Posts tagged "saiful bukhari"

GEMPAR!!! Pengakuan Imam Sumpah Ramlang Porigi

You need to a flashplayer enabled browser to view this YouTube video
Ramlang Porigi, imam yang menjadi saksi Mohd Saiful Bukhari Azlan bersumpah mubahalah di Masjid Wilayah Persekutuan 15 Ogos lalu, muncul untuk memberi penjelasan kritikan orang ramai terhadap dirinya. Ya…Imam Ramlang Porigi tidak bersalah. Beliau “teraniaya” dengan mainan politik bankrup Umno. Hanya kerana beliau duduk di sebelah Saiful dan membetulkan kalimah sumpah “LAKNAT” itu, maka orang ramai menuduhnya bersubahat dalam sumpah laknat tersebut. Apa pun saya salute pada imam ini ialah sifat “Berani kerana benar”. Mungkin selepas daripada pengakuan ini akan ada ugutan/tentangan daripada Umno terhadap beliau. Semoga Allah merahmati beliau. Kita berharap agar seluruh Imam-imam, ustaz-ustaz dan ulama-ulama yang masih dibawah telunjuk UMNO bangkit menentang kezaliman! Bangkit menegakkan kebenaran!

Lagi video berkaitan:
PANAS-IMAM Masjid Wilayah Persekutuan, Ramlang Porigi
Pengakuan RAMLANG PORIGI Di Permatang Pauh
Ramlang Porigi Berkempen Utk Anwar
Imam naik pentas PKR, dakwa diarah hadir sumpah Saiful

16 comments - What do you think?

Lafaz Sumpah Saiful Bukhari. Anda percaya?

You need to a flashplayer enabled browser to view this YouTube video
Link berkaitan: http://www.youtube.com/watch?v=_DcKdfmVOio

Ada beberapa perkara yang nampak pelik pada pandangan mata saya.

1- Silap sebut tarikh diliwat. Kalau orang tu betul-betul diliwat tentu dia tidak akan dapat melupakan saat-saat tragedi hitam tersebut berlaku. Mungkin menjadi satu trauma buat dirinya. Berlainan dengan Saiful…mukanya nampak rileks jer dan yang tidak sanggup dilihat(mungkin juga melucukan) dia sempat lagi silap sebut tarikh. Kenapa boleh silap sebut tarikh meliwat jadi tarikh mengundi 26-8 ?

2- Mengapa tidak bersumpah semasa membuat laporan polis. Mengapa perlu tunggu sehingga penamaan calon di dalam pilihnraya kecil baru hendak bersumpah?

3-  Sumpah dia seolah-olah baca skrip jer. Sumpah biarlah lahir dari hati, bukannya baca skrip. Ini tidak. Cara dia buat sumpah itu seolah-olah skrip pembaca berita TV3.

4- Ada ke perlu time sumpah tu sebut nombor I/C? First time dengar nie.

5-  Tuduhan semasa dibacakan di mahkamah kata suka sama suka. Semasa bersumpah kata dipaksa. Kalau mahkamah dapati ada kes antara keduanya dan DSAI disabitkan kesalahan, maka hukum kedua-duanya. Ini tidak…Saiful cakap dia dipaksa, mahkamah cakap dia suka sama suka.. mana satu yang betul?

Sumber-sumber yang berkaitan:
Sumpah Saiful tindakan bodoh
Sumpah Saiful: Mengapa di saat Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh?

Syarat-Syarat Mubahalah
(Disusun oleh al-Syeikh Ibrahim bin Soleh al-Humaidhi (Kuliah Syariah dan Usul al-Din di al-Qasim) dalam tulisannya bertajuk Hakikat Mubahalah menyebut 5 syarat yang perlu dipenuhi sebelum sesuatu mubahalah dilaksanakan.)

1. Mengikhlaskan niat kerana Allah S.W.T. tidak boleh tujuan mubahalah ini dilakukan kerana hendakkan kemenangan dan memuaskan hawa nafsu. Sebaliknya ia dilakukan bagi tujuan menegakkan kebenaran, membela orang yang berada di atas kebenaran, menzahirkan kebenaran dan berdakwah kepada Allah

2. Berilmu. Mubahalah hendaklah dilakukan setelah adanya penjelasan dan dailog.

3. Orang yang menuntut Mubahalah itu terdiri dari orang soleh dan takwa.

4. Dilakukan selepas tertegaknya hujjah dan menzahirkan kebenaran dengan bukti-bukti yang jelas.

5. Mubahalah itu dilakukan dalam perkara yang penting dari urusan agama, diharapkan dengan terlaksananya mubahalah tersebut terhasilnya maslahah kepada Islam dan Umat Islam, atau bagi menolak mafsadah.

14 comments - What do you think?