Posts tagged "spr"

Umno spesis makhluk yang pelik

 TANDA  SETIA: Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri   Batu Burok, Datuk Che Mat Jusoh, turut  menurunkan tandatangan di atas kain rentang sebagai tanda menyokong keputusan istana mengenai pelantikan Menteri Besar   Terengganu, semalam.

TANDA SETIA: Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Batu Burok, Datuk Che Mat Jusoh, turut menurunkan tandatangan di atas kain rentang sebagai tanda menyokong keputusan istana mengenai pelantikan Menteri Besar Terengganu, semalam. – Berita Hairan

“Saya yakin dan percaya Perdana Menteri, kepemimpinan parti pada peringkat negeri serta pegawai kerajaan memberi sokongan padu kepada Menteri Besar yang baru,” kata Mohd Nasir yang juga Ahli Parlimen Kuala Nerus.

Ketua Umno Bahagian Setiu, Datuk Mohd Jidin Shafie, berkata beliau yakin seluruh warga Barisan Nasional (BN) negeri menerima pelantikan Ahmad dan berharap Menteri Besar baru itu mampu melaksanakan harapan rakyat untuk melihat pemimpin yang dipilih menerajui kerajaan negeri dengan baik.

IzoBlog: Kini UMNO sudah pakai topeng lain, Takut digelar UMNO DERHAKA, semua sekarang sudah pandai menyokong, sebelum ini semua menentang. Kalau dah UMNO tu …. sampai bila pun jadi UMNO. Tak der pendirian yang jelas. Meragukan dan mungkin juga diorang anggap Pak Lah tu lebih berkuasa dari Sultan. Kalau Pak lah ok, diorang pun ok. Sebelum ini, berdiri dibelakang PAK LAH !!!

4 comments - What do you think?

Pengumuman Munajat Perdana Esok

Pelbagai isu telah melanda negeri Terengganu yang tercinta ini lewat PRU 12 yang lalu. Isu-isu tersebut mencengkam naluri dan menimbulkan keresahan rakyat. Apatah lagi apabila pelbagai tohmahan yang tidak sepatutnya ditujukan buat KDYMM Tuanku Sultan yang dikasihi, menyebabkan hati rakyat tambah terluka. Rakyat Terengganu hanya inginkan ketenangan dan kedamaian seperti dulu, dengan dinaungi pimpinan yang diberkati Allah SWT.

Oleh itu, satu program munajat akan diadakan sepertimana berikut;

MUNAJAT PERDANA RAKYAT TERENGGANU
MEMOHON KEBERKATAN DAN KEDAULATAN
KDYMM TUANKU AL-SULTAN DAN NEGERI TERENGGANU

Dipimpin Oleh;
YBhg. Datuk Sheikh Ismail Mohamad Al-Hafiz

 

Pada : 27 Mac 2008 (Khamis Malam Jumaat)
Masa : 8.30 Malam (Solat Isya’ Berjemaah)
Tempat : Masjid Tengku Tengah Zaharah (Masjid Terapung)

 

SEMUA RAKYAT TERENGGANU DIJEMPUT HADIR

1 comment - What do you think?

« Previous PageNext Page »