Posts tagged "Menjadi Jutawan"

Susahnya mencari domain 4 HURUF

 Domain 4 huruf

Baru-baru ini saya meninjau syarikat jual beli domain untuk projek web saya. Memang susah betul nak dapatkan domain yang .com yang menggunakan 4 Huruf. Kalau sebelum ini domain 3 huruf merajai transaksi domain, tetapi sekarang ini disebabkan kehabisan domain .com 3 huruf maka orang ramai mulai mencari domain .com 4 huruf.

Bukan tidak ada domain .com 4 huruf yang dijual, tetapi harga yang ditawarkan adalah berkali-kali ganda lebih mahal daripada harga asalnya. Ini disebabkan domain tersebut nampak cantik dan senang diingati (pendek). Seperti jugak plat kereta…makin lawa dan dan pendek plat kereta itu, makin tinggi bidaan untuk mendapatkannya.

Domain 4 huruf yang sedang diburu saat ini adalah domain dengan karakter :

  • “vokal”- “konsonan” – “vokal” – “konsonan” Contoh:  inim.com
  • “konsonan” – “vokal” – “konsonan” – “vokal” Contoh: pevo.com
  • “konsonan” – “vokal” – “vokal” – “konsonan” Contoh: veoh.com
  • “vokal” – “konsonan” – “konsonan” – “vokal” Contoh: aiva.com

Juga domain salah pengejaan seperti : Rdio.com dan lain-lain. Jika trend ini berlanjutan maka pemilik domain 4 huruf dengan karakter seperti di atas bersiap-siaplah menjadi jutawan baru.

Psst…jika sesiapa yang ada domain .com 4 huruf, jika anda hendak jual domain anda bolehlah kontek saya. Ataupun jika anda ada terjumpa domain .com 4 huruf  yang masih lagi tiada orang yang miliki saya akan bagi anda ganjaran. Pastikan domain itu mempunyai ciri-ciri yang disebut di atas.

Untuk periksa domain, anda boleh gunakan  laman web ini:
Instant Domain Checker

10 comments - What do you think?