Logo Background RSS

» pilihanraya

  • Bila Umno dan BN terdesak
    March 1st, 2008 | 10 Komen10 Comments Comments

    Balik daripada sembahyang jenazah bersama Presiden PAS petang tadi, saya dapat dua surat. Surat pertama yang saya terima ialah surat penyata Kad Debit daripada Public Bank. Okeylah pasal surat tu memang tiap2 bulan dia hantar. Saya tertanya2 surat kedua itu daripada siapa. Sampulnya lain macam jer… Lalu saya bukanya. Tak sampai separuh dibuka saya ketawa kuat. Keluarga pun turut hairan. Surat apa tu yang kelakar sangat, tanya mereka. Lalu saya tunjukkan kepada diorang. Mereka tersenyum. Saya scan surat tersebut untuk dikongsi bersama pembaca blog. Nama dan alamat rumah tu saya blur kan. Nanti kalau peminat2 tahu susah . :D


    (more…)

  • TV3 lebih hebat dari RTM jadi jentera kempen BN
    March 1st, 2008 | Tiada Sebarang Komen Comments

    Umno mempergunakan polisUMUM telah tahu, RTM adalah talibarut BN yang sudah diperalatkan sepenuhnya oleh para pemimpinnya untuk kepentingan parti itu.

    Bukan sekadar di luar musim pilihan raya tetapi pada musim pilihan raya seperti sekarang, hampir sepenuh ruang digunakan untuk berkempen agar pengundi mengundi BN dalam pilihan raya ini.

    Pelbagai jenama prof kangkung, doktor kuchai dan sawi, pensyarah rojak pesembur dipungut ke dalam apa jua rancangan yang membolehkan mereka bercakap memperkatakan “kehebatan” Abdullah dan timbang berat sebelahnya – BN.

    TV3 sejak penamaan calon sudah mengejar RTM. Ia tidak mahu ketinggalan membodek tuannya BN, lalu menyediakan pelbagai rancangan untuk calon-calon mereka yang bertanding.

    Segmen “Lintas Langsung” dicelah Buletin Utama menyuluh kawasan-kawasan tertentu calon BN diselusuri wartawan upahannya untuk membuat liputan. Bertuahnya mereka, menentang parti alternatif dengan segala senjata dan nuklear.

    Tidak malukah BN berlawan dan bertarung dengan parti yang terikat tangannya ke belakang? Demi kuasa, pangkat dan hujungnya harta, mereka sanggup berbuat apa sahaja untuk menang.

    Parti alternatif ibarat Altantuya, yang dibunuh kemudian dibom hingga berkecai tubuhnya. Tiada peluang untuk melawan dan berlawan!

    Maruah diketepikan. Etika pilihan raya digam. SPR jadi polis mereka. Polis pula kini bodyguard tak rasmi. TV dan radio, jentera penerangan baru.

    Akhbar dan majalah, pusat promosi. Bangunan awam bilik gerakan mereka. Pegawai kerajaan, jadi budak suruhan. Semua tembelang ini diketahui umum, tapi SPR berpeluk tubuh. Polis bergoyang kaki.

    Pilihan raya apakah ini? Abdullah mencurah duit kosong melalui koridor, menteri sementara menabur janji. Malang sunggup pilihan raya 12 kali ini!

  • Siap sedia dengan rancangan jahat BN Terengganu
    March 1st, 2008 | Tiada Sebarang Komen Comments

    Samseng UMNO
    Desas-desus kedengaran sekarang ini Be End akan menang semua kerusi milik PAS samada di Kelantan ataupun Terengganu. Bermakna, kita bakal melihat bagaimana TGHH dan TGNA akan tewas secara penipuan halus Be End.

    Apa yang dilaporkan oleh SB Umno pro PAS dan BA, mereka berharap penyokong PAS jangan terkejut jika semua calon favourite PAS dan BA akan tewas dengan mudah di semua tempat, kerana perancangan jahat Be End sudah hampir tiba ke kemuncaknya.

    Para SB yang muak dengan Bos Gengster mereka itu mendedahkan bagaimana sekiranya perlawanan telus diadakan di Terengganu dan Kelantan, Rejim Dolah Badawi tetap akan gagal menguasai negeri majoriti penduduk Islam Melayu itu.

    Bahkan dengan semangat ukhwah ahli PAS serta BA dan sikap jelak mereka dengan penipuan golongan Umno dan Be End terhadap rakyat membuatkan mereka bersepakat menjatuhkan kerajaan sekular zalim itu.

    Namun hasrat itu mungkin tidak kesampaian berdasarkan usaha penipuan licik Be End ala Gestapo dan sebagaimana kita ketahui mereka yang dilatih oleh CIA itu akan menjalankan taktik hampir serupa dengan senario 2004 di mana seorang pengundi mereka akan menjalankan kerja memangkah undi untuk 3 atau empat tempat pembuangan undi di dalam satu-satu DUN.

    Bermakna walaupun semua ahli pembangkang dan golongan atas pagar turun memangkah PAS dan BA, mereka sudah membuat culaan bahawa mereka tetap akan menang dengan majoriti selesa.

    Oleh itu, kita sebagai hamba Allah yang amat lemah ini, marilah kita bersama-sama bermunajat kehadrat Ilahi agar diberikan ruang fdan petunjuk untuk menyekat usaha kotor mereka itu. Selain itu kita juga mestilah berdoa meminta Allah SWT menghancurkan golongan ini menjelang PRU 12 nanti.

    Semoga Allah SWT akan bersama golongan yang memperjuangkan agama-Nya di atas muka bumi ini dan akan menunjukkan jalan kemenangan kepada kita semua. Sesungguhnya kejahatan itu pasti akan menerima kehancuran.

    IzoBlog: Berita yang saya terima daripada seorang kawan. Kesahihannya saya pun tak pasti. Cuma sekadar mahu beringat, bersiap sedia dan berwaspadalah dengan tipu daya mereka.  Tak dinafikan memang wujud dan pihak JPN telah menguruskan IC mereka semua. Satu orang ada 4-5 IC untuk menggundi. Maka tak ada lagi undi hantu impot. BN akan guna undi hantu tempatan pula. Susah sikit untuk dikesan. Taktik yang hampir sama mereka gunakan 2004, yang mana Terengganu jatuh balik ke tangan BN dan Kelantan hampir2 jatuh ke tangan BN tetapi sempat membuat bantahan kepada SPR. Terengganu tak sempat. Mereka merancang dan Allah pun merancang. Sesungguhnya perancangan Allah lebih hebat lagi.

  • Koridor demi koridor hanya janji sahaja, kata Dr Mahathir
    March 1st, 2008 | Tiada Sebarang Komen Comments

    MahathirBekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed menyifatkan pelancaran koridor demi koridor yang yang dibuat oleh Barisan Nasional (BN) sebelum ini hanya bersifat janji semata-mata.

    “Tidak ada apa-apa yang berlaku di tempat berkenaan. Jumlah wang yang terlibat begitu hebat. Sehingga bertrilion ringgit dan akan menjadi kenyataan mungkin dalam masa 10 hingga 20 tahun lagi. Oleh itu, kesemuanya adalah janji. Sesiapa sahaja boleh berjanji,” katanya.

    Dalam temubual dengannya yang disiarkan oleh Today Online semalam, Dr Mahathirt juga berkata kad laporan yang dikemukakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi tidak melaporkan perkara-perkara yang negatif.

    “Sebagai contoh, kehilangan begitu banyak wang, prestij negara menurun dan hakikat bahawa ramai yang tidak dapat mencari kerja dan perniagaan di dalam negara ini. Mereka terpaksa pergi ke tempat lain,” kata bekas Perdana Menteri.

  • Masjid Kristal lambang kejatuhan BN di Terengganu
    March 1st, 2008 | 2 Komen2 Comments Comments

    Kemewahan serta pembaziran yang dilakukan oleh pemimpin kerajaan Barisan Nasional (BN) di Terengganu hari ini merupakan lambang kejatuhan.

    Pembinaan Masjid Kristal, pembinaan Taman Tamadun Islam (TTI) serta penganjuran Piala Monsun bernilai ratusan juta itu sebenarnya lambang bagi kejatuhan kerajaan Barisan Nasional di Terengganu.

    Naib Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu berkata pembinaan replika-replika di Taman Tamadun Islam (TTI) yang menelan belanja ratusan juta itu lambang kejatuhan kerajaan BN.

    “Taj Mahal antara benda ajaib di dunia lambang kejatuhan kerajaan Monghul di India dan Masjid Kristal juga lambang kejatuhan kerajaan BN di Terengganu,” ujarnya ketika berucap pada Majlis Ceramah Perdana Sempena PRU Ke-12, di Pengadang Baru, semalam.

    Katanya, kemewahan, pembaziran melampau yang dilakukan oleh pemimpin Umno/BN Terengganu wajar dihentikan segera oleh rakyat di negeri ini.

    Undi PasJusteru, beliau yang juga calon PAS bagi Parlimen Kuala Terengganu menggesa agar rakyat sendiri yang menghentikan pembaziran tersebut.

    Katanya, rakyat mempunyai kuasa dan rakyat menjadi ‘hakim’ yang akan digunakan pada 8 Mac 2008 ini.

    Menurutnya, pembangunan serta kemajuan negeri perlu tetapi pembangunan yang membazir dan tidak memberi faedah kepada rakyat perlu ditolak.

    Pada majlis tersebut turut berucap Mursyidul Am PAS, Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat, Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato’ Mustafa Ali serta calon-calon PAS yang bertanding di Dewan Undangan Negeri (Dun) Kuala Terengganu.