Logo Background RSS

» savvy

  • Jualan kereta PROTON murah. 3 bulan kerja, boleh beli Cash!!!
    December 21st, 2008 | 16 Komen16 Comments Comments

    Proton Gen2

    MURAH di UK laa..di sini(Malaysia) tidak. hehe..

    Sila Compare harga PROTON 2nd hand 2004-2007 antara UK dan Malaysia. hehe.

    Ini adalah utk rakyat UK
    Gaji Pegawai Awam biasa UK = 2,400++ pound sterling

    Harga Proton Savvy …. ……… 5,000 pound only
    Harga Proton Satria Neo …….. 3,500 pound only
    Harga Proton GEN-2 ………….. 5,700 pound only

    QUALITY: Very Quality, tahan lasak, body-baik-punya, enjin full spec, injection lagi. Jimat minyak, bunyi tak bising.

    sumber harga:
    http://www.savemoneyoncars.co.uk/cheap_new_cars_display/Proton/

    Ini adalah utk rakyat Malaysia
    Gaji pegawai Awam Biasa M’sia = RM2,200 ++

    Savvy (2007) …….. RM 32,000 ++
    Gen-2 (2007) ……..RM 44,000 ++
    Satria-Neo (2007) .. RM 46,000 ++

    sumber harga:
    http://www.hasrul.net/lain-lain/senarai-harga-proton/ (susut nilai sila kira sendiri)

    Rasanya semua sedia maklum kualiti kereta Proton di Malaysia = mahal nak mampus+body kualiti tin-biskut aje+tahap keselamatan yang rendah.

    Harga kereta di Malaysia sangat mahal jika compared relatively dengan purata gaji pegawai awam di Malaysia. (sebagai benchmarks la..)

    TETAPI

    Kerajaan Malaysia tidak bagi alternatif untuk rakyat Malaysia kerana KERAJAAN SEHINGGA KE HARI ini GAGAL untuk MENYEDIAKAN SISTEM Transport-Awam Yang Efektif. (Tidak seperti UK, di UK bas akan tiba pada setiap 5-minit di kawasan Suburban)

    Rakyat Malaysia TIDAK-ADA PILIHAN TERPAKSA MEMBELI KERETA-PROTON yang agak rendah mutunya DENGAN HARGA yang mahal.
    Akibatnya, Rakyat Malaysia terpaksa BERHUTANG sehingga mati….

    Pada Masa yang sama, KERAJAAN MALAYSIA

    1. Menaikkan harga Petrol Mendadak dengan Harga luarbiasa semasa rega minyak dunia per-barrel naik.

    2. Menyediakan lebuh-lebuhraya bertol..

    MAKA Rakyat Malaysia beratus-ratus kali-ganda rugi….

    Aduhai…malangnya rakyat Malaysia. :(

  • 34,000 Savvy ditarik dari pasaran
    April 1st, 2008 | Tiada Sebarang Komen Comments

    Proton SavvyProton menarik semula kereta Savvy dari pasaran untuk membuat pemeriksaan kemungkinan masalah galas roda belakang yang dimasuki air yang boleh menyebabkan komponen terbabit rosak.

    “Keselamatan dan kepuasan pelanggan menjadi keutamaan utama kami. Sebagai langkah berjaga-jaga, kami menarik balik semua Savvy untuk diperiksa dan dibaiki. Kami memohon maaf kepada semua pemilik Savvy di atas segala kesulitan yang berlaku” katanya.

    Perkara itu diumumkan oleh Pengarah Urusannya Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir dalam satu kenyataan hari ini, demikian menurut Bernama.

    Penarikan balik itu akan melibatkan 34,000 kereta Savvy dan Proton akan menjalankan pemeriksaan yang perlu dan membuat penggantian tanpa sebarang kos kepada pelanggan.

    Proton berkata semua pemilik Savvy dinasihatkan membawa kereta mereka ke cawangan servis Proton Edar atau EON yang terdekat untuk pemeriksaan.

    “Penarikan semula ini semata-mata langkah berjaga-jaga kerana keselesaan dan keselamatan pelanggan merupakan keutamaan utama Proton,” kata Proton.

    Pelanggan disaran menghubungi dengan segera cawangan servis berdekatan bagi temu janji untuk pemeriksaan kereta mereka. Selain itu mereka juga boleh menghubungi Proton i-Care di talian 1-300-880-888.