Roboh surau: Penduduk kesal pengerusi sendiri jadi dalang
KUALA LUMPUR, 28 Mac (Hrkh) - Penduduk Taman Sri Intan, Kajang membantah tindakan merobohkan surau Nur Al-Ihsan yang didakwa didalangi oleh Pengerusi surau itu sendiri.
Perkara ini ditegaskan oleh AJK penduduk Tahir Rahim, 43, ketika dalam pertemuan dengan Adun Bangi Dr Shafie Abu Bakar kelmarin yang melawat di tapak perobohan.
Dalam pertemuan itu, Tahir menjelaskan ahli jawatankuasa surau dan penduduk menentang perobohan itu memandangkan surau itu boleh digunakan dan dimanfaatkan oleh penduduk.
Menurut beliau, surau itu boleh digunakan untuk aktiviti penduduk termasuklah urusan kenduri kahwin, tempat penginapan sementara bagi musafir, kelas-kelas agama dan sebagainya.
Tegasnya, arahan untuk meroboh surau masih tidak terjawab apabila pengerusi surau terbabit Mustafa Sulaiman enggan menjelaskan siapa yang mengarahkannya bertindak sedemikian.
“Dalam mesyuarat persatuan penduduk, kesemua AJK penduduk menentang keras niat pengerusi surau untuk merobohkan surau, namun, pengerusi surau yang juga Naib Pengerusi penduduk tetap berkeras untuk terus merobohkan surau berkenaan, ” kata Tahir.
Ekoran daripada kes ini, Tahir bersama-sama dengan beberapa orang penduduk membuat laporan polis minggu lepas terhadap tindakan tidak bermoral Naib Pengerusi Penduduk yang juga AJK Jawatan Kuasa Kemajuan Kampung (JKKK) tersebut.
Menurut Tahir, alasan perobohan surau masih lagi kabur kerana setiap persoalan yang dikemukakan kepada AJK JKKK dalam mesyuarat sebelum perobohan itu masih tidak terjawab.
Tegasnya, pengerusi surau tersebut menyatakan kononnya Perbadanan Luar Bandar telah mengeluarkan perbelanjaan kepada persatuan penduduk untuk mendirikan Kemas sedangkan pengeluaran duit itu adalah untuk membaik pulih surau berkenaan.
Dalam lawatan tersebut, Dr Shafie berjanji akan mengkaji dan mengambil tindakan sewajarnya terhadap perkara yang berlaku.
Surau yang berusia hampir 14 tahun senantiasa digunakan penduduk untuk solat berjemaah bagaimanapun ia didakwa diroboh sendiri oleh pengerusinya hampir sebulan yang lalu dan hari ini hanya tinggal sisa-sisa runtuhan.
IzoBlog: Teknik yang sama, cuma diulang tayang balik jer. Mereka roboh dulu lepas tu masuk kat TV kata Barisan Rakyat/Alternatif yang buat. Lebih-lebih lagi Kuala Lumpur dimenangi oleh Barisan Rakyat.
Awas!! 240 Blog Pembangkang Diawasi
KUALA LUMPUR, 27 Mac -Barisan Nasional mengakui keberkesanan laporan media internet terutama laman-laman blog alternatif sehingga menyumbang kepada kekalahan teruk parti itu dalam pilihanraya yang lalu.
Naib Presiden Umno yang juga ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohammad Ali Rustam berkata, selain berkesan, laporan dimasukkan juga pantas sehingga seluruh media yang dimiliki kerajaan tidak mampu menjawab isu yang diketengahkan.
“Undi kepada pembangkang kerana mereka tidak mendapat maklum balas balik dari kerajaan. Pembangkang memfitnah kerajaan dan media tidak mampu menjawabnya.” Katanya dalam rancangan 60 minit bersama menteri yang disiarkan secara langsung menerusi RTM1 malam tadi.
Setia usaha PAS, Datuk Kamarudin Jaafar ketika mengulas perkembangan yang sama pula memberitahu, media yang menjadi alat pemerintah sekarang ini juga sudah mula sedar dan merasai pemulauan rakyat terhadap mereka.
Tekanan ini menyebabkan mereka sudah mula memberi ruang dengan mengetengahkan laporan perkembangan pembangkang.
Bimbang dengan perkembangan ini Umno mengambil langkah menubuhkan unit siber bagi menangani 240 laman blog pembangkang yang dikenalpasti aktif melaporkan perkembangan politik tanah air.
IzoBlog: Blog nie termasuk gak ker di dalam 240 blog tu :D
