Posts tagged "natang"

Sambutan besar-besaran ketibaan Agong di Terengganu

sultan mizan zainal abidin the new agong agung kingYang di-Pertuan Agong yang juga Sultan Terengganu akan berangkat pulang pagi Sabtu ini(esok). Kepulangan baginda menjadi tumpuan ekoran tercetusnya krisis pelantikan menteri besar Terengganu.

Baginda dijadual tiba jam 10 pagi dan akan disambut secara besar-besaran di Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Mahmud di Seberang Takir.

Sambutan tersebut akan dianjurkan oleh sekumpulan badan bukan kerajaan (NGO) sebagai mewakili rakyat negeri Terengganu.

Jurucakapnya, Fariz Musa berkata, kira-kira 10,000 orang dijangka berkumpul di lapangan tersebut sebagai tanda taat setia dan sokongan mereka kepada baginda sultan.

IzoBlog: Semua rakyat Terengganu dijemput hadir esok. Bukan Terengganu pun boleh juga kalau nak datang. Datang awal sikit. Kalau boleh pakai baju warna kuning sebagai tanda sokongan kita kepada Tuanku Sultan. Baju BERSIH pun tak per :D

2 comments - What do you think?

Roboh surau: Penduduk kesal pengerusi sendiri jadi dalang

KUALA LUMPUR, 28 Mac (Hrkh) - Penduduk Taman Sri Intan, Kajang membantah tindakan merobohkan surau Nur Al-Ihsan yang didakwa didalangi oleh Pengerusi surau itu sendiri.

Perkara ini ditegaskan oleh AJK penduduk Tahir Rahim, 43, ketika dalam pertemuan dengan Adun Bangi Dr Shafie Abu Bakar kelmarin yang melawat di tapak perobohan.

Dalam pertemuan itu, Tahir menjelaskan ahli jawatankuasa surau dan penduduk menentang perobohan itu memandangkan surau itu boleh digunakan dan dimanfaatkan oleh penduduk.

Menurut beliau, surau itu boleh digunakan untuk aktiviti penduduk termasuklah urusan kenduri kahwin, tempat penginapan sementara bagi musafir, kelas-kelas agama dan sebagainya.

Tegasnya, arahan untuk meroboh surau masih tidak terjawab apabila pengerusi surau terbabit Mustafa Sulaiman enggan menjelaskan siapa yang mengarahkannya bertindak sedemikian.

“Dalam mesyuarat persatuan penduduk, kesemua AJK penduduk menentang keras niat pengerusi surau untuk merobohkan surau, namun, pengerusi surau yang juga Naib Pengerusi penduduk tetap berkeras untuk terus merobohkan surau berkenaan, ” kata Tahir.

Ekoran daripada kes ini, Tahir bersama-sama dengan beberapa orang penduduk membuat laporan polis minggu lepas terhadap tindakan tidak bermoral Naib Pengerusi Penduduk yang juga AJK Jawatan Kuasa Kemajuan Kampung (JKKK) tersebut.

Menurut Tahir, alasan perobohan surau masih lagi kabur kerana setiap persoalan yang dikemukakan kepada AJK JKKK dalam mesyuarat sebelum perobohan itu masih tidak terjawab.

Tegasnya, pengerusi surau tersebut menyatakan kononnya Perbadanan Luar Bandar telah mengeluarkan perbelanjaan kepada persatuan penduduk untuk mendirikan Kemas sedangkan pengeluaran duit itu adalah untuk membaik pulih surau berkenaan.

Dalam lawatan tersebut, Dr Shafie berjanji akan mengkaji dan mengambil tindakan sewajarnya terhadap perkara yang berlaku.

Surau yang berusia hampir 14 tahun senantiasa digunakan penduduk untuk solat berjemaah bagaimanapun ia didakwa diroboh sendiri oleh pengerusinya hampir sebulan yang lalu dan hari ini hanya tinggal sisa-sisa runtuhan.

IzoBlog: Teknik yang sama, cuma diulang tayang balik jer. Mereka roboh dulu lepas tu masuk kat TV kata Barisan Rakyat/Alternatif yang buat. Lebih-lebih lagi Kuala Lumpur dimenangi oleh Barisan Rakyat.

Be the first to comment - What do you think?

« Previous PageNext Page »