Salam Kamunting,
Kali pertama saya menjabat tangan saudara Ezam Mohd Nor adalah di Kem Kamunting. Seusai saya melangkah keluar dari bilik khas tempat saya menziarahi kekanda saya, Ustaz Nik Adli di kem neraka ciptaan UMNO itu, saya terserempak dengan satu wajah yang begitu mudah dicam melalui perkenalan saya lewat akhbar dan majalah.
Beliau bersama seorang lagi tahanan yang saya agak keliru juga pada mulanya. Seorang lelaki dengan rambut yang mengurai panjang macam jenis sosialis macam Hisyamudin Rais, tapi rapi dengan wajah tampak begitu bersih dan tenang macam islamis macam budak ‘usrah’. Sebaik mengecapi suasana gembira pertemuan singkat luar jangka itu, saya mengambil masa beberapa minit di luar kem untuk mengingati bahawa lelaki itu adalah YB Tuan Haji Saari Sungib, tokoh hebat yang hentian akhir perjalanan dakwahnya adalah sebagai aktivis PAS yang cukup unik dan multazim.
Saya bayangkan itu adalah kemuncak ‘pencarian’ beliau dan saya meyakini pilihannya itu adalah tepat dan berpetunjuk. Saya suka untuk bersama – sama menumpang orang – orang hebat sepertinya.
Adapun saudara Ezam, perjalanannya tampak belum berhenti. Dari sirah dan umur perjuangannya sekitar 10 tahun ini, beliau telah memilih untuk balik asal. Kini beliau kembali kepada UMNO.
Samada Tuan Haji Saari Sungib tak sempat khatamkan untuknya siri buku ‘Risalah Usrah’nya itu di kem neraka tersebut, ataupun memang saudara Ezam tak dapat mengukur ketinggian nilai persahabatannya dengan abangnya itu, kedua – duanya bagi saya adalah betul belaka.
Saya tak kenal Ezam. Saya mengenali dan mengaguminya daripada jauh. Kiranya, saya kurang layak untuk menulis mengenainya hari ini. Saya pendekkan, moga saya tidak tersasar pula selepas dia yang telah pun tersasar.
Yang terakhir saya diberitakan pasal Ezam adalah selepas pilihan raya umum ke 12 baru – baru ini. Saya rasa ia tepat dengan tindakan Ezam hari ini. Dulu, Ezam melakukan sesuatu yang terpuji pada anggapan pencinta keadilan dan pembenci kezaliman. Hari ini, ketika beliau sudah diangap berpaling tadah, saya masih mengharapkan tiada apa yang runtuh daripada amal baiknya dulu.
Tetapi itu hanya Allah yang maha tahu. Maka saya menyendiri dan kaku sekali untuk menempelak dan mencercnya. Moga rahmat Allah terus mengekori pergerakan Ezam dalam UMNO. Dia budak baik, bagi saya.
Ezam, walaupun memberitahu bahawa sebab beliau kembali kepada UMNO adalah kerana inisiatif ‘islah’ Pak Lah membaiki negara yang nampak betul -betul dan tak berlakon lagi, tetapi saya fikir itu bukanlah sebab utamanya. Ya, ia sebab tapi ia bukan sebab utama.
Saya gagal membayangkan betapa orang yang bersungguh – sungguh menggerakkan GERAK memerangi rasuah yang menjadi musuh utama negara itu begitu mudah menerima pembaikian dan reformasi yang Pak Lah lakukan selepas pilihan raya baru – baru ini. Ia hanyalah pengumuman pembentukan yang belum pun dilihat hasil dan sudahnya. Ezam sudah masak untuk cukup memahami apa itu janji – janji UMNO.
Bagaimana dibayangkan keberanian Ezam merempuh segala caci maki, kata nista, celaan dan cercaan pemuji dan pemujanya dahulu yang menghujaninya sepanjang penyeberangannya kembali kepada UMNO itu adalah semata – mata kerana kata janji Pak Lah yang tak terbukti pun lagi itu? Sukar saya membayangkan logik tindakan Ezam itu.
Kerana itu saya hanya merasa tenang dengan sebab yang lain daripada apa yang Ezam isytiharkan.
(more…)
Incoming search terms for the article:
Peng’Komen’ Berani Mati