Bila Umno dan BN terdesak
Balik daripada sembahyang jenazah bersama Presiden PAS petang tadi, saya dapat dua surat. Surat pertama yang saya terima ialah surat penyata Kad Debit daripada Public Bank. Okeylah pasal surat tu memang tiap2 bulan dia hantar. Saya tertanya2 surat kedua itu daripada siapa. Sampulnya lain macam jer… Lalu saya bukanya. Tak sampai separuh dibuka saya ketawa kuat. Keluarga pun turut hairan. Surat apa tu yang kelakar sangat, tanya mereka. Lalu saya tunjukkan kepada diorang. Mereka tersenyum. Saya scan surat tersebut untuk dikongsi bersama pembaca blog. Nama dan alamat rumah tu saya blur kan. Nanti kalau peminat2 tahu susah . :D
TV3 lebih hebat dari RTM jadi jentera kempen BN
UMUM telah tahu, RTM adalah talibarut BN yang sudah diperalatkan sepenuhnya oleh para pemimpinnya untuk kepentingan parti itu.
Bukan sekadar di luar musim pilihan raya tetapi pada musim pilihan raya seperti sekarang, hampir sepenuh ruang digunakan untuk berkempen agar pengundi mengundi BN dalam pilihan raya ini.
Pelbagai jenama prof kangkung, doktor kuchai dan sawi, pensyarah rojak pesembur dipungut ke dalam apa jua rancangan yang membolehkan mereka bercakap memperkatakan “kehebatan” Abdullah dan timbang berat sebelahnya – BN.
TV3 sejak penamaan calon sudah mengejar RTM. Ia tidak mahu ketinggalan membodek tuannya BN, lalu menyediakan pelbagai rancangan untuk calon-calon mereka yang bertanding.
Segmen “Lintas Langsung” dicelah Buletin Utama menyuluh kawasan-kawasan tertentu calon BN diselusuri wartawan upahannya untuk membuat liputan. Bertuahnya mereka, menentang parti alternatif dengan segala senjata dan nuklear.
Tidak malukah BN berlawan dan bertarung dengan parti yang terikat tangannya ke belakang? Demi kuasa, pangkat dan hujungnya harta, mereka sanggup berbuat apa sahaja untuk menang.
Parti alternatif ibarat Altantuya, yang dibunuh kemudian dibom hingga berkecai tubuhnya. Tiada peluang untuk melawan dan berlawan!
Maruah diketepikan. Etika pilihan raya digam. SPR jadi polis mereka. Polis pula kini bodyguard tak rasmi. TV dan radio, jentera penerangan baru.
Akhbar dan majalah, pusat promosi. Bangunan awam bilik gerakan mereka. Pegawai kerajaan, jadi budak suruhan. Semua tembelang ini diketahui umum, tapi SPR berpeluk tubuh. Polis bergoyang kaki.
Pilihan raya apakah ini? Abdullah mencurah duit kosong melalui koridor, menteri sementara menabur janji. Malang sunggup pilihan raya 12 kali ini!

