Kerajaan telah meluluskan permohonan akhbar rasmi PAS, Harakah untuk diterbitkan dua kali seminggu, seperti sebelumnya.
Lembaga pengarah Harakah mengemukakan permohonan tersebut sejurus selepas pilihanraya umum 8 Mac lalu.
Ketua pengarangnya Ahmad Lutfi Othman mengesahkan pihaknya telah menerima surat kelulusan tersebut daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN) semalam.
Pada masa ini, Harakah diterbitkan dua kali sebulan, sejak tahun 2000.
Surat kelulusan dari KDN itu juga menyebut antara syaratnya ialah melaporkan aktiviti pertubuhan tersebut (parti PAS).
Mengenai tarikh pertukaran kekerapan penerbitan Harakah, Ahmad Lufti berkata, ia tidak dimaklumkan dalam surat tersebut.
Sebelum pilihanraya umum 8 Mac, jumlah edaran Harakah ialah kira-kira 140,000 naskhah.
“Selepas pilihanraya umum lalu, jumlah edarannya telah meningkatkan kepada 250,000 naskhah,” katanya.
Berita Selanjutnya
Peng’Komen’ Berani Mati