Posts tagged "natang"

Video sambutan luarbiasa terhadapTuanku

You need to a flashplayer enabled browser to view this YouTube video

You need to a flashplayer enabled browser to view this YouTube video

Syabas rakyat Terengganu di atas sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada YDPA Tuanku Mizan…. Setinggi-tinggi Kasih saya junjung ke bawah DYMM YDPA Tuanku Mizan kerana berpegang pada prinsip dan tidak akur pada tekanan BN. Daulat Tuanku!! Tuanku dan rakyat ibarat aur dengan tebing saling perlu memerlukan, saling kasih mengasihi antara satu sama lain… di harap kebijaksanaan dan kasih Tuanku dicontohi oleh Institusi Di Raja yang lain… Dengarlah sama rintihan rakyat…

IzoBlog: Tuanku begitu terharu dengan sambutan dan sokongan ribuan rakyat Terengganu. Dianggarkan lebih kurang 10,000 orang berhimpun memberi sokongan kepada Tuanku. Ambe hairan…camne sebelum ni Rosol Wahid dan Dolah Badawi boleh cakap rakyat Terengganu tetap terus memberi sokongan kepada Derih Jusoh.

Be the first to comment - What do you think?

Gambar Sekitar Pelancaran Tandatangan, Riben dan Munajat Rakyat

Berikut adalah gambar-gambar yang sempat diambil semasa dan pada hari program berlangsungnya pelancaran Tandatangan Sokongan dan Riben Kuning serta Munajat Rakyat yang diadakan di Masjid Tengku Tengah Zaharah (Masjid Terapung) malam Jumaat baru nie.

Alhamdulillah nampaknya sokongan dan penglibatan yang hadir sungguh memberangsangkan. Aku sendiri sempat serempak dengan Che Mat Jusoh Senapang yang turut turun memberikan sokongan. Program adalah di bawah kelolaan Mampat, yang turut disertai beberapa NGO dan Alumni sekolah. Kutipan tandatangan dan pembahagian riben bermula sekitar jam 5.00 petang sehingga jam 10.00 malam. Juga terdapat stiker “Daulat Tuanku” serta lencana. Aku cuma sempat ambil stiker je. Itupun setelah menebalkan muka dengan meminta dari seorang Ajk program.


Sidang Media Pelancaran. Pengerusi Mampat, Cikgu Fauzi (memakai kopiah) diapit wakil-wakil NGO dan Alumni sekolah-sekolah.


Ustaz Azhar Idrus turut hadir memberi sokongan. Di sisi ustaz adalah kamera miliknya. Ustaz nampaknya agak berminat dengan kamera.


Berpusu-pusu menurunkan tandatangan dan mengambil riben.
Read more…

Be the first to comment - What do you think?

Next Page »