Posts tagged "PKR"

Yang tersirat disebalik majlis mengangkat sumpah

Ada saper2 tgk majlis mengangkat sumpah di Istana Negara siang(pagi) tadi? Semasa Abdullah Badawi mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri pagi tadi, saya tengok lain macam jer muka Yang DiPertuan Agong. Saya tak berkesempatan melihat siaran lansung, cuma sempat mengikutinya di dalam berita siang tadi. Ayah saya yang mengikuti siaran lansung tersebut memberitahu saya, semasa Abdullah Badawi habis mengangkat sumpah dan hendak bersalam dengan Tuanku, Tuanku buat cam tak layan jer. Tapi masa saya tengok berita tu dia ‘cut’ selepas jer Abdullah Badawi mengangkat sumpah. Hampeh!! Memang dalam berita pun lain macam je muka Tuanku, masam cattung kata orang Ganu :D

Di Terengganu lain pula ceritanya. Upacara mengangkat sumpah petang tadi terpaksa ditangguh. Mengikut utusan Melayu upacara itu terpaksa ditunda pada saat-saat akhir kerana Menteri Besar Datuk Seri Idris Jusoh masih berada di Kuala Lumpur. Hairan juga yer. Takkan tiba2 ditunda majlis rasmi seperti itu. Sedangkan calon2 sudah dimaklumkan terlebih dahulu. Sumber rapat(orang SUK kerajaan) memberitahu, Idris terpaksa akur kehendak Pemangku Sultan yang tidak menerima mengadap disebabkan calon MB Terengganu adalah beliau sendiri, sedangkan pihak Istana tidak mahukan beliau menduduki kerusi tersebut. Oleh itu, selepas dua kali memohon mengadap ditolak, Idris juga diwartakan akan menggunakan kuasa PM, Abdullah Badawi untuk menyelesaikan kes tersebut. Jika benar berita ini, bermakna bukan sahaja rakyat yang menolak Idris di Terengganu, malah pihak Istana sendiri sudah bosan dengan gelagatnya yang dikatakan antara MB paling teruk di Malaysia.

2 comments - What do you think?

Ahli Parlimen BN akan lompat ke Barisan Rakyat?

You need to a flashplayer enabled browser to view this YouTube video

Seperti yang dilaporkan oleh YB ZULKIFLI NOORDIN

Be the first to comment - What do you think?

« Previous PageNext Page »