Terbaru dari Dato Ahmad Said: Sekolah Rendah Agama kekal
Semalam, ketika merasmikan Mesyuarat Agung PIBG SEKOLAH MENENGAH AGAMA AL FALAH, Kemaman Dato’ Ahmad Said mengumumkan bahawa Sekolah Rendah Agama Bersepadu(SRAB) yang diasas dan dibuka oleh kerajaan PAS semasa memerintah akan diteruskan. Ini bermakna arahan penutupan SRAB yang dibuat oleh Derih Jusoh dulu ditarik balik. selain itu Dato’ Ahmad Said juga mengumumkan pembukaan sebuah lagi sekolah agama di Kemaman dimana menurutnya kerajaan sedang mencari tapak.
Itulah pengumuman terbaru dari MB Terengganu. Sebelum ini ketika menghadiri majlis kesyukuran atas perlantikan beliau sebagai MB di Dungun, beliau turut mengumumkan bahawa peruntukan DUN akan diberi kepada semua ADUN tanpa mengira parti.
Satu demi satu perjuangan PAS Terengganu mendapat pengiktirafan MB. Apatah lagi Dato’ Ahmad Said semakin lantang menuntut kembali royalti daripada kerajaan persekutuan.
Hari ini cakap-cakap kedai kopi menyatakan Dato Ahmad Said merupakan MB dari PAS dan ada juga cakap cakap yang menyebut sekarang Terengganu sekarang ada 2 MB. Cakap-cakap kedai kopi ini mencerminkan apa yang sedang berlaku di Terengganu. Sekalipun Terengganu terselamat dari tsunami politik yang melanda negara tetapi apa yang sedang berlaku ialah satu kepelikan.
Janji dan menifesto PAS sedang dilaksanakan oleh MB dari BN. Kemungkinan saman royalti terhadap kerajaan persekutuan semakin besar kerana keengganan persekutuan mengembalikan royalti kepada kerajaan negeri. Kalau saman ini diaktifkan semula satu lagi sejarah akan terpahat di bumi Terengganu, kerana kerajaan negeri BN akan menyaman kerajaan persekutuan yang juga kerajaan BN. Kemungkinan ini boleh digambarkan ketika speaker DUN menolak usul tergempar YB HJ Wahid Endut untuk membincangkan soal royalti dengan alasan terlalu awal untuk memperkatakan soal royalti dan ianya masih menjadi kes mahkamah.
MB Terengganu menjadi orang yang paling sibuk menjelajah negeri, berusaha menjadi pemimpin yang berjiwa rakyat. Ketika merasmikan mesyuarat PIBG Sek. Men. Agama al-Falah semalam beliau didapati enggan berjalan di atas karpet merah yang dibentangkan. Satu kesungguhan beliau untuk berubah. Dato Ahmad Said yang memang terkenal dengan kehidupan mewah sebelum ini nampak benar ingin berubah.
Tetapi Dato Ahmad Said berhadapan dengan cabaran yang besar. Pertamanya cabaran dari gaya hidupnya sendiri yang pernah dilaporkan bershopping besar di KLCC sejurus perlantikannya dan keduanya cabaran dari pak turut yang sedang mengekori beliau untuk mendapatkan projek. Jadi gagal jayanya usaha Dato Ahmad Said terletak kepada sejauh mana kemampuan beliau mengatasi cabaran ini. Namun beliau dengan tegas menyatakan bahawa beliau tidak takut dijatuhkan kerana beliau percaya segalanya adalah ketentuan ALLAH malah katanya sejak pemilihan calon sehinggalah perlantikan MB beliau berhadapan dengan berbagai bagai dugaan.
Doa untuk Dato Ahmad Said semoga memperolehi hidayah ALLAH jua hendaknya dan syabas sekali lagi kerana meneruskan Sekolah Rendah Agama Bersepadu(SRAB). Untuk makluman, Putera Mahkota Terengganu pernah mendapat didikan di SRAB ini….
UMNO Memang Parti Biadap
Berita TV3 jam 8 malam tadi menyiarkan demonstrasi mereka yang tidak bersetuju dengan tindakan Istana untuk tidak melantik bekas MB Idris Jusoh. Disiarkan para penyokong dengan pelbagai kain rentang bagi menyatakan sokongan dan taat setia mereka terhadap Derih Jusoh.
Antara yang sempat diperhatikan ialah sepanduk yang berbunyi “Kami Nak Idris, Natang!”.
Pertama, apa erti perkataan tersebut? Di dalam loghat Terengganu, “natang” itu membawa makna yang sangat kurang baik. Atau untuk diterjemahkan dengan lebih mudah ialah untuk “binatang”.
Kedua, persoalannya ialah, siapa “binatang” yang dimaksudkan dalam sepanduk itu? Kalau mengikut ayat sepanduk tersebut itu ialah mereka memberitahu kepada orang yang tidak menerima Idris sebagai MB dan orang itu dipanggil dengan nama binatang.
Siapa yang tidak menerima Idris dan melantik Ahmad Said sebagai MB? Umum mengetahui bahawa Tuanku Sultan yang tidak menerima Idris dan melantik Mat Said sebagai MB.
Jadi apakah “binatang” itu disifatkan oleh mereka kepada Tuanku Sultan? Apakah itu suatu tindakan wajar? Apakah tindakan-tindakan seperti itu yang didokong oleh para pemimpin UMNO? Apakah itu natijah dari kurikulum pelbagai program pendidikan yang dilalui oleh para ahli UMNO?
Apakah kesetiaan mereka kepada Idris membolehkan mereka menderhakai Sultan? Apakah itu termaktub dalam adat susila perjuangan UMNO?
Saya hairan dengan tindakan para pemimpin Melayu yang sebegini yang telah melampaui batas-batas adat susila Melayu kita yang dibanggakan.
Mereka perlu mengulangkaji semula Rukun Negara.
Sememangnya UMNO pengkhianat bangsa!
Read more…

