Masjid Kristal lambang kejatuhan BN di Terengganu
Kemewahan serta pembaziran yang dilakukan oleh pemimpin kerajaan Barisan Nasional (BN) di Terengganu hari ini merupakan lambang kejatuhan.
Pembinaan Masjid Kristal, pembinaan Taman Tamadun Islam (TTI) serta penganjuran Piala Monsun bernilai ratusan juta itu sebenarnya lambang bagi kejatuhan kerajaan Barisan Nasional di Terengganu.
Naib Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu berkata pembinaan replika-replika di Taman Tamadun Islam (TTI) yang menelan belanja ratusan juta itu lambang kejatuhan kerajaan BN.
“Taj Mahal antara benda ajaib di dunia lambang kejatuhan kerajaan Monghul di India dan Masjid Kristal juga lambang kejatuhan kerajaan BN di Terengganu,” ujarnya ketika berucap pada Majlis Ceramah Perdana Sempena PRU Ke-12, di Pengadang Baru, semalam.
Katanya, kemewahan, pembaziran melampau yang dilakukan oleh pemimpin Umno/BN Terengganu wajar dihentikan segera oleh rakyat di negeri ini.
Justeru, beliau yang juga calon PAS bagi Parlimen Kuala Terengganu menggesa agar rakyat sendiri yang menghentikan pembaziran tersebut.
Katanya, rakyat mempunyai kuasa dan rakyat menjadi ‘hakim’ yang akan digunakan pada 8 Mac 2008 ini.
Menurutnya, pembangunan serta kemajuan negeri perlu tetapi pembangunan yang membazir dan tidak memberi faedah kepada rakyat perlu ditolak.
Pada majlis tersebut turut berucap Mursyidul Am PAS, Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat, Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato’ Mustafa Ali serta calon-calon PAS yang bertanding di Dewan Undangan Negeri (Dun) Kuala Terengganu.
Poster: Vote BA
Copy code di bawah dan masukkan di blog atau website anda. Anda juga boleh jugak memasukkannya di dalam Friendster, Myspace, Hi5 dll. Berilah sokongan setakat yang anda mampu. Ubah sebelum parah!
