Posts tagged "Telur Ayam Kampung"

Perubatan CAKRA ALAM Penipu Besar?

Just nak share apa yang saya jumpa dalam youtube. Anda tengok dulu video di bawah sehingga habis, kemudian baru buat kesimpulan. Jangan lupa tinggalkan komen. Seingat saya sudah lama perubatan Cakra Alam ini bertapak di Malaysia.

Part 1

Part 2

Di interview dalam rancangan 360

Kalau betullah Si Arif(tak nak panggil Ustaz, memalukan je) ini menipu, memang HARAM hasil duit dia dapat daripada kegiatan tersebut. Kalau punca rezeki sudah jadi HARAM, hidup memang tidak akan dapat berkat.

Bab telur tu memang betul ada perubatan tradisional menarik bisa daripada dalam badan dengan cara melayarkannya ke atas badan pesakit. Tetapi mengikut kajian dan pengalaman saya termasuk juga bertanya kepada yang mahir, telur itu mestilah dibawa oleh pesakit itu sendiri dan bukannya daripada pengamal perubatan tersebut. Telur itu kalau boleh mestilah cari telur ayam kampung baru, tak lebih dari 2-3 hari selepas bertelur.

Biasanya kalau bisa telah dialirkan ke dalam telur, dan apabila dipecahkan selalunya tidak pernah nampak warna merah mengalir macam darah seperti telur si Arif itu. Ia akan berupa beberapa bintik-bintik merah atau hitam bila telur dipecahkan, dikuning dan putih telur.

Akhir sekali  perubatan tradisional yang baik ilmunya selalu tidak akan meletakkan harga. Cukuplah si pengamal perubatan mengatakan terpulanglah kepada keluarga pesakit atau ikhlas. Kalau sudah letak harga itu sudah merapulah nama ilmunya. Wallahuallam !

Apapun kita patut berterima kasih kepada Korean TV Channel yang membantu rakyat Malysia membongkar kegiatan penipuan ini. Alangkah baiknya kalau James Randi dapat datang menyamar bertemu secara bersemuka dengan Ariff sendiri.

46 comments - What do you think?