Posts tagged "Sini"

Apa sudah jadi dengan Friendster?


Sejak dua hari yang lepas salah satu website aku mengalami kejatuhan visitor yang teruk. Kebanyakkan traffic ke website tersebut majoritinya datang daripada Friendster. Hari ini aku terbaca di forum Wangcyber ada seorang member di sana yang post thread berkenaan problem friendster. Dia cakap kebanyakkan friends yang dia add semuanya hilang! Rupanya ada jugak yang tension. :D Aku nak tulis panjang-panjang pun tak tahu sangat coz aku sudah delete account friendster aku sebelum ini. Aku cuba search dekat internet; rupa-rupanya ramai lagi yang tertanya-tanya apa sudah jadi dengan account friendster mereka dan kebanyakkan daripadanya hilang ramai kawan.

Akhirnya aku terjumpa satu berita yang mungkin boleh merungkaikan semua pertanyaan tersebut. Apa masalahnya? Masalahnya ialah  Datacenter outage di Sunnyvale yang menyebabkan Friendster down.

Anda boleh baca rujuk lebih lanjut di sini:

What happen to Friendster?
Datacenter outage in Sunnyvale brings down Friendster

Mungkin dalam masa terdekat ini technician mereka sedang bertungkus-lumus membaikpulih server mereka. So, harap dapat bersabar yer!

Update daripada Friendster Team ! 

We’re aware of the problem that some users are having with missing friends. We experienced a major power outage the other day, that we’re still recovering from.

We are actively working on resolving the problem with missing friends. Rest assured that no friends have actually been lost — even though it may appear so on the website! The problem should be fixed within the next 24 hours. We apologize for this inconvenience.

Friendster Team

24 comments - What do you think?

Font, Perisian Dan Kemudahan Tulisan Jawi

Bermula dari era penjajahan Barat, orang-orang Melayu di Nusantara mula meninggalkan tulisan Jawi, iaitu tulisan khas yang dicipta oleh bijakpandai Melayu silam setelah berkembangnya Islam di Nusantara. Tulisan ini amat mirip dengan tulisan Arab cuma bezanya, tulisan Arab menggunakan 28 huruf sedangkan tulisan Jawi mempunyai huruf-huruf tambahan iaitu: Pe, Nge, Ce, Ge, Nye, De dan terbaru Ve.
Huruf De jarang ditemui ianya dituliskan, tapi ianya wujud dan rupanya ialah seperti huruf Dal dengan tiga titik di atasnya. Di zaman dahulu, jika mahu mengeja PADA maka dieja dengan Pe dan De, barulah berbunyi Pada (hujungnya itu berbunyi e), dan tidak dieja dengan Fa dan Dal kerana ini akan berbunyi Fada. Mungkin timbul kesulitan dalam menulis dan mengatur huruf menyebabkan Fa digunakan bagi menggantikan Pe, begitu juga Dal digunakan bagi menggantikan De.
Jika anda ingin menukar tulisan rumi ke jawi dengan cepat, anda boleh gunakan kemudahan yang disediakan oleh laman web ini: http://www.ejawi.net/converter.php

Tapi mungkin anda perlu menulis banyak tulisan jawi. Masalahnya ialah bila mahu menaip huruf jawi. Pemproses perkataan rumi akan menuliskan dari kiri ke kanan sedangkan tulisan jawi adalah dari kanan ke kiri. Ada satu perisian percuma yang boleh membantu anda menulis jawi dengan mudah dan cepat iaitu Jawi Multi-Key. Anda bolehlah muat-turun perisian itu dengan klik di sini kemudian sila pasang (install) di komputer anda.
Bagi menggunakan perisian Jawi Multi-Key, terdapat satu fail panduan yang boleh anda baca. Sila klik di sini untuk muat-turun.
Terdapat juga koleksi font jawi untuk dipasang (install) di komputer anda. Muat-turun fail zip ini, unzip dan kemudian salin (copy) semua font ini ke folder Windows/fonts. Jika anda tidak faham bagaimana melakukannya, minta bantuan dari kawan-kawan.
Semoga artikel ini bermanfaat.
Wallahua’lam.

22 comments - What do you think?