Posts tagged "Ramlang Porigi"

Imam saksi sumpah Saiful mohon maaf depan Tuan Guru Nik Aziz

Penjelasan daripada Imam Ramlang PorigiTERKINI! PERMATANG PAUH, 25 Ogos (Hrkh) – Imam Masjid Wilayah Persekutuan, Ramlang Porigi memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia kerana kehadirannya secara tidak sengaja dalam majlis sumpah Saiful Bukhari Azlan 15 Ogos lepas menimbulkan banyak fitnah.

Katanya, beliau langsung tidak terbabit dengan pengaturan sumpah tersebut, sebaliknya diajak menghadiri suatu majlis yang telah diaturkan pihak tertentu secara tidak dirancang.

Beliau yang dijemput memberikan penerangan sempena Solat Hajat Perdana bersama Menteri Besar Kelantan, Dato’ Nik Aziz Nik Mat di Masjid Bandar Perda malam tadi mendedahkan, kehadiran beliau di situ secara kebetulan menikahkan orang bukanya mengatur program jahat tersebut.

“Saya bukan Imam besar di situ saya cuma imam biasa sahaja. Imam besarnya ialah Haji Abdul Malek Saleh. Di televisyen mengatakan saya Iman Besar di situ salah sama sekali kerana kehadiran saya di situ untuk menikahkan pasangan pengantin.

Bila sudah upacara angat nikah tiba-tiba saya diajak ke program sumpah Saiful untuk menjadi saksi mendengar jika sekiranya tersilap perkataan terutamanya kalimah bahasa Arab, ” ujarnya di hadapan ribuan jemaah.

Menurutnya, pada pukul 6.05 petang semasa menunggu tiba-tiba Saiful datang dengan beberapa orang dan terus membaca sumpah laknatnya.

Semasa membaca lafaz sumpah itu beliau beberapa kali tersalah lafazkanya termasuk tarikh kejadian.

Beliau juga hairan kenapa tiba-tiba sahaja Saiful bersumpah sedangkan lafaz sumpah sepatutnya diadakah oleh kedua-dua pihak terutamanya orang yang kena tuduh bukan yang menuduh.

“Sepatutnya sebarang program yang bakal di adakan di masjid ini mesti mendapat kebenaran dulu daripada saya atau pegawai masjid yang lain, Bukan boleh buat program sewenang-wenangnya, ” katanya.

Munajat AnwarJelas beliau lagi, jika difikirkan dengan keadaan umur dan fizikal Anwar mustahil beliau boleh lakukan perbuatan terkutuk itu kerana ia memerlukan kekuatan tambahan kejadian itu berlaku bukan suka sama suka.

Beliau juga memohon maaf kepada semua rakyat Malaysia kerana hadir dalam program berkenaan dan berharap pengakuannya malam ini mengakhiri tangapan buruk terhadapnya sepertimana yang tersiar dalam media dan internet.

Beliau juga berpendapat bahawa sumpah laknat yang dilafazkan oleh Saiful Bukhari Azlan merupakan sumpah laknat untuk dirinya sendiri, bukan untuk Anwar Ibrahim.

Solat hajat perdana itu diimamkan oleh Tuan Guru Haji Saleh dari Sik, Kedah manakala hadir memberikan ucapan ringkas ialah bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Dato Mohd HashimYahya, Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Ustaz Mohd Daud Iraqi, Timbalan Ketua MenteriPulau Pinang, Mohamad Fairus Khairudin dan Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato’ Nik Aziz Nik Mat.

1 comment - What do you think?

GEMPAR!!! Pengakuan Imam Sumpah Ramlang Porigi

You need to a flashplayer enabled browser to view this YouTube video
Ramlang Porigi, imam yang menjadi saksi Mohd Saiful Bukhari Azlan bersumpah mubahalah di Masjid Wilayah Persekutuan 15 Ogos lalu, muncul untuk memberi penjelasan kritikan orang ramai terhadap dirinya. Ya…Imam Ramlang Porigi tidak bersalah. Beliau “teraniaya” dengan mainan politik bankrup Umno. Hanya kerana beliau duduk di sebelah Saiful dan membetulkan kalimah sumpah “LAKNAT” itu, maka orang ramai menuduhnya bersubahat dalam sumpah laknat tersebut. Apa pun saya salute pada imam ini ialah sifat “Berani kerana benar”. Mungkin selepas daripada pengakuan ini akan ada ugutan/tentangan daripada Umno terhadap beliau. Semoga Allah merahmati beliau. Kita berharap agar seluruh Imam-imam, ustaz-ustaz dan ulama-ulama yang masih dibawah telunjuk UMNO bangkit menentang kezaliman! Bangkit menegakkan kebenaran!

Lagi video berkaitan:
PANAS-IMAM Masjid Wilayah Persekutuan, Ramlang Porigi
Pengakuan RAMLANG PORIGI Di Permatang Pauh
Ramlang Porigi Berkempen Utk Anwar
Imam naik pentas PKR, dakwa diarah hadir sumpah Saiful

16 comments - What do you think?