Logo Background RSS

» natang

  • Umno spesis makhluk yang pelik
    March 28th, 2008 | 4 Komen4 Comments Comments

     TANDA  SETIA: Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri   Batu Burok, Datuk Che Mat Jusoh, turut  menurunkan tandatangan di atas kain rentang sebagai tanda menyokong keputusan istana mengenai pelantikan Menteri Besar   Terengganu, semalam.

    TANDA SETIA: Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Batu Burok, Datuk Che Mat Jusoh, turut menurunkan tandatangan di atas kain rentang sebagai tanda menyokong keputusan istana mengenai pelantikan Menteri Besar Terengganu, semalam. – Berita Hairan

    “Saya yakin dan percaya Perdana Menteri, kepemimpinan parti pada peringkat negeri serta pegawai kerajaan memberi sokongan padu kepada Menteri Besar yang baru,” kata Mohd Nasir yang juga Ahli Parlimen Kuala Nerus.

    Ketua Umno Bahagian Setiu, Datuk Mohd Jidin Shafie, berkata beliau yakin seluruh warga Barisan Nasional (BN) negeri menerima pelantikan Ahmad dan berharap Menteri Besar baru itu mampu melaksanakan harapan rakyat untuk melihat pemimpin yang dipilih menerajui kerajaan negeri dengan baik.

    IzoBlog: Kini UMNO sudah pakai topeng lain, Takut digelar UMNO DERHAKA, semua sekarang sudah pandai menyokong, sebelum ini semua menentang. Kalau dah UMNO tu …. sampai bila pun jadi UMNO. Tak der pendirian yang jelas. Meragukan dan mungkin juga diorang anggap Pak Lah tu lebih berkuasa dari Sultan. Kalau Pak lah ok, diorang pun ok. Sebelum ini, berdiri dibelakang PAK LAH !!!

  • Pengumuman Munajat Perdana Esok
    March 26th, 2008 | 1 Komen1 Comment Comments

    Pelbagai isu telah melanda negeri Terengganu yang tercinta ini lewat PRU 12 yang lalu. Isu-isu tersebut mencengkam naluri dan menimbulkan keresahan rakyat. Apatah lagi apabila pelbagai tohmahan yang tidak sepatutnya ditujukan buat KDYMM Tuanku Sultan yang dikasihi, menyebabkan hati rakyat tambah terluka. Rakyat Terengganu hanya inginkan ketenangan dan kedamaian seperti dulu, dengan dinaungi pimpinan yang diberkati Allah SWT.

    Oleh itu, satu program munajat akan diadakan sepertimana berikut;

    MUNAJAT PERDANA RAKYAT TERENGGANU
    MEMOHON KEBERKATAN DAN KEDAULATAN
    KDYMM TUANKU AL-SULTAN DAN NEGERI TERENGGANU

    Dipimpin Oleh;
    YBhg. Datuk Sheikh Ismail Mohamad Al-Hafiz

     

    Pada : 27 Mac 2008 (Khamis Malam Jumaat)
    Masa : 8.30 Malam (Solat Isya’ Berjemaah)
    Tempat : Masjid Tengku Tengah Zaharah (Masjid Terapung)

     

    SEMUA RAKYAT TERENGGANU DIJEMPUT HADIR

  • Idris, Rosol dan Din Adam ditarik gelaran Datuk?
    March 26th, 2008 | 2 Komen2 Comments Comments

    KUALA TERENGGANU, 26 Mac: Tiga pemimpin Umno Terengganu, Datuk Seri Idris Jusoh, Datuk Rosol Wahid dan Datuk Din Adam telah ditarik balik gelaran mereka oleh istana Terengganu.

    Menurut sumber yang rapat dengan istana, penarikan gelaran ketiga-tiag mereka itu berkuatkuasa serta merta.

    Dalam pada itu, Datuk Muhamad Awang Tera (Chukai) telah dilantik sebagai Timbalan Menteri Besar Terengganu, satu jawatan yang tidak pernah wujud sebelum ini.

    Sebuah NGO, Majlis Pemesyuaratan Rakyat Terengganu (Mampat) dan beberapa NGO lagi akan menganjurkan solat hajat di masjid Terapung, Kuala Ibai malam esok untuk memohon kepada Allah untuk keselamatan baginda Sultan Terengganu dan anakanda baginda yang menjadi Pemangku Raja.

    Ia akan diadakan bermula sembahyang Isya secara berjamaah di masjid berkenaan dan bakal diimami oleh Iman Masjid Negara, Sheikh Ismail Al Hafiz.

  • Umno vs Umno: Ramai yang tak puas hati
    March 26th, 2008 | Tiada Sebarang Komen Comments

    Klik gambar untuk paparan lebih besar:


    (more…)

  • Jangan keluar mulut buaya masuk ke mulut naga
    March 26th, 2008 | Tiada Sebarang Komen Comments

    Datuk Ahmad Said

    Difahamkan ada kemungkinan Ahmad Said akan ke Kuala Lumpur petang ini untuk menemui Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Dalam pada itu kalangan rakan politik yang sempat melawat Ahmad Said semalam memberitahu memang betul Sultan Terengganu yang juga Yang Dipertuan Agong,Sultan Mizan Zainal Abidin tidak berganjak dari pendirian baginda berhubung lantikan Menteri Besar Terengganu. Dalam perkembangan berkaitan Perdana Menteri memberitahu para wartawan selepas satu majlis di Kuala Lumpur pagi ini beliau akan menghadap Sultan Mizan Zainal Abidin untuk mencari penyelesaian keatas krisis itu.Agendadaily

    Selain dari itu, Mohd Said menyatakan kenyataan berikut di dalam wawancaranya pada media beberapa hari yang lepas.

    “Saya tidak pernah menderhaka terhadap Umno…saya telah berjuang dan bekerja dengan parti ini sejak bapa saya masih hidup lagi.”

    Persoalannya di sini adakah Ahmad Said sanggup korbankan kepercayaan Sultan kepada beliau demi menjadi BARUA pengganti untuk meneruskan kesinambungan pengkhianatan Abdullah Badawi ke atas rakyat Terengganu?

    Apa pilihan yang Abdullah ada kecuali memanafaatkan Ahmad Said memandangkan penolakan Sultan dan Rakyat Terengganu kepada pencalonan Idris Jusoh. Dollah tidak mempunyai pilihan kecuali menerima. Manakala kesetiaan Ahmad Said kepada UMNO masih utuh seperti Idris Jusoh juga, dan Abdullah masih Presiden UMNO yang perlu mereka ditaati.

    Rakyat dan Sultan Terengganu pun tiada pilihan. UMNO memegang majoriti 24 dari 32 kerusi Adun di Terengganu. Jawatan MB dari kalangan Adun UMNO adalah satu kemestian. Kemenangan UMNO adalah 2/3 dan ini membolehkan UMNO terus memonopoli sebarang keputusan kerajaan kelak. Kemungkinan ulang tayang sejarah penyelewengan UMNO di dalam pemberian projek di Terengganu bakal berlaku. UMNO kekal UMNO, satu parti yang dihuni oleh mereka yang sama kaedah dan etika pemerintahannya.

    Siapa kah yang bakal Ahmad Said ketemui di Putrajaya nanti selain dari Abdullah Badawi? Adakah Patrick Lim atau Vincent Tan? Adakah tawar menawar berlaku? Apa apa pun yang pasti rakyat Terengganu jangan terlalu gembira diatas kejatuhan Idris Jusoh sebagai MB, patah tumbuh, hilang berganti. Yang patah dan yang tumbuh adalah dari pokok yang sama, sama daun dan sama buahnya. Jangan sampai keluar mulut buaya, masuk pula mulut naga.

    Incoming search terms for the article: