Perginya seorang sahabat
Selepas kepulangan saya daripada Pulau Pinang semalam saya dikejutkan dengan msg yang bertalu-talu. Masa tu saya saya sedang lena diulit mimpi. Maklumlah tido dalam bas tak baper lena sangat malam tu, terpaksa qadha balik pagi tu. Saya buka henset..terus baca msg. Dalam keadaan mamai saya baca msg:
Amin Dauran: Al fatihah.dpt brite dr nawa ni.abg we mninggal pg ni.
- Mula-mula tu saya ingatkan Hazwan yang meninggal coz kami pun panggil dia Abg We juga.
ZM: Ust. hazwan k berang dah kembali ke rahmatullah. br sakni. Meninggal di hspital k bharu….sebarkan segera utk sama2 sedeqahkan alfatihah!
- Baca msg yang nie pulak, Hazwan sakit aper pulak sampai masuk hospital Kota Bharu. Tak ada dengar berita pun. Walaupun dalam hati sikit2 dan rasa mungkin Azuwan.
Tak tahu saper hantar coz tak save nombor: Al fatihah untk hazwan bin samsudin. guru imtiaz kuala berang kerna meninggal ari ni.
- Dapat msg nie baru yakin, bukan Hazwan tapi Azuwan. Coz saya tahu nama ayah dia Shamsuddin.
Ada lagi ler dua, tiga msg lain yang sampai. Isinya lebih kurang sajer.
———————————————————————
Semalam saya dikejutkan dengan perginya seorang sahabat Mohamad Azuwan Shamsuddin. Mohamad Azuwan Shamsuddin pergi mengadap Penciptanya semasa masih dalam rawatan untuk kanser yang dihadapinya. Namun doktor masih lagi sangsi tentang penyakit tersebut kerana sukar untuk membuktikan kesahihan kanser. Allahyarham meninggalkan seorang isteri dan 2 orang anak. Walaupun sudah lama tidak berhubung denganya selepas pulang ke Malaysia tetapi masih terbayang lagi kenangan bersama arwah ketika arwah masih hidup dan kami sama-sama belajar di bumi Anbiya’.
Jaulah ke Matruh 2004

Biar Mati anak, Jangan Rosak BMW
Kisah ini saya dapat daripada Yahoo groups. Kesahihannya wallahu a’llam. Tetapi penulis asal memberitahu yang kisah yang dia tulis ini merupakan pengalaman sebenar yang dialami oleh isterinya sendiri. Ikutilah sketsa menarik ini :D
*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*
Ini adalah sketsa keluarga seperti yang dilaporkan oleh wife aku tadi. Berlaku hari ini (1 Feb 2008). Masa rehat jumaat tadi, wife aku pegi Shah Alam Mall.
Setelah lunch kat situ dengan member dia, depa berjalan menuju ke car park.
Car park yang mengadap DEMC tu..
Kelihatan lebih kurang 50 orang manusia sedang mengerumuni sebuah BMW. Kelihatan di sebelah BMW seorang perempuan sedang menangis…alahai kesiannya…
Wife aku mendekati kumpulan orang ramai dan mendapati ada seorang budak lelaki berumur 1 tahun sedang menangis meronta-ronta dalam car seat kat belakang (dalam BMW tu).
Perempuan yang menangis di tepi kereta adalah mak budak tu. Depa laki bini terkunci anak dalam kereta rupanya …
Terdengar orang sekeliling sedang memarahi perempuan tu…
Pompuan A: umpil aje la pintu kereta ni
Mak Budak tu: tak boleh …(sambil menangis)…nanti suami saya on the way balik ambil kunci spare…
Pompuan C: Isk tengok tu, sengsaranya baby tu menangis, u sanggup biar anak u mati ke?
Mak budak tu: (sambil menangis)…nanti suami saya marah…
Pakcik B: Isk kalau saya punya anak, kalau tertinggal kunci, saya takkan patah balik rumah, saya pecahkan aje cermin kereta ni…
Pakcik C: “Mana bapaknya???”
Mak Budak tu: “Dia balik Meru ambil kunci”
Semua orang: “Apa! Meru!!!”
Suasana menjadi kelam kabut sebab orang ramai menjerit-jerit memaksa untuk pecahkan cermin kereta tu. suasana gamat macam perhimpunan haram…
Tapi mak budak tu tak berani buat keputusan. Dia asyik kata…”saya takut suami saya marah” “Tunggu suami saya datang”…Tetiba ade sorang akak tampil dan jerit: pegi ambil kapak, pecahkan cermin kereta ni… biar saya yang jawab dengan suami awak. Awak tak sayang nyawa anak ke?
Sambil beberapa orang pergi mencari tools utk pecahkan cermin kereta, beberapa orang pengawal keselamatan sibuk ambil beberapa baldi air dan menyiram kereta BMW tu kerana kasihankan anak yang sedang kepanasan dan kelemasan dalam kereta tu…
Seorang mekanik cina dari bengkel berdekatan dipanggil untuk umpil pintu. Cina mekanik memberi komen ” aiya ini keleta tak boleh umpil, kena kasik picah cermin juga baru boleh masuk!”
Tak lama kemudian seorang mamat tiba dengan kapak keselamatan, maka dikapak cermin tepi sebelah pemandu…praannng….!!!! Selesai masalah…
Tak lama selepas itu baby tersebut berjaya dikeluarkan…kesian baby tu..berpeluh-peluh dengan kulit pun pucat dah naik biru….
Seorang lagi lelaki menjerit “biar saya periksa dia…. saya doktor”. Si doktor mendukung bayi dan bergegas ke DEMC untuk memeriksa bayi tu…
Sehingga bayi tersebut dibawa ke DEMC…bapak dia masih tak muncul-muncul …ye la Meru tu kan jauh…. mungkin bapak dia singgah makan sate kambing dulu…
P/S: Untuk makluman pasangan tersebut adalah pasangan Melayu. Ye betul ..orang melayu Islam yang diwar-warkan penuh budaya ketimuran, lebih compassionate berbanding orang KAFIR. Kononnya lebih mulia daripada bangsa-bangsa lain yang tak Islam.
Syabas Malaysia Boleh!!

