Posts tagged "spr"

Video Panas: Cadang Anwar Masuk UMNO

You need to a flashplayer enabled browser to view this YouTube video

Ketua Pemuda dari cawangan Parit 8, Sekinchan telah mencadangkan pelawaan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk dimasukkan semula pada barisan pemimpin Umno pada forum Pasca Pilihanraya Umum ke12 kelolaan MYKMU.Net. Akibat dari cadangan tersebut telah menyebabkan kemarahan dari penyokong-penyokong Umno. Ketua pemuda tersebut telah diarahkan keluar dari dewan.

Antara komen visitor salah satu forum:

4theKids:
Appelah punye persatuan…
Orang tu baru nak tanya soalan…
Kenapa sampai mengeluarkan kata2 kesat macam bastard, ***** u, etc…
Tak gentleman langsung…memalukan.. tapi orang2 ameno mana tau malu pun…
Aku suggest anak muda tu masuk PKR je lah

By the way, kejadian tu berlaku di Forum UMNO Pasca-Pilihan Raya Umum Ke-12 anjuran sebuah laman web pro- Tok det menurut utusan meloya.

angahcipoi:
Bagi aku apa salah nya mamat ni nak bagi cadangan atau bertanya pada yang mengendalikan forum.Yang juak2 Mahathir takut sangat dengar nama Anwar Ibrahim tu apasal.Takut Mahathir demam sejuk kot.Itu lah sebabnya bagi aku Mahathir ni cakap banyak aje.Cakap boleh la.Masa dia jadi PM apa yang dia tak buat lebih zalim dia lagi dari pemimpin2 UMNO yang sebelum dan selepasnya.
Mahathir dan UMNO bagi aku tak lebih dari pengkhianat bangsa Melayu dan ugama Islam.Aku tahu lah sebab aku pernah jadi ahli dan AJK UMNO suatu masa dahulu.BYE-BYE UMNO/BN.DULU UMNO,TAHUN 97 MASUK PAS.Untuk mamat yang kena halau keluar tu nasihat aku ialah ikut lah jejak langkah aku masuk PAS.Insyallah tak ada siapa nak halau kau keluar,sebab PAS mengamalkan sikap terbuka dan demokrasi.Takbir….

madjumas:
……AKU PUJI DAN BANGGA DRNGAN MAMAT NI…….

……DIA BERANI DAN TAHU HAK DIA…..DIA BOLEH BERFIKIR JAUH…….

……DIA RAKYAT MALAYSIA YANG ADA AKAL!!!!!…..

Tapi dia tersilap masuk kandang!!!!! Dia tak perasan rupanya tu KANDANG BERUK!!!!….. Ada pulak ketua beruk kat situ….Memang mampus lah mamat tu dikerjakan!!!!

Tapi tak apa!!! sekurang2nya dia dah dapat sebut nama DSAI disitu..
Ada impaknya!!!!. Itu lah gelagat beruk2 tu DULU KINI DAN SELAMANYA!!!

SABAS MAMAT!!! KALAU ANDA SEORANG PEJUANG KEBENARAN!! JANGAN SIA2KAN MASA DAN USIA ANDA TINGGAL DAN BERGELUMANG DI REBAN BERUK!!!!…. TUKAR KANDANG DAN MASUKLAH KE MAHLIGAI BR!!!…. Inilah tempatnya untuk menyatakan kebenaran!!! Pasti kamu tidak dilayan seperti BERUK2…

…………..HIDUP MAMAT!!!!!!…..LUPAKAN SAJA BERUK2 TU!!

………………………..TAKBIR!!!!! ………ALLAHUAKBAR!!!!!!!!!!.

wanzdaj:
Apa yg aku nak tegur bknnya soalan/cadangan yg dikemukakan oleh Pemuda Umno tersebut tetapi nak sentuh SITUASI & KEADAAN dlm dewan tersebut & jugak layanan pd pencadang tersebut. Nampak sgt dlm UMNO xde sifat keterbukaan/demokrasi dlm mendengar luahan/pendapat org. Berlagak mcm Tuhan! Sifat BONGKAK,EGO & BODOS PENYOKONG2 UMNO yg bila masa mdengar nama Anwar je terus jd gila & fobia sampai pencadang tersebut terpaksa ditarik leher & dihalau keluar. Sifat BONGKAK, EGO & BERLAGAK BAGUS mcm tu lah yg memakan diri sendiri!

IzoBlog: Inilah sikap & pemikiran sebenar ahli UMNO, masih jumud dan beku! Apa pula komen anda?

5 comments - What do you think?

Video sambutan luarbiasa terhadapTuanku

You need to a flashplayer enabled browser to view this YouTube video

You need to a flashplayer enabled browser to view this YouTube video

Syabas rakyat Terengganu di atas sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada YDPA Tuanku Mizan…. Setinggi-tinggi Kasih saya junjung ke bawah DYMM YDPA Tuanku Mizan kerana berpegang pada prinsip dan tidak akur pada tekanan BN. Daulat Tuanku!! Tuanku dan rakyat ibarat aur dengan tebing saling perlu memerlukan, saling kasih mengasihi antara satu sama lain… di harap kebijaksanaan dan kasih Tuanku dicontohi oleh Institusi Di Raja yang lain… Dengarlah sama rintihan rakyat…

IzoBlog: Tuanku begitu terharu dengan sambutan dan sokongan ribuan rakyat Terengganu. Dianggarkan lebih kurang 10,000 orang berhimpun memberi sokongan kepada Tuanku. Ambe hairan…camne sebelum ni Rosol Wahid dan Dolah Badawi boleh cakap rakyat Terengganu tetap terus memberi sokongan kepada Derih Jusoh.

Be the first to comment - What do you think?

Next Page »