Posts tagged "muhrim"

Beza Erti Muhrim dan Mahram

Sering kali saya terdengar orang ramai di sekeliling mengungkap perkataan muhrim dan mahram tanpa tahu makna sebenarnya dengan jelas. Ejaan kedua-duanya di dalam bahasa arab adalah sama محرم . Cuma yang membezakan ialah barisnya.

Di sini saya paparkan makna kedua-duanya.

MUHRIM
muhrim
Ia membawa maksud orang yang sedang melakukan ihram haji ataupun umrah. Orang ini dilarang melakukan beberapa perkara sepanjang menunaikan kedua-dua ibadat ini sebagaimana yang banyak didperkatakan di dalam kitab-kitab feqah.

MAHRAM
mahram
Mahram pula bermaksud orang yang haram berkahwin dengan kita seperti adik kita, emak mertua kita dan lain-lain.

Ramai orang silap memahami penggunaan perkataan antara muhrim dan mahram. Kadang-kadang mereka mahu menyebut mahram tetapi mereka tersebut perkataan muhrim.

Dengan penjelasan ini diharapkan masyarakat kita akan faham apa itu muhrim dan apa itu mahram.

7 comments - What do you think?