yang berbunyi “Kami Nak Idris, Natang!”.

    Pertama, apa erti perkataan tersebut? Di dalam loghat Terengganu, “natang” itu membawa makna yang sangat kurang baik. Atau untuk diterjemahkan dengan lebih mudah ialah untuk “binatang”.

    Kedua, persoalannya ialah, siapa “binatang” yang dimaksudkan dalam sepanduk itu? Kalau mengikut ayat sepanduk tersebut itu ialah mereka memberitahu kepada orang yang tidak menerima Idris sebagai MB dan orang itu dipanggil dengan nama binatang.

    Siapa yang tidak menerima Idris dan melantik Ahmad Said sebagai MB? Umum mengetahui bahawa Tuanku Sultan yang tidak menerima Idris dan melantik Mat Said sebagai MB.

    Jadi apakah “binatang” itu disifatkan oleh mereka kepada Tuanku Sultan? Apakah itu suatu tindakan wajar? Apakah tindakan-tindakan seperti itu yang didokong oleh para pemimpin UMNO? Apakah itu natijah dari kurikulum pelbagai program pendidikan yang dilalui oleh para ahli UMNO?

    Apakah kesetiaan mereka kepada Idris membolehkan mereka menderhakai Sultan? Apakah itu termaktub dalam adat susila perjuangan UMNO?

    Saya hairan dengan tindakan para pemimpin Melayu yang sebegini yang telah melampaui batas-batas adat susila Melayu kita yang dibanggakan.

    Mereka perlu mengulangkaji semula Rukun Negara.
    Sememangnya UMNO pengkhianat bangsa!
    (more…)

  • Umno ajar rakyat derhakai raja, berbohong
    March 23rd, 2008 | Tiada Sebarang Komen Comments

    KUALA LUMPUR: Umno bukan sahaja menderhaka kepada raja malah berbohong kepada rakyat konon calon-calonnya dalam pilihan raya umum 8 Mac lalu telah ditapis.

    Ketua Penerangan PAS, Haji Mahfuz Omar berkata demikian ketika mengulas tindakan 23 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Umno di Terengganu yang mengancam hendak memboikot majlis angkat sumpah Menteri Besar yang diperkenankan oleh Sultan negeri itu, Datuk Ahmad Said.

    “Sebelum ini, bukan kepalang Umno mengerahkan orang-orang yang boleh diperdayakannya supaya menunjuk perasaan. Kononnya hendak membela Sultan yang mereka dakwa diderhakai di Perak dan Selangor.

    “Sekarang mereka sendiri yang berkonspirasi bersikap biadab dan menderhakai Sultan.

    Tunjuk perasaan

    “Mengapa tak tunjuk perasaan? Tunjuklah puas-puas!” katanya merujuk kepada tindakan Umno yang sebelum ini menunjuk perasaan membantah tindakan Penasihat DAP, Lim Kit Siang yang mengancam bahawa partinya akan memulaukan upacara angkat sumpah Menteri Besar Perak.

    Lim kemudiannya dilaporkan telah memohon maaf kepada Sultan dan Raja Muda Perak.

    Ahli Parlimen Pokok Sena itu mengingatkan, jika selepas ini pihak lain tidak menghormati dan bersikap biadab kepada raja-raja Melayu, ia sebenarnya “diajar oleh Umno sendiri”.

    “Umno yang menunjukkan contoh sikap kurang ajar dan biadab kepada Sultan sehingga mengancam meletakkan jawatan dan membiarkan pilihan raya diadakan semula”.

    Umno, kata Mahfuz, patut mencari punca mengapa istana Terengganu enggan memperkenankan perlantikan semula Datuk Idris Jusoh sebagai Menteri Besar Terangganu.

    “Apa yang menyebabkan Sultan enggan memperkenankan Idris menjadi Menteri Besar? Adakah Sultan merasa bekas Menteri Besar Terengganu itu telah menyeleweng? Adakah kerana itu Sultan begitu kecewa sehingga tidak mahu memperkenankan Idris?” tanya beliau.

    Sebelum ini, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan Terengganu sebenarnya diperintah oleh menantu Perdana Menteri, Khairy Jamaluddin dan rakan niaganya, Patrick Lim yang dipanggil Patrick Badawi oleh Dr Mahathir.
    (more…)

    Incoming search terms for the article:

  • PM vs Agong
    March 23rd, 2008 | 3 Komen3 Comments Comments

    PM vs Agong

    PM pertahan Idris Jusoh
    utusan.com.my

    SEPANG 23 Mac – Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mempertahankan tindakannya melantik Datuk Seri Idris Jusoh sebagai Menteri Besar Terengganu yang berdasarkan majoriti sokongan.

    Menurut Abdullah, pelantikan Idris tidak akan berubah kerana ia berdasarkan majoriti sokongan yang diberikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kepada Idris.

    “Sebarang lantikan dibuat terhadap orang lain itu tidak kena dari segi Perlembagaan,” katanya kepada pemberita selepas melawat Litar Sepang sebelum menyaksikan perlumbaan Formula 1 (F1) Grand Prix Malaysia dan menyampaikan hadiah kepada para pemenang perlumbaan tersebut. – Utusan.

    Apabila Melayu sendiri sudah kurang ajar

    Entah apa yang dijanjikan kepada 22 orang penyokongnya? Kita tidak tahu tetapi perpaduan jelas kelihatan di wajah luaran individu 23 ADUN Terengganu.

    Pada awalnya, Idris dikatakan berserah kepada Qada dan Qadar penentuan samada dirinya di lantik sebagai MB atau sebaliknya. Lunakan suara, indah pekerti di tonjolkan di dalam berita Utusan Malaysia sehingga semua berita turut memberikan pujian kepada bekas MB Terengganu itu. Tapi kita tidak tahu sikap dia sebenar selagi sikap itu tidak didedahkan kepada semua orang.

    Namun disebalik topeng kemuliaan itu sebenarnya tersembunyi kerakusan dan kegilaan kuasa. Rupa rupanya semua rendah diri dan tunduk ke buminya hanyalah lakunan yang mampu bertahan tidak sampai sebulan. Kini warna sebenar IDRIS JUSOH terserlah dengan pemboikotan majlis angkat sumpah Menteri besar baru, Mohd Said si adun Kijal.

    Keburukan dirinya bertambah tambah dengan usaha untuk menghalang rakan yang dulunya berjuang bersama dengan laporan BPR. Tidak cukup dengan itu, Pihak kerajaan pusat turut memberikan kerjasama kerana masa depan Idris Jusuh adalah masa depan Abdullah Badawi. Jatuh Idris Jusoh akan jatuhkan Badawi kerana semua kerja kerja gila Idris 4 tahun yang lalu ada kaitannya dengan Patrick dan Abdullah sendiri. Maka tidak hairan lah kenapa ABdullah bertegas mahukan IDris menjadi Menteri besar berbanding Mohd Said sedangkan kedua duanya adalah ADUN BN dan dari UMNO sendiri.
    (more…)

  • Ahmad Said selamat terima watikah, penyokong Idris buat Himpunan Haram
    March 23rd, 2008 | Tiada Sebarang Komen Comments

     

    Kuala Terengganu, 23 Mac – Dato’ Ahmad Said selamat menerima watikah perlantikan sebagai Menteri Besar Negeri Terengganu di Istana Tamu(Al-Muktafi BiLlah Shah)

    Majlis perisytiharan dan penyampaian watikah ringkas disempurnakan oleh Yang Dipertua Majlis Penasihat Pemangku Raja (MPPR), Tengku Sri Panglima Raja Tengku Baderulzaman.

    Ahmad Said menerima watikah tersebut pada jam 8.15 pagi dan kelihatan meninggalkan istana pada jam 8.30 pagi, tanpa menemui pemberita.

    Sebelum dari itu, Setiausaha Perhubungan UMNO Terengganu menyerahkan memeorandum 23 Adun BN kepada setiausaha MPPR Shafie Ali pada jam 7.55 pagi.

    Dalam perkembangan lain, penyokong-penyokong Idris yang kebanyakkan datang dari Besut dilaporkan berhimpun di kediaman Idris dan juga Seri Iman di Batu Burok.

    Sekitar jam 9.45 pagi, Rosol telah mengadakan satu sidang akhbar di perkarangan Seri Iman.

    Rosol menyatakan, selain boikot, mereka juga merancang mengusulkan undi tidak percaya di Dewan Undangan Negeri (DUN)

    Beliau juga memberitahu pihak media bahawa wakil-wakil rakyat berkenaan juga sedia meletakkan jawatan jika diperlukan berbuat demikian.

    Bagaimanapun, apabila pemberita memaklumkan kepada beliau bahawa mereka yang telah meletakkan jawatan, tidak boleh bertanding semula, Rosol menjadi tersentak dan spontan menjawab “tengok dulu”.

    Selepas sidang media tersebut, kira-kira 100 penyokong Idris berarak keluar dari Seri Iman dan menyeberangi jalan menuju ke Taman Awam Batu Burok, sambil mengangkat kain rentang berbunyi “Kami menyokong penuh kepimpinan Dato’ Seri Idris Jusoh” dan “Terengganu masih diperlukan Dato’ Seri Idris Jusoh”