Posts tagged "meninggal dunia"

Perginya seorang sahabat

Mohamad Azuwan ShamsuddinSelepas kepulangan saya daripada Pulau Pinang semalam saya dikejutkan dengan msg yang bertalu-talu. Masa tu saya saya sedang lena diulit mimpi. Maklumlah tido dalam bas tak baper lena sangat malam tu, terpaksa qadha balik pagi tu. Saya buka henset..terus baca msg. Dalam keadaan mamai saya baca msg:
Amin Dauran: Al fatihah.dpt brite dr nawa ni.abg we mninggal pg ni.
Mula-mula tu saya ingatkan Hazwan yang meninggal coz kami pun panggil dia Abg We juga.

ZM:
Ust. hazwan k berang dah kembali ke rahmatullah. br sakni. Meninggal di hspital k bharu….sebarkan segera utk sama2 sedeqahkan alfatihah!
- Baca msg yang nie pulak, Hazwan sakit aper pulak sampai masuk hospital Kota Bharu. Tak ada dengar berita pun. Walaupun dalam hati sikit2 dan rasa mungkin Azuwan.

Tak tahu saper hantar coz tak save nombor:
Al fatihah untk hazwan bin samsudin. guru imtiaz kuala berang kerna meninggal ari ni.
- Dapat msg nie baru yakin, bukan Hazwan tapi Azuwan. Coz saya tahu nama ayah dia Shamsuddin.

Ada lagi ler dua, tiga msg lain yang sampai. Isinya lebih kurang sajer.

———————————————————————

Semalam saya dikejutkan dengan perginya seorang sahabat Mohamad Azuwan Shamsuddin. Mohamad Azuwan Shamsuddin pergi mengadap Penciptanya semasa masih dalam rawatan untuk kanser yang dihadapinya. Namun doktor masih lagi sangsi tentang penyakit tersebut kerana sukar untuk membuktikan kesahihan kanser. Allahyarham meninggalkan seorang isteri dan 2 orang anak. Walaupun sudah lama tidak berhubung denganya selepas pulang ke Malaysia tetapi masih terbayang lagi kenangan bersama arwah ketika arwah masih hidup dan kami sama-sama belajar di bumi Anbiya’.

Jaulah ke Matruh 2004
Matruh 2004

Matruh 2004
Read more…

6 comments - What do you think?